20 Nov 2013

Nak shoping baju... Nak shoping baju..

Assalamualaikum..

Kalau aku kaya.. Hari2 ku belanja.. Beli baju raya.. Semua barang raya..*Sila baca sambil bunyi lagu Awi Rafael* ~macam tak kena jek.

Aku dah lama tak pergi shoping tau. Keluar rumah pon sekarang dah jarang lagikan pulak balik kampung. Semua jawapan aku senang jek, MALAS. Bahaha.. Malas nak drive kereta, malas nak jalan, malas nak bayar*nakyangfree*. Ok, ko memang pemalas! 

Acaner tu, nak baju baru tapi keluar tak nak. Kekeke.. Kasi lempang jek. Aku adalah tak larat ok. Semalam aku pergi pasar malam dengan berlenggang tak bimbit apa2 pon boleh penat. Sume barang Mr. Hubby yang bawakkan. Aku? Berjoget jelah.. Hahaha!! 

Aku fening ni, bulan 12 ramai sangat kawin. Baju aku banyak yang dah tak muat almaklumlah perut dah kedepan sikit kan. Hohoho.. Baju hari2 aku pakai kat rumah pon aku bedal baju Mr. Hubby disebabkan baju aku sume dah macam sarung nangka. Kalau pergi jalan pun adalah2 @ 3 helai baju je yang sesuai, itu jelah diulang2.. Nasib jarang keluar. Itu pun tunggu Mr. Hubby cuti baru keluar. Lately ni Mr. Hubby asyik kena balik lambat. Oohh.. Kesian okey, dahlah jauh..

Dah dapat rumah nak disewa kira rumah tu dulu Mr. Hubby duduk masa zaman bujang dulu tapi budak2 tu tak keluar lagi. Hohoho.. Cepat ler keluar kesian tau ucux iolls kena ulang alik Kluang-Singapore hari2.. Kalau dorang dah keluar senanglah sikit Mr. Hubby pergi keja. 

Eh, terlari topik pulak. Aku nak beli baju untuk kenduri kawin yang sesuai diguna sampai perut dah besar nanti. Hahaha!! Sekali cari baju untuk jalan2.. Lagi best kalau baju2 tu siap boleh guna masa menyusu kang. Senang tak yah bazir2 sangat keja asyik nak membeli jek. Ko ingat hubby ko cap duit??!

Bilalah baru boleh aku belek2 baju baru ni? Uish.. dah rasa tak sabar bebenor dah ni. Boleh tak kalau aku suruh je my mom drive walaupun aku tau dia cume pandai bawak basikal jek. Wakaka.. eh, takpe2.. 

"Daddy!! nak driver!!"

Pang!! hohoho.. Ko ingat ko anak orang kaya ke apew?? Anak tak sedar diri nak berdaddy2 konon.. Biasa panggil abah jek. dan2 panggil daddy ko kan mentang2 mintak driver. Choii!!

Nak baju ni...


Ni jugak..


Ayoyooyoo.. Semua cantik2.. Gambar semua ikhsan daripada pokcik gugel. Kihkihkih!!


No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!