8 Apr 2015

Elakkan Anak Main Handphone Daripada Baby


Assalamualaikum..


Semua orang sayang anak, semua orang cuba buat yang terbaik untuk anak. Setiap orang ada cara masing2 untuk didik anak. So, tak boleh nak compare cara kau jaga anak dengan cara orang lain jaga. Mungkin cara kita jaga biasa dan ada orang yang jaga anak dia betul2. Maksudnya jaga dari segi pemakaian, makanan, pembawakan diri anak2. Bukan nak kata orang yang jaga biasa2 tu tak bagus, tidak. Macam aku bagitahu mula2 tadilah ikut cara masing2. 

Ini cara aku untuk elakkan babyAF dekat dengan handphone. Aku memang tak bagi dia pegang handphone. Kadang tu ada jugak dia jenguk2 bila kita sibuk pegang handphone @ ipad ke. Tapi aku tetap tak bagi. Haha!! Sejak dia lahir sampai sekarang memang aku tak bagi dia sentuh handphone. Aku rasa handphone tu macam tak elok untuk otak dia. Lepas tu aku rasa macam tak bagus untuk mata. 

Pendekatan dari baby ni lagi bagus sebab lebih mudah nak didik. Sesetengah orang yang dekat dengan aku, aku lihat dorang lebih suka bagi anak pegang handphone untuk bagi anak dorang diam. Kadang tu anak baru 2 bulan dah bagi anak pegang handphone layan kartun lah, itulah, inilah. Tapi itu sukati lah kan. Kalau orang bagi anak diam dengan bagi pegang handphone tapi aku gantikan dengan toys atau biskut. Beli biskut dan toys yang sesuai mengikut peringkat umurlah. Untuk biskut korang boleh cuba macam2 jenis biskut dan tengok mana 1 anak korang suka. Macam anak aku suka sangat makan biskut Baby Byte. 

Nak kata anak aku tak banyak ragam pun takdelah jugak. Bila duduk dalam stroller tak bergerak dia mula bising suruh gerak. Tapi dah kalau kau tengah nak makan ke apa nak gerak macam mana kan? So penyelesaiannya, aku akan bawak bekal untuk babyAF setiap kali keluar. Biasanya aku akan bawak bubur dia. Maknanya sambil makan tu aku akan suapkan dia makan. So, nanti dia diamlah. Kononnya macam dia pun makanlah apa yang kita makan kan walaupun... Hahaha!!


"Nampak busy bebenau awak ye.."

Kecik2 dah pandaikan? Terpulang.. Ada sesetengah family jenis tak kisah. Jenis aku memang dari kecik dah cakap dengan husband and family tak nak ajar. Sebab bila tengok sekeliling banyak contoh dah. Ada yang jenis 24 jam handphone kat tangan, ada yang bila tak dapat mengamuk menangis2, ada yang sampai mintak orang lain punya, ni semua yang aku cakap budak2 eh. Tak sampai 5 tahun pun ada jugak. Macam babyAF ni terlampau kecik sangat so better elakkan dulu. Orang tua2 kata meluntur buluh biarlah dari rebungnya.

Aku faham kalau ada yang tak setuju dengan cara aku tapi bak kata aku setiap orang ada cara dia sendiri kan. Besok babyAF dah besar kalau dia nak jugak maybe aku akan bagi cuma kena tengok2 jugak dia buat apa dan ada limit lah. Tak bolehlah asyik nak menghadap itu je kan? So, lain orang lain cara ok. Kita sebagai parent ni cuba buat yang terbaik untuk anak2 ok? Cuba jalankan amanah Allah itu dengan sebaik mungkin. 






4 comments:

  1. bagus cara ni. memang kadang2 tengok orang, cam kecik2 dh melekat dengan handphone. takut jugak tengok, hilang dengan dunia sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. ;p ajar dari kecik senang tapi ada jenis tak kisah. saya pula lebih suka anak buat aktiviti sebenar.. baru best!

      Delete
  2. doakan kite cepat dapat baby jugak. hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. akan ada rezekinya nanti. Yang penting sabar, positif dan abaikan ape orang nak kata.. ;p

      Delete

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!