4 Feb 2015

#akumasakkoyangpanaskenapa

Assalamualaikum.. 

Entry tentang semua benda yang aku masak. Semua menu ni aku masak sendiri bukan makan di gerai atau tapau ok. Bukan nak tunjuk aku ni teror masak ke apa tapi saja simpan dekat blog buat kenangan sebelom aku delete gambar ni semua. Bahaha!!

Aku suka masakan kampung, suka western, suka simple, semua aku suka tapi paling aku suka ialah MAKAN. ;P


Ini namanya kek batik. Aku tak tau kenapa nama dia batik tapi maybe sebab corak macam batik? Err.. Ade ke??

Kek batik ni special. 1st sebab dia murah, 2nd sebab dia jenis rangup sentiasa, 3rd sebab dia kering dan tak basah macam orang selalu buat, 4th paling penting sebab tak perlu simpan dalam peti ais. Bahan dia semua aku pakai produk 1Malaysia. Resepi ni pun dikongsikan oleh jiran aku. 


Atas ni pulak masa pergi riadah dekat Gunung berlumut oleh kawan sekerja hubby aku. So, menu adalah nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, bbq, rendang ayam negeri 9, ada jugak aku buat jeruk asam yang famous 1 masa dulu. Kikiki!! Masa ni ade dalam 20 orang kot. Semua ni disediakan oleh kami sekeluarga.


Menu malas. Haha!! Nama macam tu sebab masak time malas. Wakaka.. Biasalah setiap orang ada hari malasnya kan. Tapi tu kira untung malas2 pun masak. Ada orang malas sampai langsung tak masak, pastu tak makan. Sekurangnya, kalau malas masak pi beli tu takpe jugak kan?? ;P

Atas tu ada sambal sardin, sayur sawi goreng dan roti telur di colek dengan sos cair. ;P



Okay, ini antara lauk favorite. Tengok pon dah kecur air liur kan? Atas tu ada lauk asam pedas ikan semilang, pucuk ubi rebus, ada urap, dan sambal asam. Pergh!! Tetiba lapar. Siapa duk area Johor nak cari ikan semilang mentah yang sedap sila pergi ke Rengit. Family aku dari Kluang sampai Rengit cari ikan ni. 

Ada orang tak makan ikan ni sebab katanya bau hanyir. So, nak hilangkan hanyir dia basuh dengan asam jawa. Rendamkan ikan tu dengan asam jawa. Biar sekejap lepas tu baru basuh dan bilas. Confirm makan dengan selera.


Okeh, ini dikala kau dah tak tau nak makan apa. Alasannya dah muak makan nasi dan mee. Biasanya aku akan buat makan malam tunggu hubby aku balik. Makan sama2 time panas, masyukkk..

Ada ayam madu, hot dog, dan kentang goreng homemade. senang je buat dia, kupas kulit kentang pastu potong ikut suka nak.besar or kecik. Pastu goreng atas frying pan dengan kuantiti minyak yang secoet. 


OMG!! Taip ni tertelan2 ailio. Bahaha!! Buruk perangai. Tapi ni memang power. Gila kalau kata tak power, itik salai masak lomak cili api kot! Susah jumpa menu ni ok walaupun pergi restoran mewah. Kalau Singapore senang nak jumpa itik tapi banyak kat kedai makan cina la.. Johor susah. Kalau nak pi cari kat Negeri 9. Oh, kena repeat pegi sana sebab nak beli ni. 

Dapat menu ni makan dengan ulam dan sambal belacan. Owhhh!! Heaven.


Ini pun sama, makan malam dikala jemu dan muak ngadap nasi hari2. Sotong dan udang panggang. Perghh!! Angkat ibu jari punya. Tapi lepas tu siap gosok2 mata.


Nasi goreng sotong. Aku jenis masak apa mesti nak kena ada sayur. Takde sayur makan tak selera. Lebih sayur dari nasi pun takpe. Haha!! Senang je buat benda ni campak2 siap. 


Mini piza. Base dia tu beli yang dah siap je tinggal buat topping jek. Senang dan hasil yang menakjubkan. Kahkah!! Ini menu waktu buka puasa tahun lepas kot! Okeh, lama dah ku kepam gambar ni dalam album. Babai.

Yea.. Biskut raya buatan sendiri. Almond london. Gigih ok, anak baru lepas pantang kot masa ni. Kau mampu. Haha!! Jimat sangat kalau buat kuih sendiri ni. 


Sama cuma biskut je lain. Tak silap ni biskut chocolate chips.


Hasilnya!!


Okeh, ni tak silap puding roti kot. Serius ni memang sentiasa menjadi permintaan my mak. Kalau buat mesti suruh buat lebih untuk tinggalkan kat rumah. Makan pulak dengan kuah custard dia, terbaik!!

So, share pulak menu korang nanti..

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!