Showing posts with label murah. Show all posts
Showing posts with label murah. Show all posts

15 Jul 2016

Preloved Original All Star Kids

Assalamualaikum.. 




Nak jual kasut boyAF yang dah tak muat lagi. 

Price : RM50 not include postage
Size : 5
Condition: 9.5/10 
COD : JB, Kluang, Singapore (harga lain) bergantung kepada masa sesuai. 

Kasut ni boyAF jarang guna sebab kasut banyak. Baru guna 2/3 kali je. Lepas tu terus tak muat dah. Ada banyak lagi kasut dan barang boyAF yang lain yang condition macam Nora Danish, Erra Fazira dan Fazura. 😜😜 Kalau banyak sambutan kita nak buat preloved je semua mana yang baik. Tak nak jual yang dah tak cantik kan? 

Boleh contact : +60136464455 (Ida) whatsapp, telegram dll
Instagram : mrswanida1506 
 

4 Jun 2016

JPO SALE!!!

Assalamualaikum..

Esok last wei.. Siapa2 dekat bolehlah pergi masih sempat lagi ni. 

Murah ke? Agak2 diskaun 60% mahal ke murah? 

Ala.. Memanglah, belum diskaun harga dah berapa diskaun pun macam tak diskaun je. Hello... Pada aku agak murahlah wei. Takkan harga riban2 kau nak harga dia lepas sale RM5 kot.. Kikiki.. 

Nak raya ni apa lagi shopping le mana patut sementara harga murah cecah tanah. Hahaha!! Best oo tak puas shopping.. *kenyit mata kat hubby sikit. Hihihi.. Aku pergi dah 3 kali, mostly semuanya ada diskaun. Paling kurang aku tengok pun diskaun 40%. Macam hari tu kitorang masuk Armani Exchange tshirt dia ada yang RM40 lebih dah dapat. Cantik2 pulak tu. Hari pertama kitorang datang sampai 2 kali. 

Sebabnya? Sebab tak dapat nak decide nak bagi hubby aku present apa untuk birthday dia. Dari nak beli baju, tali pinggang, pastu aku rasa tak best sebab baju macam selalu je beli. Nak beli sesuatu yang kami jarang beli. Nak beli cap, tapi macam tak best jugak. Bila decide nak beli jam sekali jam tu just ada untuk lelaki je, perempuan punya takde. Memang taklah hubby aku nak kan. So, kami keluar pergi bandar. Eh, tiba2 terfikir macam nak beli 'something' so malam tu kami patah balik pergi JPO. Oh, aku tak ada kesabaran yang kuat nak pergi masa 3hb (semalam). 

Jalan2 masuk butik Coach tengok2 harga beg wah... Manyak diskaun ohh.. Yelah, kalau RM2000 boleh dapat dalam RM900 tak ke sawan kau tengok. Terkebil2 jelah kat situ.

Ramai sangat tak? Oklah, berapa kali aku pergi dalam masa terdekat ni takdelah sampai rabak nak tunggu. *ganas betul ayat aku. Kejap lagi hubby aku baca habislah.. Masa 1st aku pergi tu tak kena beratur pun, baru ni pergi kena pulak. Maybe orang dah start ramai datang kan. Maklumlah dah nak last day ni. 

Apa kau beli? Aku.. Aku adalah beli barang2 sikit, nak rayakan. Belilah beg raya. Membazir? Tak ye, nak tau kenapa sebab aku akan beli beg setahun sekali je. Hahaha!! Baguskan aku. Tapi lepas ni tak taulah.. ;P 

Kata beli, mana gambar? Eh, motif kau mintak gambar. Hahaha!! Taklah gambar nanti aku update lain. Tapi bukanlah gambar barang2 yang aku beli ye, memang taklah aku nak ambil gambar tepek kat blog aku ni. Gambar kami masa di JPO je boleh. 

