25 Dec 2012

Halalkan barang hilang yang berharga RM2000++??

Ada orang mesej aku kat facebook and tanya pasal ipad aku yang hilang aritu..

Ohkey, entry yang nih aku bukan nak citer macam mana ipad aku tu boley hilangkan sebab pasal tu aku dah cite dah sebelom nih. So, sekarang nih aku nak explain sikit pasal ada orang mesej haku kat facebook. Jap aku printscreen jap mesej dia ea..

Apa2 pon aku nak ucap tq kat budak nih sebab nasihat2 bernas dia kan.. 






Setahu akulah kot dalam entry aku yang lepas2 takdelah aku memaki hamun+sumpah seranah orang yang amik ipad aku pon. Kat situ aku cuma tulis aku tak marah cuma sedey+geram jek sebab banyak gambar kenangan aku dan ucuk aku.. But, anyway thanks dik untuk awak punya nasihat. Dont worry ohkey, aku takdelah sekejam itu nak dendam2 bagaikan.. Siap nak doakan benda2 tak baik kat dia.. Cuma adelah aku bagitau kat budak nih kan..


"Walaupon kita gunakan barang yang kita amik tu untuk kebaikkan tapi itu tetap barang orang dan dosa pada Allah tetap dosa. Yang itu kerja Allah bukan kerja aku.. Macam kita dapat duit haram lepas tu kita guna bagi anak2 kita makan atau beli barang2 dia, hasilnya nanti tetap akan jadi tak baik.."

Hmm.. Cuma tulah aku naklah korang tau jugak yang aku nih bukanlah manusia yang kejam sampai tak nak maafkan dosa orang kan? Sedangkan Nabi pon ampunkan umat lagikan kita manusia biasa betul tak? Hewheww..

Tapi lama2 makin menyakitkan ati aku pulakkan bile mesej2 nih pulak timbul.





Tetibe  sedey ku kembali menjelma. Huwaa!! Rasa macam apa nih? Boleh ea barang orang tetibe jadi milik kita? Kalau macam tu aku nak amiklah barang orang lain and buat barang tu jadi milik aku. Choi!! Aku ada jek kenal orang yang hidupnya lagi susah siap takde bapak+tinggal mak kena kerja berat. Tapi takdelah sampai amik reta orang and berjaya jek hidup. Berjayalah sebab hasil yang digunapakai dari benda yang baik, betul tak?

Tak tau ke dia memory kita pada sesuatu barang tu adalah penting, macam aku. Aku beli ipad tu masa aku gi honeymoon, byk kenangan2 dalam tu. Memanglah aku ada yang baru tapi tetap tak sama dengan yang dulu kan? Tapi orang tak faham.. Mudahnya orang mintak kita macam nih je kan.. Aku siap offer nak bagi duit tapi pulangkanlah ipad aku kan.. Boley jek kau guna duit tu beli yang lain kan? 

Aku pon dah tau nak cakap apa sekarang, blur sangat2.. Aku takdelah sampai nak doa orang yang buruk2 kot. Aku tak nak nanti aku sama dapat dosa pulak. Tapi apa pon itu sume urusan dia dengan-Nya. 

Kepada 'orang yang baik hati tu' pandai2lah fikir yek, awak dah besar panjang mesti taukan hukum hakam kita? Awak nak bagi anak awak sesuatu kena fikir halal haramnya sebab jangan nanti kerana kita anak2 jadi mangsanya.. Lagi2 kalau awak nak bagi anak awak baca 'quran' dalam tu, hmm..tak tau nak komen apa dah. Ye, mungkin sekarang benda nih jadi kat iolls ada hikmah disebaliknya. Macam yang banyak kali aku dah bagitau dosa dia tu adalah antara dia dengan Allah.. Aku malas nak cakap banyak sangat. Nanti orang kata aku memandai2 pulak jatuhkan hukum pada orang. Tidak ohkey!!

Dosakah aku? Kedekut ke aku? Berkira ke aku kerana tak halalkan barang yang aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri tanpa meminta2 pada orang lain yang berharga RM2000++..?? 

