7 Mar 2014

My Pregnancy~30 week

Assalamualaikum..

Masa berlalu begitu pantas sampaikan tak perasan baby dah duduk kat dalam perut ni masuk 30 minggu. Ishh.. Seram sejuk pulak rasa. Biaselahkan, pengalaman pertama menghadap benda ni. Hahhaha.. Doakan untuk aku and baby ok.. 

Sejak2 ni memang aku dah tak koser nak buat ape2.. Maklumlah, mengah jek. Memang duduk kat rumah ni kerjanya makan tido, makan tido. Haha!! Nasiblah duduk kat rumah family sendiri, sikit2 kang

"Mak.. Nak air sirap.." 
"Abah.. Nak buger.."

Bahaha!! Maklumlah anak manja kan. Puii!! Bahaha.. Ohh.. Bertabahlah wahai mak and abah ku. Begitu juga my ucux, lagi banyak kena bersabar melayan kerenah isteri dia yang memang manja terlebih ni. Huii.. 



Tapi betullah, kalau berjalan memang gamaknya cepat penat. Lepas tu masuk dalam shoping complex yang ber'aircond' tu pon aku rasa panas, siap

"Ucux, aircond dorang ni rosak ke??" 

Mana taknya, sampaikan habis berpeluh dahi, leher.. My ucux rilek jek. Itu biase terjadi pada orang pregnant ok. Sang2 suami jangan pulak terkejut kalau tengok si isteri ni tetap berpeluh2 walhal aircond besar gedabak. Aku pon tak tau kenapa jadi cenggitu cuma yang aku tau itu semua normal. 

Ada sekali hari tu pergi lepak ngan Ucuk kat Jusco Tebrau, then aku dah kepanasan tahap maksima ni. So, Ucux bagi cadangan supaya kitorang masuk kat wayang, bolehlah amik sejuk aircond tu kan. Mula2 aku taknak tapi lama2 tak leh tahan. So, moh cepat kita pergi. Bedal jelah tengok cite apa2 yang penting aircond, masa tu cite tu pon dah start dalam 10 minit. Bahaha!! Dah masuk dalam bilik wayang tu pon aku still panas lagi, kalau tak akulah orang pertama cari sweaterlah, pinjam kasut Ucux lah. Ini tidak, aku boleh duduk rilek jek. Ucux sikit2 tanya

"Sejuk tak??"

Aku rilek je jawab " Tak rasa apa ponn.."

Itu satu hal, kalau kat rumah pulak, tido dah confirm2 aku kena bukak kipas+aircond. Haaa.. Dasyat tak dasyat lah kan. Setakat aircond tak cukup. Pastu boleh sampai pagi tu aku bertahan. Bahaha!! Ohh.. Melambung bil. Tapi sekarang memang panas jek kan, Kluang ni pon dah lama sangat tak hujan sampaikan air pon kena catu. Anggap jelah itu semua dugaan kan?? Belajar2 jugak hidup susah bila takde air ni, belajar berjimat. Kalau tak senang je kita pusing kepala paip tu, bukak besar2 sampai melimpah. Membazir!! 

So, sekarang aku berharap semoga baby ni keluar nanti dengan sihat.. Lepas tu kalau nak keluar tu sabar2 sikit, tak mohlah awal sangat. Mama ngan papa nak pergi expo hujung bulan ni. Bahaha!! Banyak lagi barang baby yang belum beli so, sabar dulu ok.. ;P

Eh, sapa duk area Johor tu moh le kite meramaikan expo tu nanti. Dia buat dekat Danga City Mall Jb dari 28-30 March. Tak sabo dah ni.. 




No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!