Sebut pasal JPO ni malam tadi gigih betul korang yang redah jam tu. Katanya jam teruk, aku yang tak penyabar ni memang elok sangat duduk rumah senyap2. Hahaha!! Tapi sekarang dah tak jam macam malam tadi tu. Malam tadi je orang ramai maklumlah bukak sampai pukul 2 pagi. So, sekarang dah boleh jalan melenggang mak limah nak shopping kat JPO. ;P

Soh, moh le beramai2 memeriahkan lagi JPO Sale ni. Kalau tak sempat pun tak pe.. Sebab JPO ni memang hari2 ada sale. Ada orang kata JPO barang tak up to date. Pada aku terpulang koranglah, kalau ada duit lebih beli je kat mana2 tak kisah. Kat Singapore pun sekarang certain butik tengah Sale 60%. Ikutkan hubby aku nak belikan kat sana tapi fahamlah, barang tak nampak depan mata. Perempuan mestilah nak belek, tenung dulu kan? Nantilah, ada free kita shopping baju raya kat sana ye.. 

Oh, nanti aku share favourite place aku shopping ye. Confirm tak menyesal!! Sebelum nak raya nanti bolehlah korang ke sana. 

13 Jun 2015

Preloved : Baby Chair

Assalamualaikum.. 



Eh, betul ke nama dia baby chair. Aku pun tak pasti. Oh, ini nama je second hand item ye tapi masih baru sebab babyAF tak nak pun duduk dalam ni. Stress haku. Haha!! Iye je mama beli awak tak nak pulak, biasa ni dia.. 



Beli ni dulu konon nak train anak duduk and senang nak bagi dia makan. Pernah masukkan dia sekali je tapi ngamuk2 dia lepas kan diri. Ciss sangat tu perangai. So, tak guna sampai ke sekarang. So, nak jual ni dulu aku beli RM199.90. Beli dekat butik dalam Jusco so now nak jual RM150. Takde calar ke apa ye sebab tak guna and jadi barang hiasan je dalam rumah ni. Daripada tak guna baik aku jual je, esok2 kalau ada anak lagi beli lain. haha!! Dasar perangai hantu shoping memang gini. 

Siap 1 set semua ye, ada tali pinggang, ada table. Table dia boleh sorok2. Tu bawah tu ada tulisan tu haa.. Itu meja dia. Tak nak pakai kau sorok masuk bawah tu. Kerusi ni ringan je kalau kau ada anak dah besar sikit pun boleh angkat lepas tu duduk tolong suap adik dia makan. Haa.. Senang kan. Ini nanti aku bagi sekali dengan kotak dia. So, tolonglah beli sebab aku nak kurangkan semak rumah ni. Memandangkan tak lama lagi nak raya so tolong mudahkan aku nak mengemas nanti. Haha!! 

Siapa area JB, beli2.. Lagi senang nak COD pun boleh. Tapi biasanya tengah2 malam lah sebab hubby kita busy. Haha!! 

Siapa berminat sila wassap aku ok. Nak tanya ke, nak bincang harga lagi ke, boleh punya takde hal. 

Wassap, telegram : +60136464455
Warning : Just message ok, no call. Oh, jangan jugak ade mesej menggatal ke ape, nanti laki iolls tumbuk u. Bahaha!!

21 Apr 2015

Mee Rebus Gear Box, Highway Pasir Gudang

Assalamualaikum..

Hahaha!! Sendiri letak tajuk sendiri tergelak. Nampak naw tau makan je.. Aku tahulah tempat dia tapi tak tahu nama kedai. Kat JB ni selalunya kalau orang nak makan mee rebus gear box orang akan makan kat ZZ Stulang tapi aku saja cuba makan kat sini setelah kawan hubby makan, katanya sedap. So, wealls pun try.. 


Haha!! Kau mampu nak perabiskan makanan ni? Padahal makan 2 orang je pun. Over kan? Oh, ya. Aku kalau stress makan memang dasyat ok! Makan dapat buat aku happy. 

Kalau ikutkan tekak aku, lebih suka mee rebus kat sini. Sedap, sebab kuah dia tak sepekat kedai famous tu dan tak berapa manis. Aku kalau makanan manis sangat ni muak jugak. Part bestnya kedai dia tak berapa ramai orang. Ya, aku pelik sebab tak suka makan kat kedai ramai orang. Kenapa? Sebab aku rasa bila aku makan macam orang pandang semacam jek. Rasa macam ada je tak kena, padahal malu. ;P

Korang tengoklah atas tu, mee rebus gear box tu aku punya. Nasi putih dan sup gear box pulak hubby punya. Otak2 dan kentang tu kami share. Aku suap sikit kat babyAF. Hihi!! Oh, kat sini ada macam2 jenis makanan, sate, steamboat, laksa, ayam goreng, soto, mee kari, nasi ayam, macam2 lagilah. Banyak kan? 

