29 Jan 2014

Pakej Demam Semasa Pregnant

Assalamualaikum..



Perkara pertama yang buat kita risau semasa pregnant adalah DEMAM. Pada aku itulah yang paling digerunkan tak taulah korang pulak kan?? Takkan time demam kau nak makan ubat sembarangan kan. Jangan ngada2 eh! Aku wachhaa kang. 

Walaupun ada jek orang kata boleh makan panadol tu sebijik. Haa.. kang apa2 jadi orang yang bagi idea tu nak bertanggungjawab ke? Ada je dia buat bodoh kang. 

"Sape suruh kau ikut cakap aku" 

Naya tak nayalah, orang cengginih jangan dibuat kawan ok. So, penyelesaian paling mudah pergi jumpa pada yang pakar. Demam sikit jek cepat2 pergi klinik dan jumpa doktor anda. Bagilah tau dia apa masalah korang. Demam ke, flu ke, whatever lah. Nanti dia akan nasihatkan korang and bagi ubat yang betul2 korang boleh makan. 

Biarlah kita berhabis duit sikit untuk kesihatan kita dengan baby yang ada kat dalam tu. Jangan terlalu berkira sangat. Tak habis beribu pun duit kau pergi klinik.. ;p

Oh ye, nak melencong sikit dari bab demam but still berkaitan kesihatan jugak. Hurmm.. Korang2 nih aku tau masa pregnant memang teringin nak makan itulah, inilah.. *aku pun sama jugak* Kadang2 bukan teringin sangat pun saje jek nak bermanja2.. Hehehe.. Tapi ada jugak yang kadang2 teringin tu sampai tertelan air liur sendiri, kalau ada yang macam tu wajib pergi cari. Hikhik!! 

Eh, tapi mengidam, mengidam jugak jangan pulak main makan jek. Elakkan makan makanan terlalu manis tak elok sebab time pregnant2 nilah kita mudah kena darah tinggi and kencing manis. So, kalau teringin sangat pun makanlah but make sure korang topup dengan air masak lebih. Haa.. barulah betul dan seimbang. Walaupun korang tak makan manis pun pastikan korang banyak minum air masak. 

Tapi kan ada jugak orang pregnant nih time2 nilah dia tak boleh minum air masak. So, buatlah air apa pun yang korang suka tapi pastikan kurang manis. ok?? Jimat sikit gula kat rumah tu. Hahaha!! Memandangkan harga barang naik so meh kita berjimat cermat. ok?? <--lari topik sikit

*Sorry lately ni banyak entry berkisahkan pregnant memandangkan aku pun dalam mood PREGNANT kan ;p*

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!