Pernah tak korang berfikir dulu sebelom melontarkan suara? atau pon korang hanya lepaskan je apa yang terlintas dalam kepala korang. Aku bukanlah nak kata aku ni jaga percakapan aku, kadang-kadang aku pon ada gak terlepas cakap.*sekali sekala takpe kot!
Okeylah, sebenarnya apa yang aku nak sampaikan ni adalah sorang awek ni..yelah..cantik, tapi sayangnya kata-kata yang dilemparkan tu boleh mengundang aib sendiri kot!*ish2...apa nak jadi budak2 sekarang nih?
Korang bayangkanlah, boleh ke dia pergi update status yang mengarut semata-mata kerana bola..
Kalau status tu dia cakap nak belanja satu kedai mamak makan ke..sedaplah telinga mendengarnya.
Ini tak, korang tau dia update pe?
Dia boleh cakap kalau Bangladesh menang masa lawan dengan Malaysia dia nak bogel. *terkuzut ahkak..
Berani betul budak2 sekarang ni kan..*aku pon tak tau berapa umor budak nih..main agak2 jek..yelah, fikiran pon macam budak2 jek gayanya.kan?
Korang percaya tak apa aku cakap ni? jap eh...
Haa..amik kau..korang ada beran?*ahkak tak kuasa dik..
Tapi nasiblah rasanya perlawanan tu seri.(aku bukan amik tau pon pasal bola2 nih) So, terselamatlah kau dik.. Kalau tidak..habislah...
Tapi aku ingat nak think +ve.. boleh? mungkin dia nak bukak rumah ke..buat rumah terbuka.. atau dia nak bogelkan kucing diaa ke..*tak baik menganiaya binatang dik..
So, pengajarannya sekarang,janganlah kita cakap apa2 yang boleh memudaratkan diri kita sendiri okey??!!
Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata makan badan dik..
Okeylah, ini pon aku ingatkan kat diri aku jugak sebab yelah aku tau mulut kita ni bukan boleh di zip2..betul tak?
*tapi tangan tu boleh lagi di tahan daripada meng'update' status2 yang mengarut2 betul tak?
No comments:
Post a Comment
Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!