25 Aug 2013

Lepaking at Batu Pahat

Owh.. Iolls memang kuat jalan.. Tapi kuat jalan iolls pon tak adalah main keluar sesuka hati jek. Bisanya iolls akan keluar with my hubby jek. Kalau hubby takde iolls keluar dengan my mom. Huhuhu.. Terserlah ke makcianku ketika itu. Sobs!! 


Seperti biasa Batu Pahat menjadi pilihan kami. Nasiblah Batu Pahat dengan Kluang dekat jek. Hahaha!! Actually, kitowang punya plan sepatutnya ke JB waktu ni. Ada jemputan kawin tapi dek kerana sebab2 tertentu terpaksa dibatalkan. *malas sebenarnya.. Hahaha!

So, kita dating jek lagi best!! *dulu masa bercinta tak puas2 dating.. 1st sekali kita pergi BP Mall!!! Sampai2 ofcoz lah makan dulu.. Lapo kot! Sebab tekak terasa nak makan Kenny Rogers, so lets go. 


Snap pic sebelum menanti makanan sampai. Owh, cepatlah.. Perutku sudah meragam. Makanan dah sampai masing2 sibuk melantak macam orang tak cukup makan. Miahaha!! Sambil makan peratikan orang *suka tengok gelagat orang. Nampak sepasang kekasih sedang makan sambil malu2 gitew.. Terus terimbau masa bercintan dengan hubby dulu.. 

Me: Orang bercintan memang macam tu eh? *sambil mulut muncung tunjuk ke arah pasangan tadi
Hubby: Kenapa??
Me: Yelah, makan cover2.. Sopan2.. *mata pandang bawah tengok kaki yang tengah bersila terus sentap.
Hubby: Biasalah tu.. Baru lagi kot!

Tak kuasa nak pikir terus sambung ngadap makanan. Perut yang lapar harus diisi. Tak tau kenapa semangat makan memang naik mendadak gile2.. Kalau tak makan jek mesti perut terus bunyi.. Hati pulak gundah gulana melihat badan yang naik bertingkek-tingkek. 

Dah habis makan sambung pulak pusing2 kat dalam Mall. Pusing punya pusing, penat.. So, meh kita melepak pulak kat Dataran Batu Pahat. 


Sampai2 ofcoz posing dulu.. Lepak dalam keta sedangkan hubby duduk luar keta. Miahah!! Masa ni belakang keta kitowang ada satu couple ni sikit2 pandang. Sikit2 pandang. Choii sangatkan kau dik. Tapi takpe.. Kita relax2 jek. Tarak buat salah apasal mau takotkan?? 


Boring duduk dalam keta mari kita berjalan2 sambil berpegangan tangan. Owh.. Romantiknya!!! Duduk and amik gambar pulak.


Hahaha!! Dah tak ada gambar lain kau nak amik ken?? Asyik nampak orang amik gambar kasut iolls pon nak jugak.. Seriously kasut ni memang selesa giler..


Motif?? Seboleh2 nak amik gambar berlatar belakangkan batu and pahat kat belakang tu. Miahaha... Baru orang tau asal nama Batu Pahat ni. Boleh jadi blog sejarah ni..


Owh.. Sopan sungguh. Permaisuri siapakah??? Apa2 pon iolls sangat suka pakai baju nih. Coz baju ni kan besar pastu macam orang takkan nampak kau punya sparepart yang menggelebeh tu ken.. *biasalah, orang dah kawin memang cenggitu-coverline


Tak payah nak tengok lama2.. Sentap mak tengok gambar ni noks!

