4 Dec 2013

Musim banjir kembali

Assalamualaikum..

Ayuh kembali ke sekolah.. Eh, salah2.. Bahaha!! Semua sedia maklum sekarang ni musim hujan. Hujan rata pulak tu. Macam aku duduk Johor ni semua daerah hujan kot. Hujan lebat pulak. Tapi sejuk, best.. Rasa nak berselubung jek dalam selimut 24 jam. Kahkahkah!! Gila banyak masa free ko kan. *dah nama pon surirumah sepenuh masa* 

Credit to gugel

Tempat korang hujan tak?? Kat taman aku ni dah berapa hari hujan. Hujan yang lebat amat. Kena pulak depan rumah aku ni ada kawasan kelapa sawit, tapi kecik jelah kawasan dia. Air kat situ dah bertakung jek.. Oohh.. Tolonglah jangan banjir kat sini sebab aku takut air *iniserius* 


Gugel lagi

Bagi mana2 tempat yang hujan lebat tu dan berkemungkinan banjir silalah hati2. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau rasa air dah naik sikit tu sila pindahkan barang2 anda ke tempat selamat. Mana yang tak larat nak angkat tu biar jelah. And siap2 pack barang peribadi korang untuk senang terus cabut je kalau air mula naik ke paras merbahaya. 

Dengar kata kali ni banjir disebabkan hujan tak berhenti dan beserta pula air pasang. Maknanya makin bahayalah kan. Ingat tau korang.. Tolonglah berhati2.. Risau aku tau. Dulu cousin aku cerita masa dia kerja kat RHB segamat lagilah. Dorang dah siapkan pelampung untuk letak komputer. Dasyat betul! Kalau pegi kerja kena parking keta awal2 kat kawasan tinggi dah tu menapak lah ko pegi kerja jauh2.. Nasib sekarang dia tak kerja situ lagi. Kuikuikui..

Jangan lupa juga perhatikan anak2.. Jangan lepas sesuka hati time2 banjir macam ni. Kena pikirkan keselamatan dorang jugak. Time2 banjir ni jugalah bnyak wabak dan penyakit. So, tengok2 keadaan anak2. Kalau rasa anak2 cam tak berapa sihat je cepat2 pergi klinik or hospital. 

Mari sama2 kita doakan mereka yang sedang diberi ujian-Nya tabah. Kita doakan agar semuanya selamat.. Sape yang berkemampuan tu kalau nak beri bantuan boleh jek. Pergi jelah kat kawasan dorang berkumpul. Walaupun kecil je bantuan yang diberi tapi bwsar pada mereka yang menerima.. 

Akhir sekali meh nak share 1 gambar ni. Memang lawak amat. Ready??


Hahaha!!

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!