24 Dec 2012

Tips hubungan kekal lama..

Choii tajuk ko kan!! Muahaha.. Ohkey, tak lawak. Sebenarnya aku bukanlah pakar cinta pon.. Walaupon tempoh aku kenal with my hubby nih bukanlah lama mana pon tapi aku belom pernah ada masalah+gadoh besar dengan dia sampai nak putus ke hapa kan.. Sejak dari gf-bf, tunang hinggalah dah sah jadi suami isteri nih. 

kalau korang nak tau sejak perkenalan aku dengan hubby aku nih, awal2 lagi aku dah letak syarat ohkey!! Hello.. bukanlah syarat nak 7 dulang emas, tujuh dulang darah nyamok, jambatan macam pulau pinang ke hape kan.. Syarat2 aku adalah SETIA, JUJUR, DAN IKHLAS!! Haa.. baikkan haku? Tak mata duitan pon kan?? kan?? hewheww..

Ohkeylah, mari aku citekan tips2 aku.. Tips aku nih agak panjang sikit.

1. SETIA

Kesetiaan nih penting ohkey.. Pada aku benda nih adalah yang paling utama sekali. Cukuplah sorang jek yang ada kan? Nak jaga sorang pon dah mengeloh ada hati nak pasang lain lagi ke? Choii sangat disitu. Aku sarankan korang amalkanlah benda nih, setia.. Bila korang setia dan pasangan korang tu pon setia barulah korang akan rasa indahnya hubungan korang.. Tak payah nak risau2,takut2 ke hape kan.. Korang try lah, kalau korang setia kan masa tuh kalau hubby or bf korang mintak tukar fon korang boleh selumber jek angkat2 kening sambil hulur fon korang tu kan.. Atau paling bangga bila korang yang offer diri minta tukar fon. Haa.. Acane? Ade bran??

Aku nak cite nih, tak kiralah korang nak baca ke tak kan.. Muahaha.. Suke memaksa.. Aku dulu masa gf-bf ngan hubby aku tu kan i is setia sesangat tau.. Yelah, aku memanglah kan kalau dah sorang2 tu sorang jelah kan. Huhuhu.. Tak pandai nak curang2.. Hewheww.. Pastukan, penah sekali gi lah dating, balik jek dating ucuk aku tukan *kejap hubby, jap ucuk. Muahaha.. Korang sabar jelah ea.. dia mintak tukar fon+sekali dengan sim kad tau. Korang tau apa alasan dia, ucuk aku boley bagi alasan yang bateri dia dah abis and mintak tolong caskan. Boley? Aku nih kan lurus bendul tau so aku pon tukarlah kan.. Selalu tau dia mintak tukar. Lama2 aku pon terpikirlah takkan dia takde cas fon kan? Tak lama aku pon tanyalah, jawapan dia "saja jek nak uji.." Nasib aku nih setia kan? Haa.. berjaga2 korang disitu.

2. JUJUR

Jujurlah korang antara satu sama lain.. Ceh, ayat macam nak seru jek kan? Korang kenalah kan jujur, ini tak bila dah kantoi baru nak tergagap2 jawab kan? Yelah, kadang korang keluar dengan orang lain pas tu pasangan korang tu nampak atau mungkin kawan2 dia yang nampak ke.. Haa.. Acane? Nak jawab apa? Mungkin korang keluar jumpa client kat luar tapi orang yang nampak nih salah anggap. Korang cuba explain kat pasangan korang tapi dia punya amarah membara lah sangat2.. So, dia pon tak hingin nak dengar. Kan ke naya macam tuh. Ce kalau korang jujur awal2..kan senang.. Terutama kalau yang dah kawin tu kan nak pegi mana2 mintak lah izin suami korang dulu.. Kang tak memasal dapat title nusyuz. Haa.. Mau ke?

Ade sesetengah tu kan, dia sebenarnya nak keluar dengan kawan2 tapi cakap kat pasangan tu tak pegi mana2 and duduk kat umah jek. Bajet baik lah kan.. Sekali bila dah kantoi menjajo nak menjawab.. So, penyelesaiannye belajarlah jadi jujur dari sekarang.. Muahaha..

3. IKHLAS

Yang nih lagi satu penting. Apa2 yang kita buat mestilah ikhlas, jangan kerana terpaksa. Macam yang dah kawin tu buatlah tanggungjawab korang dengan ikhlas. Bukan kerana terpaksa ke apa kan.. Yelah, masa nak kawin bukan main suka lagi ko, tapi bila dah dapat title Mr. & Mrs. buat kerja tak nak pulak ikhlas kan.. Walaupon korang tak pandai masak ke, kemas ke.. Tapi kalau korang ikhlas buat sume tuh apa pon yang korang masak sumenya sedap. Percayalah.. Yang tak pandai kan boleh dipandaikan.. Betol tak? 

Ada jugak pasangan yang bercintan cintun nih lagilah, bila pasangan mintak tolong sikit buat tu memanglah dia buat tapi ikhlas pon tak.
 Kalau ikhlas janganlah nak mengungkit apa yang korang dah tolong.. Ini tak, bila gaduh mulalah keluar dia punya segala kebaikkan. itu ungkit, ini ungkit.. Tak moh macam tu ohkey.. Tak bagus untuk hubungan yang baik.. 

4. TANGGUNGJAWAB

Setiap hubungan mestilah ada tanggungjawabnya kan. Bukan hanya orang yang sudah berumahtangga jek, anak2 mahupon pasangan yang belom 
berkahwin.. Yelah, pandai kawan pandailah jaga kan?? Tak kiralah 
dari segi keselamatan ke hape kan.. Hmm.. tapi yang nih mesti suma dah tau kan? Aku tau korang memang selalu jek bertanggungjawab kan? Wink2!! 

5. TERIMA SEADANYA

Korang sendiri terima si dia untuk jadi pasangan korang kan? So, belajar2 lah terima apa kelemahan and kekurangan dia.. Ajar apa yang patot. Contohnye kalau pasangan kita tak tau masak, kita tau masak. Gunalah kelebihan kita untuk ajar dia kan? Betul tak? Lagi2 yang kawin muda nih banyak nak kena belajar.. Jangan pulak korang pegi kondem habis2an. Ish2... Cian dia tau.. Biar kita sama2 perbaiki kelemahan kita.. Takde sorang pon yang sempurna..

6. KERJASAMA

Haa.. yang nih part aku suka. Hikhikhik.. Apa yang penting, Kerjasama.. Muahaha.. Ohkey, serius! Korang nak tau paling seronok dalam satu2 hubungan nih kan bila kita buat kerja sama2.. Tak salah kalau suami masa cuti tolong2 isteri kat dapur. Wink2!! Bukan suruh masak pon.. Tolong2 potong bawang ke, cuci pinggan ke.. Okeylah tu kan? Bila buat sama2 masa tu bolehlah borak2..bincang2.. Kalau yang belom kawin tuh pegilah buat kerja2 berfaedah kan? pegi study same2 ke.. Pegi joging sama2 ke.. Seronok.. 


So, inilah dia tips yang selalu aku guna pakai dalam menjaga 
hubungan aku with my hubby.. Aku tau hidup berdua dengan orang yang jauh kesamaannya memanglah susah. Tapi akan jadi okey jek kalau 
korang belajar sume kat atas nih. So, belajarlah sume nih dari mula lagi.. Jangan nati dah terkena baru nak menyesal kan? Eh, ada kena mengena ke?

So, xoxo...

*p/s: tq ucuk 4 evrythng...





No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!