Aku suka pergi kedai makan yang ada banyak menu tapi part yang tak bestnya bila kau belek2 menu terus rambang mata. Terus macam "eh! ini sedap" "tapi yang ni pun sedap jugak" Hahaha!! kan, kan.. Jangan bohong, nanti kena petir. 


Baru beberapa hari lepas aku makan lagi kat sini tapi bawak my mom and dad pulak. Hubby tak dapat ikut sebab balik lewat so kami pergi berempat je termasuk babyAF. Hihihi.. My mom and dad pun kata sedap. Tak tahulah kalau tekak korang kan sebab citarasa tak sama betul tak? Kalau sesiapa yang suka makan mee rebus gear box dekat ZZ Stulang tu baiklah pergi dekat cawangan dia di Setia Tropika tu. Situ bagi aku selesa sikit. Biarlah takde pondok bawah pokok ke apa bagi aku yang penting bersih dan tak terlampau penuh orang sangat. 

Aku jenis cepat rimas kalau orang ramai2 ni. Service dekat Setia Tropika pun ok and lebih selesa kat situ. Cuma kedai dia di cawangan ni dia buat macam kedai2 biasalah taklah macam cawangan dia lagi satu yang dekat tengah2 bandar tu. Kalau korang ada masa pergilah try makan dekat kedai tepi highway Pasir Gudang ni. Not bad pada aku. Laksa dia pun sedap jugak. *Aku takde pertalian dengan owner kedai ok, saje share secara ikhlas. 


Awak, lap2 sikit air liur tu.. ;P



9 Apr 2015

Boat Noodle, Sutera Mall, JB

Assalamualaikum..


First time datang sini dan cuba makanan dia setelah asyik nampak kawan2 update status makan ni je. So, semalam kami ke sini. Keluar rumah tengah hari. Bravoo... Planning pagi2 nak gerak pergi sarapan kacang pool tapi tak jadi. Haha!! 

Alang2 tengah hari terus ke sinilah kita. Oh, ini kat JB ye dekat Sutera Mall. dia bersebelahan Old Town, Sutera Mall. Kitorang pun berpusing2 juga cari tempat ni last2 jumpa akhirnya hasil daripada tanya orang. Hihihi.. Confirm lah hubby kita tanya harapkan aku memang sampai tahun depan sesat. Biasalah, iolls kan pemalu..

Sampai situ belek2 menu dulu so cara nak order sama je macam korang order old town ke apa. Tulis apa kau nak kat kertas yang di sediakan dan nanti ada orang datang ambil. Service kat situ ok, laju. Takdelah kau tunggu lama sangat ke apa. 

*kami*

See babyAF dia sendiri tu tiba2 jenguk masa papa dia nak ambil gambar. Haha!! Bijak.. Bijak.. Budak zaman milenium ni dasyat! Tapi tak boleh blah tengak kaki dia tu. "Amboi.. Selamber awak je letak kaki atas meja ye? Ingat big boss ke??"

Kat sini aku order green tea ais dan hubby aku order teh ais. Air dia kira ala2 Thai jugak lah. Aku rasa first time aku try minum air green tea. Masa minum benda pertama aku fikir adalah wasabi. Wakaka.. Betullah, rasa dan bau dia dekat nak sama dengan wasabi cuma dia taklah pedas. 


Ok, masa ni kaki tu lagi dasyat. Tak perasan pulak. Ok, nampak berkaki ayam je anak aku tu. Padahal selipar dia ada. Mula2 pakai tapi masa lepak meja ni selipar dia tertanggal mungkin sebab tersenggol meja ke apa. Jawabnya baik kita simpan je sebelum hilang dan mama jadi The Hulk. 


Ok, ini je yang kami makan, hahaha!! Ok, makanan boleh tahan. Cume kalau boleh order sikit2, takpe takde masalah. So, boleh rasa kena ke tidak dengan tekak korang kang tak habis membazir pulak. Masa ni aku order mee 6 mangkuk dan bebola 1. Pada tekak aku oklah.. Ikut tekak koranglah mungkin tekak iolls very the kampung kot. Wakaka..

