14 Sept 2014

Tentang Aku Yang Perlu Aku Share

1. Nama timangan aku dalam family Aeda. Kawan2 panggil Zaida atau Ida. Tapi sesetengah saudara-mara panggil aku Zai. Ciss!! Tak suka nama tu sebab rasa macam nama lelaki.

2. Aku dah kahwin. Itu semua orang tahu kot! Tapi yang korang tak tahu adalah aku lebih tua dari suami aku. Hihi.. Tua setahun jelah.

3. Masa sekolah subjek paling aku suka adalah subjek berkaitan ilmu hisab. Contohnya matematik dan prinsip akaun.

4. Aku merupakan anak tunggal. So takde abang, kakak mahu pun adik.

5. Aku seorang surirumah yang berijazah. Haha!! So, esok senang nak ajar anak. Kang anak soal tak tahu nak jawab pulak!

6. Aku seorang yang sangat2 panas baran dan kerja asyik nak marah jek. Tapi bergantung pada keadaan. Biasanya kalau orang suka cari pasal. Tapi adakalanya marah tak tentu pasal. Haha!! 

7. Aku tak suka orang masuk campur dan kacau family and my parent. Tak suka!!

8. Aku suka dan kuat merajuk dan mogok bila aku mintak tapi tak dapat. Haha!! Tapi itu dulu dah kawin tak lagi..

9. Aku gila gadjet! Gila sangat.. Sampaikan my mak dan abah tak pernah beli henpon sendiri sebab selalu cilok aku punya. Sebab aku akan pakai sebulan dua then tukar lain. Haha!! 

10. Aku tersangat2 manja orangnya. Tapi bergantung dengan orang. Biasanya manja dengan my mak, abah, ucuk dan bff aku. 

11. Aku cakap laju. Pernah kena sound suruh cakap perlahan sikit. Haha!! Sampaikan orang suruh aku jadi pembaca berita. Choii.. 

12. Aku tersangat pemalu orangnya. Tapi kalau dah kenal bercakap tak berenti. Haha!!

13. Aku jenis sekali kau baik dengan aku beribu kali baik aku layan kau. Tapi sekali kau sakiti aku seteruk2nya aku layan kau.

14. Aku jenis tak suka pinjam barang orang. Tak kiralah baju ke, kereta ke. Sebab tu aku tak suka bagi orang pinjam barang aku. Aku jenis tak suke sharing. Mungkin faktor dari kecik tak pernah share dengan sape2.

15. Aku suke sesuatu yang perfect. Bukan nak orang yang perfect. Tapi kalau buat sesuatu mesti nak yang terbaik. Tak suka cincai2.

16. Tadi aku citer aku panas baran terlampaukan? Tapi dalam hati ada taman. Haha!! Sensetif pun ia jugak.

17. Aku pun terlampau asyik fikir jaga hati orang lain berbanding diri sendiri. Suka mengalah. Contoh,pergi makan dengan kawan. Walau pun aku masih lapar tapi tiba2 akan kata kenyang dan hulur makanan kat kawan tu. Haha!!

18. Pemurah sangat. Contoh tetiba mood baik aku akan belanja kawan2 aku makan. Haha!! Kadang kesian tengok dorang, faham2 jelah student makan pun bercatu. So, akulah penyelamat dorang.

19. Kesayangan my abah. My mak jugak. Dulu my abah kalau pergi area utara confirm akan singggah my rumah sewa konon2 nak bagi jajan lah, apalah. Padahal.. Ceh, macam aku tak tahu. Bahaha!!

20. Aku lebih rapat dengan family sebelah my mak. Dah anggap semua macam abang dan kakak. 

21. Aku suka sangat menulis. Tak kira apa jenis pun. Puisi, Sajak, Cerpen atau novel. Masa sekolah rendah menang tempat pertama tulis cerpen. Yea!!

22. Suka sangat menyanyi. Masa ngandung tinggal tunggu hari pun aku bedal nyanyi hari2. Haha!! Sampaikan ucux aku suruh aku masuk AF. Boleh gitu!!??

23. Gila warna pink sampaikan kereta pun warna pink. Cat bilik warna pink. Beli barang semua nak warna pink. Termasukah besen, hanger, sudip. Hahah!! Lepas tu paksa ucux aku minat warna pink jugak!

24. Suka pakai baju berulang kali walau pun baju banyak. Haha!! Mungkin selesa kot! Pakai baju mesti nak sedondon me, hubby dan baby AF.

25. Suka makan dan kuat makan. Kena makan sikit2 tapi banyak kali sebab aku gastrik. Haha!! 

26. Sukee dipujuk walau pun hanya dengan ABC dan buger ramlee je. Haha!!

27. Tak boleh minum kopi, nescafe. Nanti pening dan susah tidur tak kira malam, siang dan pagi buta. Pernah tak tidur sebabkan nescafe. 

28. Kuat jalan dan shoping. Perempuan mana tak suke shoping!!!?? Tapi tak suke sangat jalan ramai2 sebab leceh.

29. Suka lain dari yang lain. Pernah mintak selipar baru sebab nampak kawan pakai selipar yang sama.  P/s: dah beli baru pun still jumpa orang pakai yang sama. Jumpa kat pasar malam pulak tu. Ciss!! I need a new one!!!!

30. Degil, keras kepala dan suka buat hal sendiri. Tak peduli apa orang nak kata. Do i care?? 

31. Seorang yang makan hati dan suka pendam. Tapi bila meletop mengalahkan bom dan nuklear. Haha!!

Eh, tu jelah. Banyak sangat pulak share. Tapi dah nama pun suka menulis tu yang jadi macam ni. ;P







No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!