11 Sep 2014

Bila Aku Dejavu

Assalamualaikum..

Siapa tahu pasal dejavu??  Apa yang aku tau dejavu ni lebih kurang bila kita macam pernah mengalami sesuatu situasi itu sebelum ini. 

Ok, sekarang nak berkongsi pengalaman aku dengan korang pasal dejavu ni. Aku kerap sangat dapat dejavu ni.. Serius ok!! Selalu sangat sampai kadang2 buat aku rasa tension. Tau kenapa? Haha!! Sebab penat fikir. 

Contoh aku pergi pasar karat JB. Lepas tu, aku singah beli baju dekat situ. So, aku akan nampak orang yang sama, cakap benda yang sama, gaya dia semua sama. Lagi tension bila kau toleh keliling semua pun sama, memang tension. Haha!! Betul, tak tipu.. Padahal sebelum ni aku tak pernah jejak kaki dekat pasar karat ni and 1st time pergi situ. Contoh pergi tu dengan hubby, so aku akan tanya dekat dia kita pernah datang ke situ. Bila hubby aku kata tak pernah so aku akan blur dan pening. 

Serius ok, biasanya akan terjadi 100% sama, sebijik, mijik. Haha!! Masa tu aku akan tau itu semua dejavu. Biasanya benda tu aku mimpi. Aku bangun tidur aku tau yang malam tu aku ada mimpi tapi tak ingat mimpi apa. Dalam 90% mimpi itu akan jadi kenyataan. Haha!!

Tapi baru2 ni aku mimpi aku kawin lagi. Kira hubby aku bermadu. Haha!! Ciss!! Mesti tak menjadi ni sebab aku boleh ingat mimpi tu. Selalu jadi bila aku mimpi tapi aku tak ingat. Ala.. Melepas lah pulak.. Hahaha!! 

"Eh, hai ucux.." 
*sambil buat muncung ala2 kiss gitu"

Nanti ada time aku share dejavu apa yang berlaku dekat aku. Hikhik.. ;P


No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!