Kami makan tak banyak masa ni sebab ada plan nak makan tempat lain pulak. Kenetulan jugak masa ni aku kena gastrik so nak makan banyak pun perut memanjang tak sedap dan sakit. Tengah makan pun boleh sakit dan nak cari bilik air. Dasar sangat kan.. So, settle makan gerak ke next destination..








6 Apr 2015

Banafe Village di JB

Assalamualaikum..

Nak perkenalkan salah satu tempat makan favorite kami suami isteri. Siapa datang JB boleh singgah sini makan. Antara menu yang aku akan recommend adalah Nasi Ayam Penyet dan Pecel lele. Teringat masa mengandung dulu inilah yang aku makan hari2. Haha!! Kau mampu makan benda sama tiap hari? Pada aku sedap dan kena pada tekak cuma sambal dia ada time pedas dan kadang tu tak pedas. Pada aku lagi suka yang pedas baru kick kan.. 

Aku ni kira seorang yang cerewet sikit bab makan sebab suka masak dan olah makanan so bila makan luar jadi tak berapa sedap tu boleh jadi hilang mood sekejap. Tapi sekejap jelah sebab perut lapar aku telan jelah. Kecuali kalau memang tak sedap sangat memang tak makanlah aku. Banafe ni kira menu dia banyak dan boleh tahan. Menu lain yang best adalah Grill Chicken Chop, Pancake dia and banyak lagi menu yang best.

Banafe village ni ada dua kedai, satu yang lama dan satu lagi baru. Tapi baru tu takdelah baru sangat. Aku suka pergi yang baru sebab lebih selesa, besar, lebih sedap, dan boleh layan band nyanyi malam2. Oh ye, kedai ni buka 24 jam. Salah satu kelebihan dia. 

Nak share gambar kedai dan makanan kami terlupa nak ambil sebab lapar sesangat dah masa tu. Kami order nasi ayam penyet, pecel lele, pancake, teh ais, dan jus banafe special.  Banyak tak? Jus dia boleh tahan, campuran buah dan yang penting kurang manis. 


Masa makan tu ada orang datang jual ni. So kita beli bagi dia main biar senyap sikit. Haha!! So senang nak makan ke apa. Sambil tu suapkan sekali dia makan bubur dia atau bagi biskut. Mulut tu, mulut. Muncungnya, khusyuk sangat leteww.. 

Siapa datang JB moh datang makan sini ok. Nanti aku share makanan best kat JB yang lain ok. 









5 Apr 2015

Stroller Idaman Kalbu

Assalamualaikum..

Stress aku, dah beriya taip panjang2 tadi lupa save and hilang!! Adoiyaii.. 

Cerita pasal stroller idaman. Ada dua stroller idaman aku. 


I is geram tengok u okeh.. Ini Babyzen Yoyo Limited edition. Comelkan? Sebab aku suka ni, senang nak lipat, ringan, kalau aku keluar sorang boleh bawak yang ni je. Paling best senang nak buka and senang nak tutup. Orang pompuan kan tak suka buat kerja leceh2 ni. kan.. kan.. 

Yang ni senang untuk nak bawak travel. Maklumlah kalau travel kita mesti nak bawa banyak barang. Kalau bawak stroller gedabak mana nak letak beg baju, barang nak shoping lagi, eh! Tak muat. So, sesuai ni. Nak bawak naik masuk kabin pun ok so takyah risau stroller kau kena campak ke apa. Haha!! *aku le teww.. Stroller ni kau boleh tukar2 cover dia so sila masukkan dalam list korang ok! Ada rezeki kita rembat ni ye abang.. wink. Wink. *angkat kening kat sayang kita.. 

Stroller idaman kedua aku ialah.. Mima Xari!!


Tara!! Comel tak babyAF duduk dalam ni? Kenapa aku pilih stroller ni? Sebab dia cantik, menarik, tertarik, kau memang deboom!! Wakaka.. Suka sebab kulit, warna dia, stabil, tinggi, boleh jadi 3 posisi, dan macam2 lagi. Lain.. sebab dia unik. Haha!! Aku suka lain daripada yang lain. 

