26 Mar 2015

Minyak Angin Untuk Baby

Assalamualaikum..

Aku tahu nak cari minyak yang sesuai untuk baby memang susah. Aku sejak ada baby pun alami perkara yang sama. Pening nak pilih mana satu produk terbaik. Ramai orang suggest guna minyak Yuyi (tak reti eja) tapi banyak sangat cerita aku dengar kata tak boleh pakailah, itulah, terus jadi was2. Terus tak beli. Tapi sekarang ni aku tengok kat iklan ok je.. Maybe adalah kot orang bagi info2 tak sahih ke apa. Tapi sebab was2 aku tetap tak pakai. 

Aku ada sebab lain juga kenapa tak guna minyak yuyi tu atau pun produk lain. Tapi disebabkan family sendiri hasilkan minyak angin so aku guna apa yang adalah kan. Malah lebih jimat. Aku guna minyak ni sejak dari babyAF lahir lagi. Buat masa ni alhamdulillah takde masalah.


Inilah dia minyak yang aku guna pada babyAF. Kalau guna untuk baby sorang aku rasa tahan setahun kot! Haha!! Minyak ni takdelah famous macam jenama2 lain tapi kesan dia memang tak dapat di nafikan lagi. Jangan risau, aku tau mesti akan ada yang tanya "ok ke pakai ni? tak panas ke?"

Memanglah panas tapi taklah panas sangat lagi pun ada cara dia. Itu boleh belajar nanti. Biar aku share testimoni babyAF ok. Macam aku cakap tadi babyAF dah guna sejak lahir. Masa balik dari hospital tu setiap kali lepas mandi aku akan sapu minyak ni dekat dada dia, belakang badan dia, perut dan tapak kaki. Kenapa sapu dada dan belakang? Ikut suami aku memang masa dia kecik semput teruk so aku risau anak pun kena. Yelah, dia kecik lagi. Kesian.. Lainlah dah besar. Tapi hopefully sampai bila2 oklah dia. 

Sejak aku pakaikan minyak ni paling ketara boleh nampak bila anak aku senang sangat sendawa. Bila lepas minum susu tak sampai berapa saat tepuk belakang dia dah BLURP!! Dahlah tu sikit2 'tentut'. Bahaha!! Baguslah nak, senang mama.. Tak yah risau perut kembung ke apa. Dalam sehari tu banyak sangat dia sendawa dan 'tentut'. Ini bukan buat cerita ke apa tapi memang betul. Bukan nak puji anak ke apa tapi sepanjang aku berpantang sampai sekarang malam anak aku tidur rilek jek. Tak ada nak melalak tak pasal2, takde nak perut angin ke apa, malam je keja dia tidur. Sepanjang pantang lagilah, susu tidur, susu tidur. Hihihi.. Aku rasa masa tu bertuah sangat dikurniakan anak yang baik (kata2 itu satu doa). Aku harap anak2 aku yang lain nanti pun macam ni tapi kalau sebaliknya terima dengan hati terbuka dan anggap ianya satu cabaran. 

Kalau anak ada masalah sembelit ke, sakit perut ke, boleh sapu juga. Baby selesema pun boleh. Tapi jangan sapu ikut hidung. BUKAN!! Ada apa2 boleh tanya aku, jangan nanti salah sapu salahkan aku pulak. Macam aku sapu untuk elak anak kena semput ke, perut berangin ke. Sepanjang pergi cek babyAF kat klinik pun doktor takde komplen perut dia kembung ke apa. Alhamdulillah syukur. Moga babyAF diberi kesihatan yang baik. 

Aku bukan nak cakap besar, nak cakap baik pasal babyAF. TIDAK. Aku cuma nak korang tahu anak aku sesuai sangat pakai minyak ni. Sebelum terlupa biar aku bagitahu minyak ni sesuai untuk baby sampai ke orang tua. Jangan risau, aku tak tipu. So, memang tak membazir beli minyak ni. Oklah, cakap banyak pun tak guna. Apa2 boleh mesej, wassap, line, telegram, email, komen, cuma NO CALL. Ok. 


Sebarang pertanyaan tentang harga, kelebihan produk, boleh guna untuk apa dan siapa just mesej ok. 


2 comments:

  1. hye salam..tq jadi silent reader sy..btw sy nk bgtaw background blog awak ada masalah kot...tak ada paparan gambar pn

    ReplyDelete
    Replies
    1. wksalam.. tq sbb tegur. baru prasan.. ;P

      Delete

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!