11 Sep 2014

Sambungan: Amalan Masa Mengandung

Assalamualaikum..

Ok, disebabkan tak nak ada orang salah faham so jadilah sambungan dia ni. Ok,apa yang aku share sebelum ni just apa yang aku buat. Apa yang aku amalkan and aku rasa tak salah nak share pengalaman aku dengan korang kan? Ok, dont worry aku bukan marah cuma takut pulak korang yang marah kat aku. Haha!! Mungkin nanti jadi tak puas hati and gaduh pulak. Ok, i dont like. 

Terpulang pada korang nak ikut atau tak, mana yang korang rasa ok korang cuba kalau rasa benda tu mengarut tak usah cuba. Aku takde suruh korang menipu tau. No.. No.. Jangan pulak korang menipu nurse kata tak ada family history penyakit2 macam kencing manis dan darah tinggi tu. Tapi kalau korang menipu pun nurse boleh tahu. 

Lagipun, kalau jenis yang ada keturunan sakit tu tak boleh nak buat apa. And ada jugak orang yang ada keturunan pun tapi dia ok takde masalah. Sebab tu aku suruh banyakkan minum air masak.

Macam jiran aku masa dia pregnant dia kena darah tinggi. Lepas bersalin pun sakit tu terus lekat. Sebab tu makan boleh tapi beringat and paling penting air kosong. Ok! 

Oh ye, di sini aku nak tegaskan korang yang bukan dengan amalkan apa yang aku share tu korang takkan kena minum air gula. Tidak! Kalau umur korang dah 3 series memang tak boleh elak sebab memang kena kalau tak silap. Dan semua ni pun atas budi bicara nurse jugak. 

Masa aku, aku siap tanya doktor saya tak payah minum air gula ke, then doktor cek semua no problem so dia kata tak payah. And apa aku share tadi bukan nak tekankan semata-mata pasal air gula. But yang lebih penting adalah kesihatan awak, awak, dan awak yang tengah baca entry ni sambil berkerut dahi tu. Hahaha!!! Dan yang paling penting baby awak sihat.

Serius ok, penting sangat masa pregnant ni jaga. Jaga bukan bermakna itu ini tak boleh. Boleh je sebenarnya tapi kena beringat!! Bukan main tibai jek. Dan yang paling penting air masak. Oh, ye aku tak minum susu sebab aku tak suka susu and tak boleh telan susu sejak azali lagi. Haha!! So, tukarkan ke air buah, yogurt, air masak. Tapi aku kuat makan sayur. Faham. Eh, bahaha!!

Ok, dah faham kan so,tak moh salah faham pulak. Jangan ingat aku nak bangga ke apa tak kena minum air gula. Lagi bagus kalau kau minum sebab boleh tau tahap kesihatan kau macam mana. Macam aku dah tanya doktor pun tapi doktor kata tak payah. Apo nak buek. Hahaha!!

Tapi im sure lepas ni anak yang akan datang mesti kena punya. Sebab makin lama kan makin tua. Haha!!

So xmoh kondem aku ok sebab aku tak suka nak gaduh2 ni.. Wee... ;P  

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!