Aku jenis tak suka pakai benda yang sama dengan orang yang dekat dengan aku pakai. Maksudnya orang yang ada kaitan. Macam ada sepupu aku pakai stroller Quinny terus semua brand Quinny aku reject awal2. haha!! Dasar sangatkan perangai. Pernah my sayang beli selipar adidas couple baru pakai sekejap ada nampak kawan aku pakai terus tak nak pakai dah. Last2 aku bagi mak and abah aku pakai je. Ye, aku memang jenis macam tu. Mak abah aku senyum2 kambing je dapat selipar cantik. Hamboi...

Aku macam ni memang dari kecil. Aku tak suka share barang dengan orang, tak suka pakai sama. Faktornya sebab aku anak tunggal. Tak pernah nak bergaduh tak dapat itu ini. Semua dapat sorang, semua main sorang.  Akhirnya dijodohkan pulak dengan orang yang sama perangai dengan aku. Kahkah!! Ok, aku fahamlah kenapa aku jadi macam ni tapi yang kau tu kenapa bang oii.. Awak tu nombor 5 dari 6 beradik.. Hahaha!! 

*pukul 5 pagi tak dapat nak tidur lagi so inilah hasilnya. Dapatlah menyumbang entry dalam blog ni*




26 Mar 2015

Minyak Angin Untuk Baby

Assalamualaikum..

Aku tahu nak cari minyak yang sesuai untuk baby memang susah. Aku sejak ada baby pun alami perkara yang sama. Pening nak pilih mana satu produk terbaik. Ramai orang suggest guna minyak Yuyi (tak reti eja) tapi banyak sangat cerita aku dengar kata tak boleh pakailah, itulah, terus jadi was2. Terus tak beli. Tapi sekarang ni aku tengok kat iklan ok je.. Maybe adalah kot orang bagi info2 tak sahih ke apa. Tapi sebab was2 aku tetap tak pakai. 

Aku ada sebab lain juga kenapa tak guna minyak yuyi tu atau pun produk lain. Tapi disebabkan family sendiri hasilkan minyak angin so aku guna apa yang adalah kan. Malah lebih jimat. Aku guna minyak ni sejak dari babyAF lahir lagi. Buat masa ni alhamdulillah takde masalah.


Inilah dia minyak yang aku guna pada babyAF. Kalau guna untuk baby sorang aku rasa tahan setahun kot! Haha!! Minyak ni takdelah famous macam jenama2 lain tapi kesan dia memang tak dapat di nafikan lagi. Jangan risau, aku tau mesti akan ada yang tanya "ok ke pakai ni? tak panas ke?"

Memanglah panas tapi taklah panas sangat lagi pun ada cara dia. Itu boleh belajar nanti. Biar aku share testimoni babyAF ok. Macam aku cakap tadi babyAF dah guna sejak lahir. Masa balik dari hospital tu setiap kali lepas mandi aku akan sapu minyak ni dekat dada dia, belakang badan dia, perut dan tapak kaki. Kenapa sapu dada dan belakang? Ikut suami aku memang masa dia kecik semput teruk so aku risau anak pun kena. Yelah, dia kecik lagi. Kesian.. Lainlah dah besar. Tapi hopefully sampai bila2 oklah dia. 

Sejak aku pakaikan minyak ni paling ketara boleh nampak bila anak aku senang sangat sendawa. Bila lepas minum susu tak sampai berapa saat tepuk belakang dia dah BLURP!! Dahlah tu sikit2 'tentut'. Bahaha!! Baguslah nak, senang mama.. Tak yah risau perut kembung ke apa. Dalam sehari tu banyak sangat dia sendawa dan 'tentut'. Ini bukan buat cerita ke apa tapi memang betul. Bukan nak puji anak ke apa tapi sepanjang aku berpantang sampai sekarang malam anak aku tidur rilek jek. Tak ada nak melalak tak pasal2, takde nak perut angin ke apa, malam je keja dia tidur. Sepanjang pantang lagilah, susu tidur, susu tidur. Hihihi.. Aku rasa masa tu bertuah sangat dikurniakan anak yang baik (kata2 itu satu doa). Aku harap anak2 aku yang lain nanti pun macam ni tapi kalau sebaliknya terima dengan hati terbuka dan anggap ianya satu cabaran. 

