23 Mar 2015

Personaliti Dalam Kelas

Assalamualaikum..


Setiap orang mempunyai masing2 punya personaliti. Antara di atas ni mana satu mewakili personaliti korang tak kiralah masa sekolah ke, kolej, atau mungkin masa di tempat kerja. Ohh, kalau lebih pun takde masalah. Kita cuma berkongsi saja bukan? 

Aku zaman sekolah sampai kolej dan pernah berkerja dulu rasanya paling ketara adalah yang pertama tu, kaki kontrol. Ya!! I'm a queen control!! Haha.. Maybe sebab aku suka jadi leader kot, sebab kitakan suka tunjuk skill dan kepimpinan kita. Tapi dalam rumah tangga takdelah nak kontrol suami, gila kau!! Tak cium syurga iolls tau.. Hai sayang.. ;P

Sejak dari sekolah dulu aku pegang macam2 jawatan, masuk itu masuk ini. Antaranya pengawas yang mawas di sekolah, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah. Ini paling memberi kenangan manis pada aku dan juga my bff. Siapa mampu cuti2 sekolah kau datang sekolah dan sibuk kemas koperasi dan readykan buku sekolah sebelum sessi persekolahan bermula semula. Penat memang penat tapi sangat menyeronokkan. Kalaulah boleh ulang semula kenangan2 itu, dan kerana aku aktif sebegitu sekalilah aku di beri tawaran menjadi pengawas sekolah. Aku sekolah sampai form 6 jadi banyak jawatan yang dah pernah aku sandang. 

Dulu masa zaman belajar aku suka je masuk itu ini. Aktif tarianlah, bukan hanya di sekolah malah aku join kelab luar juga. Pernah ikut mereka mengajar sampai ke Mersing. Seronok sangat.. Last jumpa orang yang ajar aku dulu tu sebelum aku berkahwin dan sekarang sedang mengajar di Kelab Warisan Budaya Johor. Huwa!! Miss that moment.. 

Yang kedua, aku kaki tiru. Haha!! Tapi bukan tiru sangat pun. Ada dua kejadian, pernah sekali tu member aku nak tiru aku tapi dia duduk belakang tapi di sebabkan aku di depan akulah kena toleh belakangkan. Nasib pula tak baik cikgu nampak. So, aku di paksa berdiri di koridor (betul ke ejaan) sedangkan yang lain masih meneruskan ujian. Eh, sakit hati sangat masa tu tau!! Kejadian kedua, aku tiru paper mandarin sehingga dapat A. Bahaha!! Untungnya sebab ada budak cina juga ambil paper tu. Hoii.. Walaupun sepatah haram tak faham. Mana taknya kau belajar darjah 1 tapi ujian budak darjah 6. Kau mampu. Last2 satu kelas tiru dan satu kelas dapat A. Yang peliknya time aku betul2 meniru tak kantoi pulak tu.. Pelik kan??

Yang ketiganya, kaki marah. Ok, ini tak dapat di sangkal lagi sebab aku dari kecik memang panas baran yang amat2. Sejak sekolah dah pernah jadi penolong kelas, lepas tu pengawas, bendaharilah, so feeling konon2 berkuasa sangat tu yang jadi garang tu. Kerja nak marah orang je. Suka tulis nama budak datang lambat dekat pagar walhal aku pun ngam2 sampai depan pagar masa lonceng berbunyi. Tapi kadang2 aku lepaskan je budak2 ni masing2 pun kawan2 juga. Tapi paling tak suka bila selalu di suruh jadi MC perhimpunan sekolah. Aku selalu kena, tak suka. Kalau tak jadi MC mesti kena naikkan bendera. Eh, aku pendek ok kau rasa aku terdongak2 nak tengok bendera naik sakit tengkok ooo.. Aku rasa ada orang sabotaj akulah. Siapa buat jadual agaknya ek. Ciss!! Nak tanya apahal selalu letak aku kat depan. Aku jarang dapatjaga bahagian belakang. 

Dulu kat sekolah aku tak suka orang cari pasal dengan aku, sampai sekaranglah ikutkan tapi sekarang ada kurang dan lebih banyak bersabar. Memang motto hidup aku aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Ada faham? Hihihi.. Dulu aku paling pantang orang kacau tak kiralah lelaki ke pompuan aku pedulik apa. Aku marah je. Kira dulu aku panas baranlah sampai kawan2 nasihat cuba slow kan sikit panas baran tu. Eh, sapa tak nak kena marah jangan nak cari pasal. Hahaha!!

Now, i'm ok. Itu semua zaman kanak2 rebina kan? Semua tu dah berlalu. Tiada buruk kita dulu takkan ada baik kita sekarang. Keburukkan itu yang ajar untuk kita berubah jadi lebih baik. Jangan sesekali kita mendongak langit sebab nanti kita jadi tak sedar diri asyik rasa diri tu betul. Sesekali kena menunduk ke bumi. Sama macam solat kenapa kita kena pandang bawah je. Sebab kita ni bukan siapa2, tak sempurna, biar kita sentiasa merendah2 dan serendahnya diri kita pada-Nya. Antara kita sesama manusia pun sama jangan pernah nak meninggi diri depan orang, nanti kila malu sendiri. Takut nanti kita mendongak dan meludah ke langit akhirnya terpalit pada muka kita balik. 

#renungan bersama
#apa personaliti korang?


No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!