1 Sep 2013

Makan Lagi.. Dan Lagi..

Makan jek keja aku ken?? bahaha..  


Tengok tu, sedap kan?? *air liur meleleh* huhuhu.. Laponya. Padahal baru tadi mencekik ni dah lapo balik. Hadoi.. 


Muahaha!! Saje jek aku cover2 tutup muka mamat belakang tu supaya korang fokus kat aku jek *bajet comel*


Dah, jangan tengok lelama sangat *kuat cemburu* 

Seriously,makanan dia memang sedap. Tak rugi makan kat sini. Tapi sebenarnya nih masa puasa lepas. Miahaha!! Lambat giler kau hapdet kan? Tak sempat kot *alasan* 

Masa ni memang tido kat hotel ni, ingatkan kena buka sorang2. Kalau sorang jek memang order jek makan kat bilik. Haha!! *pemalu tahp melampau* sekali rupanya hubby dapat balik awal.. Apa lagi bersiap terus turun bawah tanpa booking and muka takde perasaan. Nasib sape2 tido situ di beri lebih keutamaan. Bahaha!!!

So, makan memang banyaklah kan *kebulur sangat* Bayak oohh kitowang amik. Hubby amik nasi. Aku amik bihun sup, then amik kambing and sate, kuih pulak, pastu amik dessert, then ada plak yang ringan2. Hohoho.. Tapi walaupon banyak jenis kitowang amik cikit2.. *cover malu* Tak elok membazir tau!! 

Kat sini ada di siapkan surau dia. Hotel dia pon best. Bilik memang terbaik ok.. Best. Lain kali nak tidur situ lagi. Wink2!! *kenyit mata kat hubby*

Ohh, lupa bagitau nama hotel. Nama dia M- Suite Hotel. Berdepan jek dengan Danga Bay, JB. So, bestlah. Boleh request nak sea view. So, daripada hotel2 lain yang aku dah pergi bilik dia paling best. *nanti2 aku review pasal bilik dia ok* So, aku recommend pada korang tido sini sebab baru RM100++ tapi dah terbaik. Kalau lagi mahal tak tau mcam manalah rupa dia. Tempat parking pon ada. So, jangan tunggu lagi!!!

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!