29 Mar 2015

Mimpi atau realiti?

Assalamualaikum..

Sebelum ni aku dah pernah bagitahu yang babyAF dah pun berumur 10 bulan. Malam tadi aku mimpi babyAF dah berlari, tak pandai jalan lagi terus mimpi anak berlari. Dasyat tak? Kahkah!! Aku pun tak tahu apa reaksi aku masa tu, tapi rasanya terkejut dan seram kot! Gila tak seram kalau anak terus berlari. 



Tapi babyAF belum tumbuh gigi, berjalan pun belum takkan terus berlari. Haisshh!! Mimpi pun tak agak2. Tapi orang tua2 selalu kata lambat tumbuh gigi selalunya cepat jalan. Aku ok je mana2, semua tu Allah tentukan. Macam babyAF tak tumbuh gigi lagi ada jugak orang cakap itu ini tapi ada aku kisah? Haha!! Daripada tanya aku kenapa gitu gini baik kau tanya Allah. Buat apa tanya kami. Tapi aku tak kuasa nak fikir, buat pening. Sementara anak masih kecil ni kita layankan je, ikutkan perkembangan dia. Perkembangan budak2 tak sama, ada yang tumbuh gigi dulu tapi lambat jalan, ada jalan dulu tapi tak tumbuh gigi lagi, ada dua2 lambat so terima jelah. Takkan nak paksa budak tu pulak. Haha!!

Biasalah tu orang Melayu ni terkenal dengan sikap sibuknya. Kadang tu rasa rimas jugak, mahu tak rimas kalau semuanya nak dipertikaikan. Pada aku selagi aku tak buat salah, tak susahkan orang, tak guna duit orang, aku tak kisah oang nak kata apa. Aku suka buat hal sendiri. Lantak oranglah nak kata apa. 

Aku tak suka sibukkan hal orang melainkan orang kacau aku dulu. Buat apa kita nak pening2 fikir pasal orang? Daripada kita sibuk hal orang lain, sibuk hal anak dia kenapa gitu, sibuk itu ini, baik kita betulkan kesilapan sendiri dulu. Dah cukup sempurna ke kita jaga anak kita, dah cukup banyak ke kebaikkan kita buat, dah cukup elok ke akhlak kita? Sebelum sibuk kita cermin orang baik kita cermin dulu diri kita sendiri.

Sebab tu aku pilih buat hal sendiri, buat apa aku suka, aku tak suka dengar cakap orang. Orang nasihat aku dengar tapi kalau aku rasa nasihat orang tu tak berguna aku tak ikutlah. Selalu aku cakap dekat my sayang biarlah dorang nak cakap apa, suka hati, yang penting kami happy. Jangan ikutkan sangat cakap2 orang sebab kadang2 diorang pun belum tentu betul, tiada orang sempurnakan? Buat apa pun ikut hati sendiri jangan buat sebab nak jaga hati orang lain sedangkan hati sendiri sakit. Biarlah kalau keputusan yang kita buat tu salah tapi kerana salah tulah kita belajar perbetulkan balik. Berbanding orang yang sentiasa betul dan tak pernah buat salah last2 meninggi diri. Orang macam ni sekali dia buat salah terus terduduk. Itu lagi bahaya. 

Eh, jauh lari bebelan aku ni daripada mimpi sampai sibuk hal orang ye. Ok, just ingatkan diri sendiri supaya tak masuk campur hal orang, family orang, rumah tangga orang. Tak moh, tak moh.. Tak baik. Sama2 kita buat benda yang baik2 ok.. 

Tu je nak cerita, jumpa di lain entry..

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!