9 Sept 2014

Biodata Aku Yang Poyo!!

Assalamualaikum..

Teringat zaman2 sekolah dulu, sanggup beli buku garis2 tu then tulis biodata sendiri, lepas tu pass kat kengkawan suruh dorang tulis biodata dorang pulak. Siap kat biodata tu macam2 kreativiti lah masing2. 

Ada yang tulis pakai pen warna warni, ada yang melukis, ada yang lukis love2 lah, macam2 lah.. Haha!! Kelakar. Ok, aku pun sama. ;P

Nama Sebenar : Nore Zaida Binti Zainal Abidin

Umur : 27 tahun

Tarikh Lahir : 18 Ogos 1987

Status : Sudah Berkahwin

Anak : Baru sorang. Hahaha!!!

Zodiak : Leo *Grrr.. Garang ok!

Saiz kasut : Tak tentu, ikut brand. Kadang 6 kadang 7 kadang tu 5

Berat : Hmm.. Dalam 50++. Now tengah proses nak dapatkan berat idaman. ;(

Tinggi : Dalam 154/156 kot! Tak ingat tapi aku kemetot jek. 

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (BHRM) -Universiti Utara Malaysia

Makanan Kegemaran : Mee goreng basah (dulu) sekarang semua makanan aku bedal

Minuman kegemaran : Segala yang berasaskan ais

Kawan Baik : Fieza, Nadia and ramai jugaklah. Tapi dua orang ni memang dah kawan sejak sekolah lagi.

Hobi : Masak, jahit, suka buat benda yang gunakan kreativiti

Cita2 : Akauntan (dulu) tapi sekarang nak jadi seorang isteri dan mama yang terbaik.

Pekerjaan Sekarang : Surirumah sepenuh masa dan part time bisnes.

Perkara terakhir aku buat : Menanti ucux aku balik bawak ABC. Kahkah..

Kata2 semangat : Hidup aku suka hati akulah. Ada aku kisah!! Haha!!

So, aku nak tag korang2 yang baca biodata aku ni. Siapa rajin boleh buat. Kenang kembali kenangan kita zaman2 sekolah dulu. Hihi..








No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!