29 May 2014

Suka Blog Makan, Makan Dan Makan..

Assalamualaikum..

Sekarang gusi aku tengah berdenyut2. Tapi still nak cerita pasal makan2 kan. Haha!! Aku dan makan memang tak dapat dipisahkan.. 

Bukan nak cerita aku pergi makan ke, masak ke apa eh. Takde maknanya kau tengah berpantang nak makan sedap2 macam bbq, sushi, steamboat or whatever. Bahaha!! So, campak jauh2 angan2 mu itu. 

Oklah.. Sebenarnya nak bagitau aku adalah peminat orang yang tulis blog pasal makan2 ni. Tak kisahlah samada dia masak sendiri atau makan kedai. Ada aku kisah. Lantak dorang lah kan. ;P yang penting aku suke jek tengok orang makan2 ni. Kuikui.. 

Eh, walaupun aku tengah berpantang tapi STILL baca blog2 macam tu. Pergh.. Tak dapat makan tapi dapat berangan2 pun jadilah kan. Takpelah.. Sabar2.. Bahaha!! 

Nasib aku ni kuat semangat, phuii!! *puji diri sendiri. Eh, tapi betullah.. Contoh macam sekarang ni. Aku kan tengah berpantang. Kau sumbatlah apa pun, tak sedap ke apa. Aku bedal jek. Janji cepat baik, cepat sembuh. Wakaka.. Yelah, sekarang tak boleh banyak gerak sangat so aku nak cepat baik so boleh bersuka ria sewenang2nya.

Diri ini adalah tak sabar nak cepat sembuh sebab nak pergi jalan2, dating2 macam dulu even dah ada baby AF ni. And aku tak sabar jugak nak masak sendiri. Masak for my ucux. And boleh makan sedap2. Eh, aku masak sedap.. ;P -->> hahaha!! Jangan percaya. 

Rindu gile nak memasak sendiri. Hoii.. Cepatlah sembuh. Pleasee.. 

*Tolong recommend mana2 blogger yang penuh cerita makanan. Hahaha!! I like..

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!