5 Apr 2015

Stroller Idaman Kalbu

Assalamualaikum..

Stress aku, dah beriya taip panjang2 tadi lupa save and hilang!! Adoiyaii.. 

Cerita pasal stroller idaman. Ada dua stroller idaman aku. 


I is geram tengok u okeh.. Ini Babyzen Yoyo Limited edition. Comelkan? Sebab aku suka ni, senang nak lipat, ringan, kalau aku keluar sorang boleh bawak yang ni je. Paling best senang nak buka and senang nak tutup. Orang pompuan kan tak suka buat kerja leceh2 ni. kan.. kan.. 

Yang ni senang untuk nak bawak travel. Maklumlah kalau travel kita mesti nak bawa banyak barang. Kalau bawak stroller gedabak mana nak letak beg baju, barang nak shoping lagi, eh! Tak muat. So, sesuai ni. Nak bawak naik masuk kabin pun ok so takyah risau stroller kau kena campak ke apa. Haha!! *aku le teww.. Stroller ni kau boleh tukar2 cover dia so sila masukkan dalam list korang ok! Ada rezeki kita rembat ni ye abang.. wink. Wink. *angkat kening kat sayang kita.. 

Stroller idaman kedua aku ialah.. Mima Xari!!


Tara!! Comel tak babyAF duduk dalam ni? Kenapa aku pilih stroller ni? Sebab dia cantik, menarik, tertarik, kau memang deboom!! Wakaka.. Suka sebab kulit, warna dia, stabil, tinggi, boleh jadi 3 posisi, dan macam2 lagi. Lain.. sebab dia unik. Haha!! Aku suka lain daripada yang lain. 

Aku jenis tak suka pakai benda yang sama dengan orang yang dekat dengan aku pakai. Maksudnya orang yang ada kaitan. Macam ada sepupu aku pakai stroller Quinny terus semua brand Quinny aku reject awal2. haha!! Dasar sangatkan perangai. Pernah my sayang beli selipar adidas couple baru pakai sekejap ada nampak kawan aku pakai terus tak nak pakai dah. Last2 aku bagi mak and abah aku pakai je. Ye, aku memang jenis macam tu. Mak abah aku senyum2 kambing je dapat selipar cantik. Hamboi...

Aku macam ni memang dari kecil. Aku tak suka share barang dengan orang, tak suka pakai sama. Faktornya sebab aku anak tunggal. Tak pernah nak bergaduh tak dapat itu ini. Semua dapat sorang, semua main sorang.  Akhirnya dijodohkan pulak dengan orang yang sama perangai dengan aku. Kahkah!! Ok, aku fahamlah kenapa aku jadi macam ni tapi yang kau tu kenapa bang oii.. Awak tu nombor 5 dari 6 beradik.. Hahaha!! 

*pukul 5 pagi tak dapat nak tidur lagi so inilah hasilnya. Dapatlah menyumbang entry dalam blog ni*




No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!