11 Jul 2014

#Pray4Gaza

Assalamualaikum..


Penuh makna kan? Nampak simple and walau tiada kata2 kita masih boleh faham maksud gambar di atas ni. Semua bangsa,semua bahasa and tak kira orang apa pun boleh faham. 

Semakin menjadi2 kejadian dekat Gaza ni. Tak tau nak cakap apa dah. Kesian sangat pada orang2 dekat sana terutamanya budak and baby. Lebih2 lagi bila diri sendiri ada baby so tak dapat bayangkan jika diri sendiri pun hadap benda macam tu. Belum tentu aku sekuat mereka. 

Sekarang kita tolong apa yang kita mampu, kalau tak mampu dari segi tenaga, kita bantu mereka dari segi kewangan. Kalau kita tak mampu juga nak membantu dari segi kewangan kita bantu mereka pula dari segi DOA. 

Ya, sekarang ni doa kita amatlah diperlukan oleh mereka. Tak salah jika kita selitkan sedikit sahaja doa kita buat mereka. Tak luak pun.. ;P

Berdoalah buat mereka, untuk keselamatan mereka, untuk kemenangan ISLAM daripada berdoa nak kaya, nak rumah dan kereta mewah. Jika kamu kata hidup kamu susah ingatlah mereka di sana. Bandingkan tempat kita dan tempat mereka. Bertuahnya kita berada dalam serbi kekurangan namun kita masih lagi boleh keluar tanpa ketakutan melampau. 

Please..

#PRAY4GAZA

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!