31 Oct 2013

Apahal nak sentap kau nokkss!!

Assalamualaikum..

Kelas tajuk kau kan?? Bahaha!! Bukan nak mengata sesiapa, bukan juga nak perli sesiapa. Tak terlintas pon di hati ini. *tetibaayatberbunga2*

Sebenarnya nak cerita pasal diri sendiri malam tadi. Hubby balik malam tadi sampai pukul 11 malam *darisingaporeokey* terus diri ini sentap tak ingat. Oohh.. Nak tau kenapa? Hanya kerana hubby tak bawak balik fresh oren. Haha!! Dasar buruk perangai kau kan. 

Lepas tu tak memasal air mata meleleh kan? Dah kenapa? Tak memasal hubby kena keluar balik pergi cari fresh oren kat tempat lain. Hadoiyaaii.. Sebenarnya salah sendiri jugak tak nak jenguk2 fon, padahal hubby mesej and siap call lagi. 1 pon tak jawab. Hubby call nak bagitau kedai selalu tu tutup or dah habis tah. Sendiri salah lepas tu sendiri nak sentapkan?? Terbaikk.. 

Tak taulah, sejak akhir2 ni kerja asyik nak menyentap je tau. Kadang2 pasal benda kecik pon sentap melampau2.. Oohh. Teruk sangat. Ucuk, kita nak minta maaflah.. Huhu.. Cian ucuk malam2 kena keluar semata2 nak cari fresh oren untuk isteri tercomel dia ni. *pengsanperasan*

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!