12 Aug 2014

Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum..

Memandangkan aku tak dapat tidur malam ni akibat teman my ucux minum kopi tadi. So layan jelah aku update pagi2 buta ni. Baru2 ni ada someone yang share benda ni.


Tak salah rasanya kalau kita cuba apa yang bolehkan. Macam aku fully breastfeed so buat masa ni tiada lagi istilah baby AF tak kenyang atau dalam istilahnya susu aku kurang. Buat masa ni alhamdulillah cukup je. 

Cara aku senang je:

1. Think posotif

Macam aku lepas kahwin je memang dah niat and azam dalam diri nak susukan anak aku dengan susu badan selama mana yang boleh. Kalau boleh sampai 2 tahun. Lepas tu kalau dah pregnant and dah bersalin kau kena fikir yang susu kau banyak je. Jangan pernah merendah diri. Berkesan! Masa aku lahirkan baby AF susu aku terus keluar. And atas nasihat seorang kawan yang pesan think positif and percaya dengan kemampuan kita. Chaiyok!!

2. Banyakkan makan sayur

Sayur penting sangat dalam penambahan susu. Macam aku sayur tu dah tak heran sebab aku penggemar tegar sayur. Takde sayur selera makan aku boleh hilang walaupun kau hidang depan mata dengan lauk2 sedap macam mana pun. Kalau korang jenis tak suka sayur silalah berubah like my friend. Sebelum ni sentuh sayur pun tak nak sekali dah lepas bersalin nak tak nak dia kena makan untuk anak dia jugak. Hahaha!! Sayur yang terbaik adalah lobak putih. Aku makan sekali je bukan kerana tak sedap.. Sedap!! Tapi aku makan terus membengkak teruk so terus stop memandangkan susu yang sedia ada pun melimpah2. Haha!! 

3. Banyakkan makanan seimbang dan minum air

Ini hasil daripada pengalaman aku sendiri. Biasanya kalau lepas aku makan dan minum terus breast aku membengkak. Bermakna susu dah terhasil dengan sepantas kilat. Lagi banyak minum air lagi banyak penghasilannya. Minumlah air yang elok sikit. Kalau jenis suka minum susu tu eloklah amalkan, macam aku memang tak minat. Haha!! Keji, sendiri tak suka tapi anak kau paksa. Kahkah..

4. Cari alternatif lain

Kalau susu korang kering atau semakin sikit korang boleh cuba amalkan suplement yang boleh menambahkan susu. Sekarang banyak produk yang membantu menambahkan susu di jual di pasaran. Contohnya Shaklee. Siapa yang nak produk shaklee boleh beritahu aku nanti aku boleh cadangkan orang yang terbaik. Ceh!! *bantu kawan2..

5. Gaya hidup sihat

Pastikan korang sendiri amalkan gaya hidup yang sihat. Jangan merokok, jangan ambil benda2 mengarut dan tak berfaedah. Choii!! Ambil benda2 macam tu pastu nak susukan anak pulak. Bukan saja tak bagus malah tak elok dipandang. Mereka akan ikut apa yang kita buat. Dari lahir lagi dah mula proses pembelajaran mereka. 


Banyak kelebihan bila bagi susu ibu ni. Tahukah korang susu lembu yang korang bagi tu biasanya banyak mempengaruhi perangai dan otak anak2? Aku tahu masing2 sibuk, kerja. Ya, disebabkan itu aku lebih memilih kerjaya di rumah berbanding kerja luar. Sebab aku mahu anak aku susu badan sepenuhnya dan anak aku juga dibawah jagaan aku sepenuhnya. 

Antara kelebihan susu ibu:

1. Kecerdasan dan kecerdikan

Ramai dah buat kajian. Kanak2 yang menyusu ibu lebih cerdas and cerdik berbanding mereka yang lain. Yelah, kita tak tau pemprosesan susu lembu tu entah apa yang ada. 

2. Perangai anak2

Mereka yang minum susu lembu ni lebih bersikap agresif. 

3. Fizikal

Daripada fizikal kita boleh tampak perbezaan yang ketara. Anak2 yang minum susu lembu fizikal mereka agak sedikit besar. Pernah terjumpa anak rakan my ucux. Umur baru 2 tahun lebih tapi pakai baju budak umur 4-5 tahun. See...

4. Kasih sayang

Susu ibu ni boleh pupuk kasih sayang dari kecil lagi antara anak dan ibu. Berlainan jika diberikan susu lembu. Bancuh, bagi dan tinggal. Tiada hubungan antara ibu dan anak.

5.Kesihatan

Ini penting. Masa baby kecik2 nilah kita kena jaga dia betul2. Bila bagi susu ibu antibody anak kita akan kuat. Antibody tu boleh lawan dengan penyakit2. Like my son, sejak lahir sampai nak masuk 3 bulan hari ahad ni dia belum lagi sakit, selesema or demam. Alhamdulillah.. Hope berterusan. Walaupun dia kena cucuk ke apa dia takde kena demam. Macam anak sedara belah my ucux sejak diberi susu lembu terus anak dia sakit2.  Bagi susu ibu ni jugak buat badan dia kuat.

6. Tak payah bawak tarmos segala

Tang ni paling aku suka. Tak payah nak berangkut bakul la.. Bawak tarmos la.. Minta air panas kat rumah orang la.. Senang. Cepat, pantas dan efisyen. Best!!

So, entry ni aku buat untuk aku sedarkan rakan2 di luar sana. Jom kita sama2 bagi susu ibu. Begitu banyak kelebihan dia. Macam nurse masa dekat hospital kata tiada alasan untuk beri susu ibu. Nak dengan tak nak je. 

Kalau kerja boleh siap2 pump masuk botol and bekukan. Besok hantar kat penjaga suruh panaskan je. Kalau keluar pulak lagi senang sekarang ada sesetengah shoping kompleks sediakan bilik khas. Like me tak payah susah2, bawak je pashmina. Pashmina kan besar, labuh so kau tutup je dengan kain tu settle and orang tak tahu pun kau sedang menyusukan anak.

Pada orang2 yang merendahkan kita orang2 yang fully breastfeed. Abaikan. Mungkin diorang tak dapat nak susukan anak dorang dengan susu sendiri so jeles dengan kita. Kita just buktikan yang kita mampu. Anggaplah itu semua dugaan dan cabaran. 

Macam aku ada orang boleh tanya dengan selamba, boleh ke? Larat ker? Ciss!! Jangan pandang rendah dekat kita. Buktikan walau pun kita susukan badan anak kita, kita masih mampu lagi nak buat kerja2 rumah dan bekerja. 

Aku bangga bila orang tanya aku bagi susu apa. Dengan bangga dan senang hatinya aku akan bagitau aku beri susu badan. Yeaa!! Kau mampu?? Haha!! Cer tanya orang yang jeles macam tu. Hehehe.. Jangan pernah lemah semangat and jangan lupa always think positive. 

So, aku cabar korang2 sume untuk bagi fully breastfeed selama mana yang korang mampu. Ini adalah satu cabaran yang positif ye dear.. Bukan untuk aku tapi untuk anak korang, kebaikkannya siapa dapat? Korang dan anak korang.

So, lets join..!!

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!