7 Dec 2014

Pengalaman Yang Menakutkan

Assalamualaikum..

Kebakaran? Siapa pernah alami? Tak kiralah besar atau kecil kesannya tetap berbekas bukan? Like me, masih terasa lagi sampai sekarang. Lagi2 macam aku ada anak kecil, sempat capai mana yang penting saja.

Tapi im lucky sebab api tu bukan dari rumah kami tapi rumah jiran. But still lah kita risau kan? 

Mula2 aku dengar bunyi kaca pecah, risau ada orang nak pecah masuk rumah jiran so aku jenguk kat tingkap. Tengok2 ada asap dekat bumbung rumah. Ok, start rasa tak sedap hati.  Terus tukar pakaian yang sesuai then amik beg duit, handphone, kunci rumah and kunci kereta capai baby AF and terus keluar rumah.

First masuk kereta and keluarkan kereta dulu sebab takut merebak then sambar kereta yang ada petrol. Dah settle terus lepak luar je. Nasib ada orang yang kebetulan lalu tolong sementara nak tunggu bomba sampai. Kebakaran tu dekat master bedroom so kena dekat tilam and api cepat marak. So orang tolong tadi simbah air dekat tilam tu. 

Tak lama  bomba sampai. Then api pun mati sepenuhnya. Baru rasa lega sikit. Nasib baik api tak merebak ke rumah2 sebelah kalau tidak naya. So, ahli bomba cari punca kebakaran yang berlaku so diorang jumpa ubat nyamuk. Tau kan ubat nyamuk zaman dulu yang pusing2 tu. Yang kita cucuk lepas tu letak dalam piring.So ahli bomba kata itulah puncanya.  Maybe cucu untie tu main lepas tu letak dekat tepi tilam. 

Paling terkejut bila ahli bomba cakap ada gas memasak dalam bilik. Kau rasa? Buatnya meletup.. seram kalau fikir. Yang pi letak gas tu dekat bilik dah kenapa? Lepas bomba dah balik aku pun kepoh2 pi jengok rumah untie tu tapi dari luar jelah. Tak kuasa aku sampai nak masuk dalam kan. 

Teruk ok, sampai hitam 1 bilik. Sampai kat atas siling. Tingkap dah pecah, dinding luar pon hitam2. Kesian jugak tengok untie tu. Dia dah tua sangat, jalan pun lambat. Can u imagine kalau kebakaran tu lebih teruk. Tapi alhamdulillah.. Semuanya selamat. Tapi takpe untie tadi boleh buat claim. Bersyukur jugak api sempat dipadamkan sebelum merebak ke rumah lain. Kalau merebak lagi tak boleh aku nak imagine. Dah lah suami jauh dekat Singapore sana. Aku kat sini terkontang kanting sengsorang. Huuuu.. Tapi takpe aku kan heroin. Hahaha!!

So, pleaselah.. kena sentiasa bebel kot dekat budak2 ni jangan main api. Bomba pon kena rajin buat demo dekat sekolah. Bagi diorang rasa sikit. Menakutkan ok. Lepas tu, talian kecemasan tu susah jugak. Sebab de jiran sorang ni telefon tapi takde sorang yang angkat. Last2 terpaksa call hubby dia mintak tolong call kan pulak. Hope lepas ni tak terjadi lagi. Kadang tu kecemasan kan. Kita tak boleh jangka. Kita berharap sangat bantuan diorang time2 macam ni  so, harap dapat dipertingkatkan. 

So, nak share sikit tips kecemasan. First pastikan korang berpakaian sempurna. Haha!! Lepas tu ambil yang penting. Contohnya beg duit, handphone, kunci rumah dan kunci kereta. Ambil yang penting sahaja!! Yang ada anak tu jangan pulak ditinggal dalam rumah pulak.;P Yang lain tolak tepi dulu. Suiz semua tutup. Then keluar dari rumah. 

Hope kalau ada kecemasan boleh korang pakai tips ni. Tak kiralah kecemasan apa pun.

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!