26 Mar 2015

MOM & BABY EXPO 2015 ~ DANGA CITY MALL, JB

Assalamualaikum..

Sebut pasal expo siapa akan jadi tak tentu arah? Biasanya mestilah perempuan kan? Ok nak share ni pada 27-29 Mac 2015 akan diadakan MOM & BABY EXPO di Danga City Mall, JB. Aku dah dua kali pergi expo baby ni sejak adanya babyAF dan di tempat yang berlainan. Salah satunya adalah di Danga City Mall, JB. Tak dinafikan harga di sini adalah lebih murah berbanding di tempat satu lagi. Mungkin salah satu faktor sewa lebih mahal atau lain2. 

Di sini juga aku perati lebih ramai yang ambil bahagian. Suka tengok baju2 baby sampai naik juling mata.Best!! Now, rasa nak pergi sangat. Tapi yang kadang buat tak sanggup tu bila nak ngadap jam, nak parking lagi, bawa baby pulak. Kalau my sayang ada tu takpelah jugak. Iolls duduk sebelah jadi mandor je. Bahaha!!

Ok, siapa nak pergi bawak iolls?? Hahaha.. Nampak tak tak malunya di situ. Rasa geram sangat ni. Nak ajak my sayang dah tentu2nya tak dapat cuti. Ok, sedih.. Kawan2 yang sayang saya ni meh la bawak saya. Kikiki... 

Susah ok nak pergi sendiri, kau rasa nak pergi macam mana kalau dengan bawak anak lagi. Lagi anak tengah aktif ni kan so risau jugak nak drive. Risau jugak kalau tak dapat nak control anak kat sana nanti. Mana nak bawak anak, mana nak bawak barang yang di beli, mana nak bawak beg. Eh, itulah pengorbanan seorang ibu kan? Tapi aku suka je, takdelah nak komplain ke apa. Cuma fikirkan keselamatan kami je kalau pergi sendiri. 

Ada masa lagi nak berfikir ni.. Oh, alang2 tu nak share yang my bff ada bagitau dekat PERSADA, JB 28 & 29 Mac ni ada juga festival makanan kot! ok, mamai2 pulak rasa. Sana best, sini best!!

Oh, nak cuba tanya my bff lagi sorang ni. Dia tengah pregnant so mesti dia nak pergi shopping barang baby dia kan? Agak2 kurang ajar tak iolls suruh orang pregnant ambil iolls. Ala.... macam aku cakaplah macam mana nak drive bawak anak ni kan.. hikhik!! Moga2 dia tak pergi dengan suami dia sudah. Hahaha!! Fuuhhh!! *Kita kasi jampi sikit*

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!