4 Dec 2014

Antara produk baby yang aku suka

Assalamualaikum..

Sebelum iolls kena hentam better aku terangkan dulu. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak kita mesti kita cuba buat yang terbaik. Tak kira apa jenama pun yang kita beli dan guna, betul tak? Lagi pun, yang penting kena ukur dulu kemampuan kita. Mampu tak kita nak sediakan barangan mahal dengan gaji yang kita ada? Jangan kerana nak buat yang terbaik untuk anak sanggup ikat perut. Ok, yang itu salah.

Now, aku nak share barang atau jenama apa yang aku suka beli. Firstly, i like Avent. Eleh, mentang2 berjenama. Hello!! Setiap apa yang aku beli and guna aku akan make sure aku buat research dulu. Tengok feedback dia macam mana. Bukan nampak orang beli terus "Aku nak!?". That's not me.  Ok, kenapa aku suka Avent? Ofcoz lah senang nak cari barang dia and banyak sangat pilihan. Segala benda berkaitan feeding mesti ada. Blender, tharmos, botol susu, puting, sterilizer, dan banyak lagi. Itu sebab aku suka dia. Haha!! Kebanyakkan barang aku guna jenama ni. Yang penting kualiti dia.

Second, aku suka barangan Suavinex. Why?? Sebab dia sangat cantik. Haha!! Aku kalah dengan barang kiut2 ni. Tapi tak banyak barang aku dengan jenama ni. Tapi boleh kumpul sikit2. Haha!! Next barang Suavinex aku nak ialah set pinggan dia. Boleh buat stress, haha!! Barangan ketiga aku suka adalah jenama Boon. Serius, korang mesti cuba. Memang design dia nampak plastik sangat. Haha!! Kalah nak dibandingkan dengan Suavinex. Tapi sesuailah untuk baby kan? Lagi pun kegunaan dia mesra pengguna sangat. Harga pon ok2, tak mahal sangat..

Keempat, Skip Hoop!! Really like it! Siapa tak terpegun tengok tharmos dengan set pinggan dia serius tak comel. Haha!! Sebab siri kartun dia semua comel2. Aku baru dapat grab tharmos je sebab set pinggan dia yang aku nak takde pulak. So sad. Bila ucux aku free nak pergi grab botol air dia pulak. Haha!! Sementara nak tunggu baby AF besar biar mama dia pinjam pakai dulu. Weeee... ;P

Kelima, Tommee Tippee. Barang dia not bad, design pon banyak. Tapi baby AF so gedik. He just want Avent bottle. Bukan aku ajar dia memilih ok. Aku rasa ada 6-7 botol susu aku belikan daripada yang biasa sampai yang luar biasa. Haha!! Daripada jenama bongok, ke Pureen, ke Tommee Tippee, ke MAM, ke Mimi Jumi, last try Avent baru dia ok. But, itu semua biasa. Like me memang bagi susu badan so nak cari yang serasi dengan dia memang agak payah. Tapi botol susu itu perlu kalau kita keluar jalan2, senang. Tommee Tippee sama macam Avent jugak. Bagusnya bila jenama dia ada macam2 produk. Lagi satu senang nak cari barang dia, majority kedai akan ada jenama dia.

Korang jangan suka ikut orang, contoh orang tu pakai jenama tu kau pun nak. Please, mesti ada pendirian. Aku suka buat keputusan sendiri tak suka nak dengar cakap orang sangat. Jadi diri sendiri ok. Jangan pulak korang dengar cakap aku pulak. Oh, minah tu cakap jenama ni bagus. No, cari sumber lain jugak. Mungkin anak aku serasi dengan jenama Avent. Maybe anak korang serasi dengan jenama Tommee Tippee. Terpulang.. Macam aku pon beli barang luar dari Malaysia sebab harga lagi murah. Jauh jugaklah beza dia. So, terpulang korang dan ikut pilihan sendiri ok. Tepuk dada tanya selera. So, chilllll......

Siapa nak barang preloved boleh contact. Haha!! Kot ada yang berminat dengan botol Mimi Jumi tu iolls nak jual murah je. Botol ni yang besar punya, yang tinggi. Sapa nak boleh grab, anak iolls tak nak pon. So, tinggal tukar puting dia saja. Siapa nak boleh contact me..

Email: wanida1506@gmail.com
Instagram: MRSWANIDA1506
Wassap: +60136464455

Preloved brang lain pon ada jugak. Ada jugak barang kecantikkan. okbai..

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!