17 Jan 2016

Keguguran ke-3 dan dalam berpantang

Assalamualaikum..

PERHATIAN: Untuk wanita, lelaki boleh baca untuk pengetahuan. 

Patutlah badan aku sejak akhir2 ni makin menjadi2 gebu dia rupanya aku pregnant. Kenapa kali ketiga? Sebelum aku dapat boyAF aku pernah gugur sekali. Tak lama lepas tu mengandungkan boyAF. Cukup umur boyAF setahun aku pregnant dan tak sampai sebulan aku keguguran lagi. Birthday boyAF bulan 5 dan hari tu dalam bulan 11/12 aku pregnant lagi tapi keguguran lagi. Haha!! Rapatkan.

Keguguran pertama dulu sebab aku terminum air kelapa, ikutkan awal pregnant tak boleh minum air kelapa. Ingat ye jangan ikut perangai aku tu. Keguguran kedua aku tak tahu pun aku pregnant sebab masa tu aku breastfeeding boyAF so selepas bersalinkan dia aku tak pernah period lagi. So, aku pun fikir mustahillah pregnantkan. Yang ketiga ni aku ada jugak terasa aku preggy, loya, cepat penas, malas yang melampau, tapi dalam bulan 12 aku period so aku pun fikir mungkin perasaan sendiri. Lebih confident bila aku cek sendiri negatif so aku dengan selambanya makan je durian, minum air gas, coconut shake. Patutlah rasa makan sedap je rupanya...

Now, mood berpantanglah apa lagikan. Cuma berpantang keguguran tidaklah selama orang lepas bersalin. Aku cuma berpantang 2 minggu. Tapi penjagaan makan memang ketatlah walaupun aku berpantang di rumah sendiri. 

Sakit tak keguguran? Soalan apakah? Mestilah sakit, rasa macam nak bersalin tapi sakit bersalin lagi teruk. Masa "benda" tu nak keluar dia punya feel sama macam kau nak terbesalin. Sakit dia pun ada masa makin lama makin cepat. Betul wei.. Masa aku kena tu aku kat Pontian rumah sepupu aku. Bayangkan dengan sehelai sepinggang lepas tu habis semua basah lecun aku berkain batik jelah. Tak boleh bayangkan tengah sakit aku drive kereta dari Pontian ke Kluang. Boleh bayangkan bertapa jauh punya nak menanggung sakit. Tapi nak tak nak kena harunglah, sebab masa tu aku pergi berdua je dengan my mak and dia tak pandai drive. 

Alhamdulillah selamat sampai rumah. Dekat rumah baru rasa lega sebab rumah sendiri baru kita rasa selesa nak terbalik ke, tertonggeng ke. Masa hadap sakit tu macam2 aku fikir siap berdoa jangan ditarik dulu nyawa aku sebab aku terfikirkan boyAF yang masih kecil, susu ibu pulak tu. Ya, sampai ke situ aku fikir. 

Kat sini aku nak share sikit perbezaan antara kita period dengan keguguran. Sementara aku ingat ni baik aku share sebab kadang2 aku pun keliru sebab aku dulu datang time period senggugut memang teruk. Aku tau ramai kat luar tu yang sama keliru macam aku jugak. Oh, saja nak bagitau aku taip cite ni sambil bertemankan hujan lebat kat luar rumah. 

1. Perbezaan darah

Darah dia memang agak berbeza sikit. Darah keguguran ni warna dia pekat tak macam period tapi warna je pekat tapi darah tu cair je macam air. 

2. Sakit

Kalau kita nak period sebelum tu kita akan rasa sakit sikit macam tanda2 nak period tapi tidak kalau gugur. Keguguran ni tiba2 je dia boleh datang. Tau2 basah seluar macam aku tengah berjalan kat shopping complex kat KL, boleh bayangkan tak? 

3. Bila basuh

Bila kau basuh seluar kau darah keguguran ni lebih mudah hilang. Tak letak sabun pun boleh bersih.

4. Ketulan.

Ketulan antara keguguran dan period juga berbeza. Kalau period cuma ketulan merah darah beku tapi kalau kita keguguran lebih banyak ketulan dan ketulan berwarna merah hitam dan ada juga kantung. Macam mana nak bezakan? Kantung ni kalau kita pegang dia kasar2 dan nampak seakan2 daging gitu. 

5. Kuantiti

Darah keguguran ni banyak ye, sangat banyak. Boleh nampak lah lepas tu memang turunlah berat kau. Masa mula2 keguguran takdenya dia bagi tanda ke ape ya tau2 je darah banyak je keluar ok. 

Sedih tak? Sedih jugak tapi tidaklah sedih sangat. Pada aku ada rezekinya nanti. Kalau korang pun pernah alami apa yang sedang aku rasa ni chill ok. Tuhan tu dah buat aturan yang sempurna untuk kita. 

Selama ni aku cuma pernah dengar pasal orang keguguran berkali2 dan sekarang aku sendiri rasa. Pokok pangkalnya kita kena kuat. Kita hanya mampu berusaha Allah yang tentukan. Ada sebab setiap apa yang terjadi pada kita. Kalau kita rasa sedih sebab keguguran cuba kita fikirkan perasaan mereka yang belum pernah lagi rasa mengandung tu bagaimana. Cukup beruntung dah kita ni.

Oh, bagi sesiapa yang nak preggy atau sedang preggy tu make sure jaga pemakanan. Kita kata kita dah cukup kuat nak tanggung apa yang kita makan tapi kita tau ke macam mana kandungan kita. Adakah cukup kuat? Lebih baik berjaga2 kan? *Pang, kena kat muka sendiri. 


Chill mama, boyAF kan ada.. 


No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!