20 Oct 2015

Syoknya fullybreastfeed!!

Assalamualaikum..


*Sedapnya susu ibu sampai tak muat dah baju kita mama..*

Alhamdulillah.. bulan depan 17 hb genap 1 tahun 6 bulan babyAF fullybreastfeed. Yes, memang dari aku pregnant dah niat dalam hati untuk beri dia susu ibu sepenuhnya sehingga 2 tahun dan alhamdulillah buat masa ni di permudahkan. 

Banyak kelebihan boleh dapat dengan memberi susu ibu bukan saja pada bayi malah juga pada si ibu. Jika kita perasan zaman sekarang ni tak kira kaum apa sudah ramai mengamalkan pemberian susu ibu. Tiada masalah kalau anak nak menyusu bila kau berada di luar. Jangan kata "kalau tak kerja melepek duduk rumah bolehlah". Salah tanggapan tu, dah tak boleh pakai zaman sekarang. Di pasaran berlambak jual pump untuk perah susu kalau rasa membazir nak beli guna je manual. Haha!! Masa dalam pantang biasanya susu kita meriah so masa tu kau simpan buat stok. Susu kalau simpan dalam freezer boleh tahan lama ye. 



Daripada awak2 perah then buang better simpan masuk freezer, esok2 boleh panaskan bagi kat baby. Tiada lagi alasan. Kalau rasa masa dalam pantang susu tak banyak ada tipsnya. Dont worry.

1. Be positive

Betul, jangan pernah fikir susu kita tak cukup, jangan pernah rasa down bila ada orang kutuk kita bagi susu ibu walhal dia yang patut malu sebab tak beri susu ibu(bagi yang ada susu tapi tak nak beri). Aku pun selalu kena perli bila beri anak susu ibu tapi kita kena kuat. Abaikan orang lain yang kita pentingkan adalah ANAK.

2. Jus kurma


Yup. aku pernah try minum jus kurma banyak ada jual di pasaran. Menjadi, tapi kena rajinlah. Bancuh air ni tak perlu gula just kacau dengan air masak dah siap. 

3. Lobak putih

Ini paling aku rajin. Tak kiralah aku masak apa mesti aku akan letak lobak putih ni. Pada aku ini paling berkesan. Betul, tak tipu. Masak asam pedas, sup, maggie, kari, letak je. Haha!! Stok kat rumah ni sentiasa ada. Jangan takut nak cuba tak teruk pun rasa dia dan dia tak makan kita. ;p



Kelebihan menyusu

1. Kesihatan bayi

Ini sangat betul, buat masa ni babyAF boleh kiralah berapa kali dia tak sihat. Bila kita beri susu ibu antibodi dia kuat. Aku harap kesihatan babyAF oklah sampai esok2. Kadang tak sampai hati bila nampak budak sakit. Baru demam je pun risaunya dah macam apa. 'Sawan' mak2 betul. Haha!!

2. Bakar 500-600 kalori sehari

Memang betul tapi kalau kau macam aku yang jenis nafsu makan besar memang cari bala. Haha!! Tapi sekurangnya maintain pun ok kan? Tapi masa aku dalam pantang memang susu meriah so kita fullybreastfeed badan memang susut sangat sampai mak mertua datang jenguk siap tegur "kurusnya.." haha!! Kembang kejaplahkan tapi kalau agaknya sekarang mak mertua tegur "gemuknya.." mau sentap tak hingat. 

3. Membantu mengecutkan rahim

Ini memang masa lepas bersalin nurse ada sebut. Macam aku tak makan jamu sebab risau effect dekat anak so tak ambil mana2 ubat. Jadi dengan menyusu badan ni banyak jugaklah membantu kecutkan rahimkan. 

5. Hubungan ibu dan anak

Part paling best. Yes!! BabyAF dengan aku memang rapat lagi2 bila kat rumah memang tak pandang dah kat orang lain. Tapi kalau bawak keluar memang asyik nak papa dia jek. Haha!! Sebab tu bila kita susukan anak kita nurse akan suruh badan dan kulit kita bersentuhan satu sama lain. 



*Mama!! Susu, kalau tak babyAF hisap jari kaki ye..!!*

Meh aku share sikit tips nak menyusukan anak bila kita keluar. Selalunya dalam kereta aku akan beri babyAF menyusu puas2. Bila kat luar dia nak menyusu tiada masalah sebab biasanya pasaraya ada sediakan bilik khas menyusu. Kalau takde banyak jual kain tutup untuk breastfeed (lupa nama dia). 

Bila kita dah biasa menyusukan anak rasa seronok sebenarnya sebab rasa salah satu tangungjawab kita dah langsai. Tak apa kalau anak2 kita yang dulu tak sempat kita nak beri susu ibu, mulai sekarang boleh tanam niat untuk susukan anak yang akan datang nanti. 

3 comments:

  1. keep it up mummy! rasa terbakar + jeles je sebab belum merasa lagi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. Takpe ain, jangan gopoh dalam mencari jodoh sebab nak bersama hingga akhir hayat. Ada rezekinya nanti. 😀

      Delete
    2. Sebelumnya perkenalkan nama saya Rahmad Bastian di jawa tengah ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ROTAK dan dia memberikan nomer AKI ROTAK ,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ROTAK bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ROTAK dengan senan hati AKI ROTAK ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke3 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ROTAK di 082388316533 atau silahkan KLIK DISINI dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ROTAK kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.

      Delete

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!