Kalau anak ada masalah sembelit ke, sakit perut ke, boleh sapu juga. Baby selesema pun boleh. Tapi jangan sapu ikut hidung. BUKAN!! Ada apa2 boleh tanya aku, jangan nanti salah sapu salahkan aku pulak. Macam aku sapu untuk elak anak kena semput ke, perut berangin ke. Sepanjang pergi cek babyAF kat klinik pun doktor takde komplen perut dia kembung ke apa. Alhamdulillah syukur. Moga babyAF diberi kesihatan yang baik. 

Aku bukan nak cakap besar, nak cakap baik pasal babyAF. TIDAK. Aku cuma nak korang tahu anak aku sesuai sangat pakai minyak ni. Sebelum terlupa biar aku bagitahu minyak ni sesuai untuk baby sampai ke orang tua. Jangan risau, aku tak tipu. So, memang tak membazir beli minyak ni. Oklah, cakap banyak pun tak guna. Apa2 boleh mesej, wassap, line, telegram, email, komen, cuma NO CALL. Ok. 


Sebarang pertanyaan tentang harga, kelebihan produk, boleh guna untuk apa dan siapa just mesej ok. 


MOM & BABY EXPO 2015 ~ DANGA CITY MALL, JB

Assalamualaikum..

Sebut pasal expo siapa akan jadi tak tentu arah? Biasanya mestilah perempuan kan? Ok nak share ni pada 27-29 Mac 2015 akan diadakan MOM & BABY EXPO di Danga City Mall, JB. Aku dah dua kali pergi expo baby ni sejak adanya babyAF dan di tempat yang berlainan. Salah satunya adalah di Danga City Mall, JB. Tak dinafikan harga di sini adalah lebih murah berbanding di tempat satu lagi. Mungkin salah satu faktor sewa lebih mahal atau lain2. 

Di sini juga aku perati lebih ramai yang ambil bahagian. Suka tengok baju2 baby sampai naik juling mata.Best!! Now, rasa nak pergi sangat. Tapi yang kadang buat tak sanggup tu bila nak ngadap jam, nak parking lagi, bawa baby pulak. Kalau my sayang ada tu takpelah jugak. Iolls duduk sebelah jadi mandor je. Bahaha!!

Ok, siapa nak pergi bawak iolls?? Hahaha.. Nampak tak tak malunya di situ. Rasa geram sangat ni. Nak ajak my sayang dah tentu2nya tak dapat cuti. Ok, sedih.. Kawan2 yang sayang saya ni meh la bawak saya. Kikiki... 

Susah ok nak pergi sendiri, kau rasa nak pergi macam mana kalau dengan bawak anak lagi. Lagi anak tengah aktif ni kan so risau jugak nak drive. Risau jugak kalau tak dapat nak control anak kat sana nanti. Mana nak bawak anak, mana nak bawak barang yang di beli, mana nak bawak beg. Eh, itulah pengorbanan seorang ibu kan? Tapi aku suka je, takdelah nak komplain ke apa. Cuma fikirkan keselamatan kami je kalau pergi sendiri. 

Ada masa lagi nak berfikir ni.. Oh, alang2 tu nak share yang my bff ada bagitau dekat PERSADA, JB 28 & 29 Mac ni ada juga festival makanan kot! ok, mamai2 pulak rasa. Sana best, sini best!!

Oh, nak cuba tanya my bff lagi sorang ni. Dia tengah pregnant so mesti dia nak pergi shopping barang baby dia kan? Agak2 kurang ajar tak iolls suruh orang pregnant ambil iolls. Ala.... macam aku cakaplah macam mana nak drive bawak anak ni kan.. hikhik!! Moga2 dia tak pergi dengan suami dia sudah. Hahaha!! Fuuhhh!! *Kita kasi jampi sikit*

4 Feb 2015

#akumasakkoyangpanaskenapa

Assalamualaikum.. 

Entry tentang semua benda yang aku masak. Semua menu ni aku masak sendiri bukan makan di gerai atau tapau ok. Bukan nak tunjuk aku ni teror masak ke apa tapi saja simpan dekat blog buat kenangan sebelom aku delete gambar ni semua. Bahaha!!

Aku suka masakan kampung, suka western, suka simple, semua aku suka tapi paling aku suka ialah MAKAN. ;P


Ini namanya kek batik. Aku tak tau kenapa nama dia batik tapi maybe sebab corak macam batik? Err.. Ade ke??

