10 Feb 2015

Aku dan Steamboat

Assalamualaikum..

Jam dah pukul 3 pagi tapi masih tak tidur lagi hasil pekena kopi. Huhu.. Kang nak bangun awal pulak nak masak for my hubby. Nak tidur siang pun kena tengok waktu free ke ape. Kang anak tidur sibujimat,k buat kerja, anak bangun lagilah tak boleh tidur ada je terlepas ke dapur nanti. Haha!!

Sebelum cerita panjang siap sedia kain atau tisu kat sebelah sebab takut ada yang terliur pulak. Ini cerita jumaat lepas. Tengah malam pukul 12 ketung ketang kat dapur siapkan semua ni. Hihihi.. Nasiblah jiran sebelah tak memekik.. 


Ini antara bahan2 nya. Ini untuk makan dua orang. Ada bihun tapi aku dah campak masuk dalam tu pastu baru teringat belum tangkap gambar lagi. Siapa takde dapur gas ni dont worry, boleh je masak kat dapur biasa atau pakai je periuk nasi. Memula dulu aku buat pakai periuk nasi pastu baru teringat aku ada dapur gas ni. Ini aku beli dah bertahun, tahan gila. Aku beli masa zaman jadi student dulu adalah dalam 5-6 tahun kot!! Hoii.. cepat betul masa berlalu. Dah tua dah aku.


Gambar dekat sikit, baru boleh nampak bahan2 dia.. 


Sedap, telur tu hubby aku suka buat separuh masak je. Makan pulak dengan sos dia. Terangkat..


Tengah tunggu mendidih..


Buat air ni. Hubby request. Air Jelly Laici.


Sos steamboat ala Johnny's


Dah siap dan boleh di makan.. Senang je okeh nak masak ni. Kira boleh masak sambil tutup mata atau sambil layan korea. Hihihi.. Buat ni siap ada lebih lagi, tak habis boleh simpan. Esok pagi boleh panaskan. ;P

Nak tak resepi masak campak2 ni?  Nanti aku share ea.. Sekarang nak try tidur sebab nak kena bangun kejap lagi..

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!