19 Jan 2014

Pregnant tapi perut kecil??!!

Assalamualaikum..

Jenuh mengumpul semangat nak update blog ni. Hooii.. Sape2 yang mempunyai masalah perut cinonet masa tengah pregnant nih sila hubungi daku. Kuikui.. *gurauje* 

Dont worry ok.. We're same.. Rata2 orang yang aku jumpa mesti menyatakan perkara yang sama.. 

"keciknya perut.."
"comelnya perut u" 

Masa tu tak tau nk feeling camne. Patut ke aku happy kerana badan yang comel walaupon tengah pregnant atau aku patut bersedih kerana rasa macam orang perli nak kata aku tak pandai nak jaga baby dalam perut?? Haa.. Jawab2.. 


Nampak tu? Perut yang tak berapa nak berisi. Itu tu, baju je mengelembung lebih. Bayangkan lah aku boleh lagi pakai baju2 masa belom pregnant dulu. Takde rasa sendat macam sarung nangka lagi. Gambar ni paling latest dah nak masuk 6 bulan dah. Tapi perut macam orang baru pregnant 3 @ 4 bulan. Hahaha!! 

Masa 4 bulan jumpa sedara mara masa cousin kawin boleh dorang cakap

"apasal pregnant ni badan ko susut pulak?" 

Hooii.. Tetiba feeling kurus sikit. But sikit jelah. Tapi badan aku tak mendadak naik. Sesetengah orang yang pregnant kan badan terus membulat2 kan? Aku still ok lagilah.. Yang naik sikit tang perut je. 

Lepas tu bila keluar jumpa sape2 tanya

Sape2: "dah berapa bulan?"
Me: "dah 5 bulan lebih.." 
Sape2: "ala.. Comelnya perut.."
Me: kriikk.. Krikk.. *senyap*

Hahaha!! Drama gile tak story aku. Eh, tapi korang yang rasa apa aku rasa dont worry ok. Biasalah. Mungkin dah memang body kita cengginih. Terima dengan redho jelah. But, make sure baby kita sihat. Itu yang penting. Macam aku makan tak berapa nak selera. Lauk best2.. Kadang2 nak bagi selera tu naik dengan mendadak siap masak ikan pari bakar sambal, ikan siakap stim, sotong goreng tepung, udang goreng butter but makannya nan hado.. Haha!! Baby nih yang noty lah xmoh makan nasi. Nak yang standard2 western je.

Aku kalau dah siang makan nasi sikit je, terus call hubby order buger Mcd Mc Chicken extra sayur. Haa.. Kau ado?? Pluz ice milo lagi. Pergh.. Sedapnya. Janji aku makan kan. Tapi sekurang2nya sila paksakan diri tu makan nasi sekurang2nya sekali sehari. Jangan biarkan perut kosong. Cian baby kat dalam tu tak makan tau. Time pregnant takde istilah mau berdiet ok. 

Tapi aku kadang2 feeling macam terbayang2kan perut ni membesar dengan jayanya. Maksudnya besarlah. So, orang tengok je terus tau yang ko pregnant. Faham?? Tak terbayang macam mana lah bentuk aku masa tu. Hahaha!! Takpe, ada lagi 4 bulan untuk aku besarkan perut ni. Chaiyookk!! Chaiyookk!! 


Haa.. Now aku nak share cite lawak ni. Pernah aku keluar berdua dengan mak aku pergi satu pasaraya ni. Then, tetiba ada dua orang budak. Sorang tu sekolah rendah (tecik) and lagi sorang sekolah menengah (besar) *ikutkebesaran* tetiba nampak si tecik tu jeling2 perut aku pastu terus bisik2 dengan si besar. Tak boleh blah siap tunjuk kat aku tu. Aku wachhaa kang baru tau. Pastu aku lalu sebelah dia dengar lah bisik2 lagi. Hoii.. Tu mesti nak ngata akulah tu. Mesti korang confius kan samada aku ni perut buncit lemak atau pregnant kan. Nampak plak aku berjalan dengan mak je. Wachhaa!!

Cite lain pulak. Malam tadi pergi makan with my hubby kat luo. Then da kenyang aku makan nasi ayam penyet sepinggan dengan grilled chicken chop sepinggan ditambah pula dengan strawbery milkshake apa lagi perut pon mulai ketat. So, macam naik sikitlah membulat perut ku itu. Nak balik lalu sebelah couple nih. Mula2 aweks ni dah tenung je perut aku. Hooii.. Muka aku yang kiut miut ni kau tak nak pandang perut ni jugak yang mencuri pandangan mata kau kan. Pastu dia bercakap dengan laki dia. Eh, terus laki tu toleh belakang. Cover lah sikit dek non hoii.. Aku ni lalu betul2 belakang kau ok. Nasib aku dah kenyang sangat kalau tidak dengan kau2 aku makan. Ciss!!

Jangan berani2 nak buat fitnah kata aku bunting tapi tak kawin lagi eh. Kang orang makan nasi kau makan penyepak. Hahaha.. But, aku ok je. Terasa macam muda jek tau. Hihihi.. Oklah, banyak bebenau pulak celotehnya. Nanti2 aku update lagi. Sekarang permaisuri nak beradu. Baby kat dalam ni dah mengantuk sangat ni. Asyik bergerak2 je, menggeliatlah tu. Jom tido baby..   

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!