12 Feb 2015

Kecewa Dengan Pekerja Jusco

Assalamualaikum..

Kejadian : 6 Feb 2015 (Jumaat)
Tempat : Jusco Tebrau, JB
Bahagian : Baby


Nampak tak orang kat atas tu, yang tengah mencangkung. Masa ni rasa macam nak jadi zombi sangat. Mula2 aku sangka orang ni pelanggan kat sini tapi bila dah nampak dia duduk kat situ korek2 barang baru aku tahu dia pekerja kat sini. Hati rasa kecewa sangat dengan sikap2 orang yang bekerja sekarang ni. Dahlah kerja bahagian serve customer tapi cara layan customer tu tak betul. Patutnya orang2 macam ni campak duduk dalam stor je. Haha!! Masing2 ngadaplah muka masam kome tu. 

Masa tu, hubby tolak baby AF yang duduk dalam stroller. Dahlah jalan situ sempit, pastu hubby aku mintaklah tumpang nak lalu. Sebab tempat minah ni besar. Dia masa tu tengah cakap dengan customer. Customer tu ketepilah siap senyum lagi TAPI!! minah ni boleh wat rilek je macam orang tak dengar. Oh, mungkin dia sound troble kot.. Bahaha!! Eh, geram sangat ni. Dah hubby aku terpaksa redah je jalan2 sempit, dengan angkat2 stroller tu. Hoih.. dasyat sangat perangai tu. 

Yang aku dah bebel2, aku pantang betul dengan orang kurang di ajar ni. Siap aku cakap tak dengar ke apa, takde adab langsung. orang mintak jalan dengan sopan dia boleh buat tak tahu jek. Masa aku bebel2 pun dia buat muka toya jek. Minah ni MELAYU okeh, customer yang bagi jalan tu CINA. Kau rasa?? Aku yang melayu ni rasa sedih, malu, marah tengok orang melayu sesama kita ni perangai macam ni. 

Aku jenis suka perati gelagat orang, orang zaman sekarang makin kurang adabnya. Dah takde sopan santun langsung. Takde hormat pada orang lain. Sedih.. Apa kata kita tanamkan balik sikap toleransi, hormat menghormati,sopan santun. Kalau kita tak hormat orang, macam mana orang nak hormat kita.

Orang macam ni senang je, sekarang dia buat kita tunggulah nanti. Suatu hari orang akan buat lebih teruk pada dia. Tapi kalau orang tu kita kenal, kasi sound je satu kali.

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!