Kek batik ni special. 1st sebab dia murah, 2nd sebab dia jenis rangup sentiasa, 3rd sebab dia kering dan tak basah macam orang selalu buat, 4th paling penting sebab tak perlu simpan dalam peti ais. Bahan dia semua aku pakai produk 1Malaysia. Resepi ni pun dikongsikan oleh jiran aku. 


Atas ni pulak masa pergi riadah dekat Gunung berlumut oleh kawan sekerja hubby aku. So, menu adalah nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, bbq, rendang ayam negeri 9, ada jugak aku buat jeruk asam yang famous 1 masa dulu. Kikiki!! Masa ni ade dalam 20 orang kot. Semua ni disediakan oleh kami sekeluarga.


Menu malas. Haha!! Nama macam tu sebab masak time malas. Wakaka.. Biasalah setiap orang ada hari malasnya kan. Tapi tu kira untung malas2 pun masak. Ada orang malas sampai langsung tak masak, pastu tak makan. Sekurangnya, kalau malas masak pi beli tu takpe jugak kan?? ;P

Atas tu ada sambal sardin, sayur sawi goreng dan roti telur di colek dengan sos cair. ;P



Okay, ini antara lauk favorite. Tengok pon dah kecur air liur kan? Atas tu ada lauk asam pedas ikan semilang, pucuk ubi rebus, ada urap, dan sambal asam. Pergh!! Tetiba lapar. Siapa duk area Johor nak cari ikan semilang mentah yang sedap sila pergi ke Rengit. Family aku dari Kluang sampai Rengit cari ikan ni. 

Ada orang tak makan ikan ni sebab katanya bau hanyir. So, nak hilangkan hanyir dia basuh dengan asam jawa. Rendamkan ikan tu dengan asam jawa. Biar sekejap lepas tu baru basuh dan bilas. Confirm makan dengan selera.


Okeh, ini dikala kau dah tak tau nak makan apa. Alasannya dah muak makan nasi dan mee. Biasanya aku akan buat makan malam tunggu hubby aku balik. Makan sama2 time panas, masyukkk..

Ada ayam madu, hot dog, dan kentang goreng homemade. senang je buat dia, kupas kulit kentang pastu potong ikut suka nak.besar or kecik. Pastu goreng atas frying pan dengan kuantiti minyak yang secoet. 


OMG!! Taip ni tertelan2 ailio. Bahaha!! Buruk perangai. Tapi ni memang power. Gila kalau kata tak power, itik salai masak lomak cili api kot! Susah jumpa menu ni ok walaupun pergi restoran mewah. Kalau Singapore senang nak jumpa itik tapi banyak kat kedai makan cina la.. Johor susah. Kalau nak pi cari kat Negeri 9. Oh, kena repeat pegi sana sebab nak beli ni. 

Dapat menu ni makan dengan ulam dan sambal belacan. Owhhh!! Heaven.


Ini pun sama, makan malam dikala jemu dan muak ngadap nasi hari2. Sotong dan udang panggang. Perghh!! Angkat ibu jari punya. Tapi lepas tu siap gosok2 mata.


Nasi goreng sotong. Aku jenis masak apa mesti nak kena ada sayur. Takde sayur makan tak selera. Lebih sayur dari nasi pun takpe. Haha!! Senang je buat benda ni campak2 siap. 


Mini piza. Base dia tu beli yang dah siap je tinggal buat topping jek. Senang dan hasil yang menakjubkan. Kahkah!! Ini menu waktu buka puasa tahun lepas kot! Okeh, lama dah ku kepam gambar ni dalam album. Babai.

Yea.. Biskut raya buatan sendiri. Almond london. Gigih ok, anak baru lepas pantang kot masa ni. Kau mampu. Haha!! Jimat sangat kalau buat kuih sendiri ni. 


Sama cuma biskut je lain. Tak silap ni biskut chocolate chips.


Hasilnya!!


Okeh, ni tak silap puding roti kot. Serius ni memang sentiasa menjadi permintaan my mak. Kalau buat mesti suruh buat lebih untuk tinggalkan kat rumah. Makan pulak dengan kuah custard dia, terbaik!!

So, share pulak menu korang nanti..