P/s: Sorrylah kerana korang terpaksa dengar luahan hati aku nih..  
  Any idea @pandangan? Pls, amat diperlukan sekarang.. Sobs2!!



8 comments:

  1. Pehhhhhhh, apa macam tu pulak? Bukan apa kak, tu kan pakai duit akak, hmm betul jugak mula-mula budak tu cakap, tapi bila saya scroll be bawah saya pun sakit hati. Akak mintak la ganti rugi, kita kesian kat orang.. tapi kita sendiri? Siapa nak kesian. Saya pernah alami handphone hilang, saya tak mintak handphone, saya mintak ganti rugi separuh harga hanphone. Maaflah kak kalau menyemak, hehe.

    ReplyDelete
  2. Tak pe.. memang memerlukan pendapat sesangat. Dah tak boley nak fikir dah ni. Dah blur.. Muahaha..Akak pon sampai terfikir2 akak yang zalim atau 'orang baik hati' tu yang zalim. ;(

    ReplyDelete
  3. aduhai.. baiknyer org tue.. ada ker mintak org supaya halalkan si pngambil itu supaya dpt guna ipad tue selamanya.. adoiyai.. klau takder duit nk beli ipad..kita jngn larh mmbazir..even miskin pown boleyh sngt klau nk kumpul duit tue.. pnting sngt ker nk baca uran guna ipad. saie pown baca Quran yg dah lama sngt sbb nk ambik brkat.. hehe :D

    sori larh akak..pnjng sngt mngomen nie.. mmg raser emo jer biler baca post nie..kesian akak ..

    ReplyDelete
  4. Btol2.. Tp sebenarnya lebey baik jk kita baca quran dr al-quran sebenar.. Akak pon udah pning nih.. Huhuhu.. Mungkin 'owg baik ati tu dah terbiasa kot amik kesempatan pada orang lain tu yang dia tak tau orang susah ke, pe ke cari wet. Betol tak? <--emo lg. tabik spring kat budak nih sbb baik hati nk tlg org siap update status fb 'SERONOK DAPAT TLG ORG DLAM KESUSAHAN' Hahaha..
    *p/s:komen pnjg2 pon xpe. Tak kena byr pon. ;P

    ReplyDelete
  5. Rasanya ida, apabila dia yang mencuri 2 tahu yang dia orang susah, itu bukan alasan dia mencuri benda2 yang dia suka. itu sama kejamnya menganiaya orang. tak kira orang senang atau susah. semua manusia kan sama di sisi Allah? semoga dia menerima petunjuk. pulangkan kembali barang yang bukan milik dia.

    cuma yang penting ida, apa saja barang milik kita. kalau hilang or rosak...bukan rezeki kita la nampaknya. means Allah tak mengizinkan kita memiliki benda tersebut selamanya.

    ReplyDelete
  6. huhuhu..yea!! Ain adelah?Muahaha!!
    Mula tu mmglah kan rasa mcm umm..bkn rzkilh kn? Tp ida ade gak ckp nk bg wet tp pulangkn lah balik ipad tu kn. tp dy ttp dgil n xnk plangkn,nk ipad jgk.hmm..last2 mlas da nk lyn. Muahaha..biarlah,urusan dy dgn Allah nnt..xmoh msok cmpor. <mcm la bole msok cmpor kn? ;P

    ReplyDelete
  7. Baru baca entry ni..pelikkk sangat..kenapa plak buat empunye ipad rasa serba salah and rungsing sedangkan barang dia dicuri..

    ReplyDelete
  8. Walaupun post dah lama, saya baru baca ni sebab baru je diragut handphone 2 hari lepas. Handphone pulak baru dibeli seminggu lebih, tak sempat explore habis lagi apps2 kat dalam tu. Saya beli iphone 6 rm3k, tau2 kena ragut.

    tapi takpe, sy tak kenal dan taktau siapa peragut tu. saya redha dan mungkin semua ada hikmah disebalik apa yg berlaku. tapi walaupun hati dah redha dgn ketentuanNya, hati tetap geram bila terfikirkan balik kejadian ragut tu.

    Redha...

    ReplyDelete

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!