5 Dec 2012

Dating dengan sape tu??

Ooppp.. jangan nak fikir bukan2 okeyh.. aku ni setia tau.wakaka!! *sendiri dengar rasa nak termuntah.. 

Sorylah sebab lambat sangat nak update blog. Walaupon aku tau tak ramai yang baca blog aku..kan?? kan?? Sobs... Anyway, itu adalah hari aku single but not available. Haha!! Boley gitu? Kira aku singlelah kan sebab my hubby takde. 

Lama dah rasanya aku tak keluar dengan my mom. Dulu masa single selalu jek keluar dengan my mom.. aku jarang keluar dengan kawan2.. *bukan jarang tapi takde pon.. Aku lebih suke keluar dengan my mom walaupon aku tau ramai yang akan toleh2 kat aku tapi aku tak kisah.. Lagi bagus apa.. Boley kire dengan jari kot berapa kali aku jumpa kawan2 aku dalam setahun.. kalau jumpa pon mesti bersebab..

Kenduri kawin
reunion
terserempak secara tak sengaja

Keji tak perangai aku? Tak kan?? 

Hari tu seharian aku berdua2an dengan my mom. Sempat jugak kami balik kampung. *kampong aku tak jauh dekat jek.. Hari tu semua aktiviti luar kami lakukan bersama. Makan luar, shoping luar.. Hehe! Sempat jugak aku jumpa dengan akak sepupu aku yang baru lepas bersalin. Dapat baby boy.. Nama dia Mohd. Iman...... <--- Ada lagi nama dia tapi aku tak ingat dah

Gambar pon aku sampai lupe nak amik sebab aku lepak kat kampung pon tak lama. Cit cat jap dengan Lan (cousin aku jugak) pastu terus balik..

Balik sempat lagi aku dengan my mom singgah dekat Econsave. Shopinglah kan apa yang patut.. Barang2 kat sini pon boleh tahan segar jugak tau, banyak pilihan pulak tu. So, sape2 yang dekat rumah dia ada Econsave boleylah pergi.. 

Malam tu my hubby pon balik.. Iolls single sekejap jek tau.. Siapa2 yang single tuh hargailah hari2 single anda.. Buatlah something yang sihat+berfaedah.. Barulah seronokkan..









No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!