3 Feb 2013

Resepi Sup Mushroom TERBAIK!!

Sila abaikan tajuk entry aku yang syiok sendiri tuh.. :P

Dah lama sebenarnya aku berkeinginan nak share mana2 resepi yang aku pernah buat. Mungkin kadang2 resepi tu sama jek cuma aku ada suke tukar2 resepi tu jadi special sikit. Muahaha!!

Resepi Sup Mashroom ni actually, my dad yang ajor. Coz dulu dia adalah seorang tukang masak (askar). Ada jugaklah yang diturunkan kat haku..

Dah, jangan merepek meraban lagi. Mari buat ujikaji!! :P

BAHAN-BAHANNYA:-

1. Wajib ada *cream of mushroom*- kalau takde macam mana nak jadi kan?


Korang boley pakai jenama apa atau perisa apa yang korang suke. Kalau aku, aku lebey suka yang original punya.. Apa2 pon beli yang dalam kotak sebab ada 3 paket dalam dia and boley buat 3 kalilah kan. -->bergantung pada berapa orang yang nak makan..

2. Air


Tetiba rasa haus pulak.. Muahaha!! Air nih nak buat apa? Adelah.. Kuikui!! Okey, air nih korang guna buat bancuh cream of mushroom tadi. Nanti nak masak senang.

3. Bawang putih-dicincang halus


4. Mushroom- Tak kisahlah yang dalam tin atau beli yang timbang2


5. Cili Api-dipotong jugak


6. Daun sup -di potong halus


7. Telur



Cara-cara:

1. Panaskan minyak (sikit jek)
2. Tumis bawang putih sampai naik bau harum. Hurmm.. bau sampai sini dah. *okey, tipu jek.
3. Masukkan cream of mushroom yang dah korang bancuh dengan air tadi. Dah? Kacau seketika.. Kalau pekat tambah air bagi dia cair2 sikit. *api pelan jek tau..
4. Sekarang masukkan pulak mushroom yang dah di potong tadi dan teruskan menggaul. Biarkan dia mendidih seketika sebab nak bagi mushroom tu masak.
5. Kemudian masukkan telur (ikut pada kuantiti yang korang masak) gaul biar dia pecah and tak berketul. Nanti dia akan jadi pekat sikit so ikut koranglah nak pekat atau nak cair.
6. Then, boleylah masukkan cili api dan daun sup.. Gaul sekejap and boleylah dihidangkan.

SIAP!!

Kalau nak lebey sedap lagi korang boley hidangkan sup nih dengan roti Perancis yang di bakar atas kuali tanpa minyak. Kalau malas nak cari roti tu boley jek makan dengan roti keping biasa tu. Tapi dibakar dululah dalam pembakar roti barulah sedap kan.

So, boleylah try kan.. Ce try and boley komen TERBAIK atau TAK.. Muahaha!! 

p/s: agak2 faham tak? Sape yang tak faham tu tanyalah eh.. Aku dah cuba yang terbaik dah.

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!