29 May 2014

Perempuan Terlebih Emo

Assalamualaikum..

Orang dalam pantang ni memang cepat emo ke?? Macam aku memang aku mengaku yang aku memang cepat emo. Bukan dalam pantang je tapi sebelum2 ni pun sama je. Tapi yang pelik sebelum aku bersalin hari tu sampai lah sekarang emo tu lagi macam terlebih2 pulak. Hoii.. Tension ok..

Tapi emo tu lebih kat ucux aku jelah.. Contohlah macam nampak dia tengah syok mesej2 aku terus rasa sentap. Then, tetiba laju jek air mata nak meleleh. Penat tahan tapi air mata tu macam takde break pulak. Rasa macam ucux aku tengah main mesej dengan tah sapa2. Bahaha!! *eh, tengah sentap pun boleh gelak lagi.  

Tapi betul ok. Kau punya dada rasa berombak2. Padahal ucux aku mesej dengan adik dia or member tapi dia punya rasa macam tengah mesej dengan gf. Apakah?? Tu yang rasa pilu hati.. Tah apa2 kan? Tapi betullah, sapa tak sayang suamikan. Lagi2 kau dah pertaruhkan nyawa kau untuk zuriat dia tetibe kalau dia ada skandal ke apa sapa tak sentap. Hoii!! Aku kalau ucux aku buat cenggitu memang aku bawak lari anak aku. Kau sila buat anak lain dengan orang baru. Eh! Choii!! I tumbuk2 muka U kalau U buat macam tu.

Lepas tu kan, biasalah bila dah beranak pinak ni kan. Ofcozlah diri ini sekarang jadi nombor 2 and yang pertama mestiah anak kau. Tu pon boleh jadi isu ok.. Siap boleh berlinang lagi air mata ini. Eh, macam aku tu tak heranlah kot. Aku kan dah biasa di manja. Sudahlah anak tunggal, dimanja family, pastu dengan ucux lagilah terlebih manja. Tapi sejak dah ada anak ni memang silalah campak ke laut manja kau itu. Tak dilayan ok. Kau nombor 2, gitu. 

Eh, rasa macam diri ini teruk bebenor. Tapi tak kisahlah kan.. Biasalah tu orang baru nak biasakan diri dengan persekitaran baru. Macam tulah.. Lagi pun aku memang sejak azalinya memang manja terlampau so bila orang tak layan haruslah sentap. 

Kadang2 tu punyalah emo terlebih tiba2 je tanpa ada sebab musabab air mata jatuh. Der.. Kau dah kenapa kan? Motif nak sedih tanpa sebab kukuh? Hoihh.. Itu aku pun tak dapat nak jawab. Tapi ada sesetengah orang kata itu semua hormon. Hormon kita ni still macam tunggang langgang lagi. So, ucux bertabahlah melayan kerenah isterimu ini yang menggedik. Wakaka!!

Eh, oklah.. Aku nak sambung beremo lagi ni. Kekeke..

p/s: entry ini ditaip malam tadi tapi rasa macam keji sangat nak publish malam2 buta. so, sekarang baru iolls publish. ;P

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!