Lupa pulak nak citer. Masa sebelum gerak ke kereta iolls macam biasalah kan berpegang tangan dengan my hubby kan. Tetiba budak yang kat belakang kami tu terus pandang tak kedip2 and buat muka tak puas hati. Boley gitu. Iolls terus dengan selamba peluk2 lah ken pinggang hubby iolls. Muahaha!! *busuk punya perangai. Budak tu *perempuan hokey!! Still tengok jek. Iolls yang drive so iolls jalan ke tempat pemandu sambil jalan tu iolls sempat tengok budak tadi tu still tengok sambil buat muka menyampah. Masa bukak pintu kereta pulak iolls is sempat jeling sambil buat macam diva yang libas rambut dia tu tapi sebabkan iolls pakai tudung so iolls is libas pakai tudung jelah ken!! Owh.. Terasa seperti diri ini artis.

Masa tu iolls macam nak pegi jek kat dia and nak tanya kenapa dia tengok sampai macam tu sekali. Dalam hati macam "eh dah kenapa pandang macam tak puas hati sangat kat i ken??" masalahnya boyfriend u ada kat sebelah u tu but cara u pandang macam i rampas boyfriend u pulak. Choii sangat kan? This is my husband. And we all pon bukanlah raja or artis yang famous bagaikan. But its okey i dah maafkan u pon.. So, kalau u jeles tengok kitorang happy cepat2 lah kawin. Hokey!!!

Tapi iolls rasa dia bukan jeles tapi mungkin sangka yang we all belom kawin and we all macam dia jugak, couple jek tapi cara we all macam orang dah kawin. Hewhew.. So maybe dia menyampahlah tengok we all manja2 agaknya. Apa2 jelahkan? Yang penting we all dah halal dah pon rasa tak puas hati silalah report. Hahaha!!!!! *ketawa setan.


Malam pulak kita layan karaoke pulak. Iolls memang hantu karaoke. Hubby yang memang tak pernah karaoke pon boleh jadi hantu jugak lepas kenal iolls. Hahaha!! 

Karaoke kat sini memang terbaik!! Dia punya sound sistem, microfon dia memang superb. Banyak tempat iolls dah pegi dari Kluang, Jb, Melaka, Seremban and lain2 but still BP is the best!! Kalau rasa nak karaoke jek mesti akan cabut pegi Batu Pahat. Walaupon dari Jb sanggup balik and singgah BP untuk karaoke kat sini. 

Kalau terdesak baru pergi karaoke kat Kluang Mall tu. Memang selalulah kitowang pergi pernah tu masa hubby cuti panjang sampai 3 bulan boleh kata hari2 kitorang pegi. Sampaikan abang kaunter situ pon dah naik cam and kenal dah. Muahahaha!! Eh, bagus apa iolls menyumbang pada keuntungan and gaji korang jugak ken?? *sungguh kurang asam disitu. 


Nampak tak kat situ iolls penuh semangat and perasaan nyanyi kan? Sampaikan berdiri atas sofa kat situ, please jangan ikut. Contoh yang tidak elok untuk dicontohi. 

Seriously, masa tengah kusyuk nyanyi tu kan budak keja situ masuk pulak, dia tengok. Tapi iolls terus nyanyi sambil buat muka tak bersalah. Budak tu terus terpesona sampai ternganga2 mulut dia dengar alunan suara hamba yang merdu.. Terus dia tak nampak dah perangai buruk iolls. Choii sangat kan.. *sila lempang laju2.


Eh, sapa yang minat karaoke tu boleh pegi sini. Memang superb!! Harga dia bolehlah tapi memang puas hati. Satu kepala tak silap RM25 tapi korang dapat karaoke 3 jam hokey!! Gila tak puas.. Siap dapat air free 2 sorang. Haa.. Amacam?? 

Lupa pulak nak bagitau tempat dia, cakap pasal harga tapi tempat tak tau tak gunalah kan?? Tempat dia berdekatan dengan AEON BIG Batu Pahat. Dia tepi jalan jek senang nak nampak, sebelah dia bank tapi tak ingat bank apa. Hahaha!! Owh.. Nama kedai tu pon iolls tak ingat, camne tu? Okeyh.. Iolls memang pelupa *sentap

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!