6 Feb 2013

Amaran keras kepada pemilik kereta ini!!


Sementara aku tak dapat nak tidur walau pon masa aku taip entry ni jam dah masuk pukul 4 pagi. Better aku lepas kan perasaan kejap apa yang terbuku di dalam hati. Simpan lama-lama pon tak elok jugak kan? Lagi pon aku bukan jenis yang suke pendam2 nih. 

Ceritanya cengginih. Hari selasa lepas aku dengan ucuk balik kampong my family in law. Sape tak tau mana kampong mertua aku pi cari balik dekat entry2 lama. *gila tak..?? So, kitowang singgah tempat kerja kawan ucuk aku dengan niat dia nak bagi hadiah memandangkan kitowang tak dapat nak menghadirkan diri di majlis dia nanti. Pegi punya pegi, budak ni tak keja hari tu. So, we all pon balik lah.. tapi jalan yang kitorang lalu tu kena blok. Blok baik punya sampai dah tak muat dah nak lalu walaupon kau bawak kereta kancil sekalipon jangan harap nak muat. 

Kitowang tak boley nak patah balik and tak boley nak reverse sebab jalan dia memang kecik kot. Muat2 untuk satu kereta jek lalu. So, ucuk aku pon hon.. Hon dah berpuluh2 kali. Tak puas hati aku pon join sama tolong hon. Siap aku tekan lama2.. Lantak ar kan. Sape suruh parking ikut suka ppfftt!! Hon kuat+lama tapi takde sorang pon datang nak ngaku kata tu kereta dia. *kong hajo punya perangai kan?? Tak layak duk Malaysia kalau perangai macam nih. Muahaha!!

Disebabkan aku geram dengan owner kereta tu so aku pon amik gambar kereta dia+no. Plat sekali. 




Haa.. amik kau. Padan muka!! Sape suruh lukakan hati aku. *macam ayat putus cinta pulak. Miahaha!!Sakit hati tau dahlah masing2 tak nak ngaku kan pastu takdelah sape2 yang nak berbudi bahasa angkat tangan and just say sorry ke ape kan.. Manalah budi bahasa orang2 Malaysia sekarang nih. Sedey!

So, aku dengan secara rasminya nak bagi amaran kepada owner kereta nih. Ini kan blog aku kan.. sukati akulah kan.. Miahaha. Kepada owner lain kali jangan suka nak main paking ikut sedap rasa jek.. pikir2 kan orang lain sikit and jangan kerana nak parking tempat yang paling dekat sampai sanggup kau susahkan orang lain kan?? Jangan lupa juga bersikap sopan, beradap and amalkanlah amalan2 murni macam dalam iklan sekarang tu. Ini tidok.. Agaknya time iklan tu keluar je mesti cepat2 tukar channel kan?? 

Aku kalau jahat sangat dah lama dah aku turun and wat sesuatu. Pancitkan tayar kereta kau ke.. calarkan kereta kau ke.. Nasib kau jumpa orang cam aku. Kalau jumpa gangster? Tak pecah pulak kereta kau ni kan?? So, tolong sayang harta yang ado tu. 

Pada aku tak salah kalau dah nampak orang nak lalu and hon kau pegilah alihkan kejap kereta kau tu kan. Ini tidok sume buat tak tau. Aku sure ada je ownernya kat situ sebab memang ramai berdiri2 kat situ. Maybe takut atau malu nak ngaku kot. Choii sangat kan!! Ppfftt.. 

Seriously aku sedey gile tengok orang yang berperangai macam nih. Paling sedey bila orang2 nih adalah orang2 tua. Kalau orang muda tu aku fahamlah kan. Orang muda ni memang darah panas. Ini tidak yang tua pon bagi contoh tak baik acane? Pernah kereta kitowang kena hadang and nak keluar susah gile. Kang kalau 'terlanggar' kereta dia tu marah pulak.. sekali masa kitowang terkial2 nak keluar tu tetiba ade satu makcik ni pergi kat kereta tu sambil tayang muka bejat tak bersalah and takde senyum langsung. Angkat tangan and say sorry lagilah haremm..!! Pfftt.. Aku cuma cakap kat ucuk takpe.. Esok2 biar dia kena pulak. Malas dah nak cakap banyak. 

Sambung balik cerita tadi.. kitorang nih dah tersangkut kan tak boley nak keluar, sekali belakang kitowang pon ade jugak kereta nak keluar and sama2 tersangkut. Last2 kitowang reverse bersama2. Nak reverse tu pon aku rasa cam azab jek and rasa macam nak masuk longkang. Dah sempit berselekoh plak. Haisy.. Muahaha!! Sampai kehujung nya aku tak dapat nampak sapa owner kereta tu. Kalau ikut aku, aku sanggup jek tunggu kat situ. Nak tengok ade tak orang tuntut kereta tu.  Biar pon aku kena tunggu berejam2. Kerana mu owner kereta aku sanggup!! Haa.. So, kepada owner kereta sila berhati2 bila terserempak dengan aku. Make sure kau pon tak buat lagi perangai sebegini supaya aku pon tak buatlah tindakan diluar kawalan kan. 

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!