11 Aug 2014

Baby AF vs Me

Assalamualaikum..


Moh cuci mata tengok pipi baby AF yang bambam. Kadang rasa macam nak gigit2 je pipi dia. Haha!! Ohh.. Tang pipi tu memang ikut mama sangat tau. Bulat!



Tudung belakang tu feeling macam kena tiup dek angin. Haha!! Model sangat. Kahkah.. 

Kejadian berlakunya sesi selfie ni masa hari khamis kalau tak silap. Off day. So, moh merayap hubby,wife and baby AF. 

Gambar tu diambil masa ucux iolls turun pergi beli ubat for me dekat farmasi. Aku malas nak turun so minta tolong ucux aku je pergi beli. Thats why ucux aku takde dalam gambar.

Seronok bila ada anak ni. Makin bertambah seri hidup. So, tiada istilah tidak boleh bersuka ria lagi bersama suami kau. No hallah. Boleh je pergi mana2 bawak sekali anak kau. Lagi seronok adalah kot! 

Bila Allah dah bagi rezeki kau anak, tolonglah jangan di sia2 kan. Jangan abaikan hidup anak2 kau. Masa dari kecil ni lah kita nak didik dia jadi orang yang macam mana. Dari kecil jugak kita ajar erti kekeluargaan. Moga2 esok bila dia dah besar dia akan hargai keluarga dia. Rapat dengan family.

Bayangkan orang lain punya susah nak dapat anak, kadang2 sampai makan tahun. Kau pulak dah dapat anak tapi buat endah tak endah jek. No, no, no.. Ok.. Ni bukan kata sapa2, just nasihat untuk semua orang and diri sendiri.  

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!