25 Aug 2014

Anniversary, Aqiqah, Cukur Jambul

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Semuanya dipermudahkan dengan bantuan my mak and my abah, tak dilupakan mak cik and pakcik ku, juga kepada sepupu2. Thanks sebab banyak membantu kami hingga majlis berjalan lancar. Majlis pun meriah dengan kedatangan tetamu yang agak ramai. 

Kebetulan semalam 24 Ogos juga sambutan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 2 tahun. Tak ada sambut potong kek ke apa. Just imam doakan agar kami sekeluarga dan anak kami sihat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan apa2 pun urusan. Beruntung sebab my abah jugak banyak membantu meringankan beban. My abah masak tau. Hikhik!!

Gambar atas tu ada buat pelamin mini rekaan suka hati akulah! Hahaha!!! Saje je just nak meriahkan lagi majlis. Semua buat sendiri, recycle apa yang ada je  ada jugak buat table khas untuk candy buffet. Candy semua pun buat sendiri je, nak meriah tapi jimat.Boleh??!! Hihi.. buat sikit cupcake and buat coklat lollipop. Pastu beli mashmellow and makan dengan coklat cair. Sekejap licin.  Tapi baguslah, tak membazir. 


Nasib baby AF tak nangis masa sesi cukur jambul. Padahal bukan main sensitif kalau orang kacau kepala dia. Haha.. paling sensitif telinga dan hidung. ;P 

Ala.. candy buffet tak sempat nak amik gambar. Terlupa. Tu pun settle kan sendiri, nasib my ucux banyak bantu proses men'diy'.


Love both of you forever..


Ok, baby AF dah start ngamuk. Dah mula rimas, berpindah dari satu tangan ke satu tangan. Hahaha!!


Oh, just nak share bila kita buat majlis sikit je mulalah dengar suara2 sumbang orang tak puas hati. Haha!! Hadoi.. Aku yang pening. Ada je yang nak comment. Choi.. 

Baju yang aku pakai ni baju masa 1st day raya hari tu. So someone tegur lah. 

"Aik, baju ni lagi??" 

Haha!! Rasa kelakar sangat soalan itu. Kesian kan aku dah takde baju lain. Padahal pakai baju ni baru dua kali termasuk semalam. Rasanya takde masalah pun kalau aku nak pakai banyak kali. Takkan lah tiap kali majlis nak pakai baju baru jek. Orang kaya pun pokai kalau macam tu. Lagi macam family aku ni yang rajin buat majlis or kenduri. Haha!! Lainlah kalau orang yang cakap tu nak belanja kan. Tapi nak yang Rm 200 ke atas. Haha!! Demand sikit lah kan sebab yang bercakap tu 'kaya' sangat. 

Lepas tu pertikaikan pulak baju anak aku tu. Kenapa tak pakaikan baju melayu. Hello.. kalau aku jumpa saiz dia dah ku belikan dah. Lagi pun suka hati akulah kan, anak aku bukan anak kau. 

Tak faham orang macam ni. Aku pulak tension di buatnya. Sibuk sangat hal aku ngan ucux. Kadang tu pasal parent aku pun nak masuk campur  hello!! Sampaikan ucux aku kata kitorang ni artis kot. Sebab orang asyiklah memerhatikan kami. Cis!! Perasan betul hubby aku tu tau.

Untuk orang itu, awak tu pregnant hati2. Mulut nak kena jaga. Kelakuan pun.. Dah tua dah pun so banyak2 istighfar daripada bercakap bukan2. Takpelah.. kita tengok jelah turn dia buat majlis nanti macam mana pulak. Aku tak nak cakap apa2. Itu hak kau. Lagi pun aku tak nak ikut perangai macam kau. Hati busuk. Eh!! Eh, korang dont worry.. No hard feeling..

Jom sejukkan hati tengok pelamin mini baby AF. Simple je. Tak kuasa nak letak bunga so kita pakai kertas je. Sebab?? Jimat. Haha!! Goodies bag pon pakai masa kawin punya ada lebih, 2 tahun lepas. Cenderahati pun ade lebih. Haha!! Jimat gile aku rasa. Tinggal topup sikit2. So korang pon kalau nak berjimat tiru aku. Apa ada kat rumah tu deco sikit and bole jadi cantik. Ikutlah kreativiti sendiri. Aku tau korang lagi kreatif daripada aku. 

So selamat ber'diy'.. Aku nak bersiap ni, kejap lagi nak pergi pasar beli lauk..

*entry ini ditaip hari isnin malam selasa*


2 comments:

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!