10 Apr 2015

Fast & Furious 7

Assalamualaikum..

Masa cuti seeloknya digunakan membuat aktiviti yang baik dan bersama keluarga. Kami pun sama, lepas makan dekat Boat Noodle kami terus menuju ke Jusco Bukit Indah. Sang suami ajak tengok wayang. Haruslah nak kan. Sebelum gerak dari rumah lagi aku dah beli tiket online sebab walaupun hari biasa kadang tu penuh je. 


Cerita haruslah yang best kan, Fast & Furious 7. Memandangkan kami memang tak pernah tinggal babyAF kat siapa2 so kita angkut je. Nasib dah pilih siap2 seat last sekali dan bahagian tepi sebab senang nak nyusu and senang kalau babyAF meragam boleh cabut keluar senyap2. Tapi alhamdulillah dapat duduk dengan tenang sampai habis. Baby AF sangat behave masa tu, paling kelakar cerita tak start lagi dia dah bantai tidur sampai cerita dah habis. Ok.. bagus perangai tu. Saja kan bagi mama dan papa dating? 


Bilik yang kami ambil ni, Beanieplex. Kami tengok di TGV cinema. Memang suka ambil bilik ni sebab dia selesa. Nak baring ke, nak duduk ke, nak terlangkup ke suka hati kau. So, tak perlu risau kalau bersila tersenggol kaki orang sebelah ke apa kan.. Haha!! Selalu tengok wayang masa lepas kahwin tu memang akan ambil bilik ni. Sebab bilik dia tak crowded. Kadang tu lagi banyak kosong, best!!

Oh, masa tengok wayang ni bersyukur sangat sebab babyAF kan tidur langsung tak bising ke apa. Sikit bunyi ek ek pun takde. Haha!! Masa tu risau je kot2 babyAF buat perangai dan orang terus baling pop corn kat kitorang. Dasyat tak aku berimaginasi?? Wakaka.. 


See.. Tidur sampai mulut nganga. Oh, hubby kita tu tak tidur tau.. Edit punya edit nampak mata cam tidur pulak.. Haha!! 

Fast & Furious 7 ni aku rasa cam tak berapa best macam yang sebelum2 ni. Kalau dulu banyak race, lepas tu banyak terkejut2 cerita dia, banyak suspen, tapi yang ni tak banyak. Rasa cerita cam mendatar sikit. Tapi masih lagi menghiburkan. Not bad.. Masih tak rasa rugi ke apa tengok cerita ni. Tapi rasa rugi dan sedih bila beli pop corn dan air tak dapat set Fast & Furious 7 tu. Ciss betul. Berialah cakap kat hubby nak yang tu sebab cantik siap ada tayar bagai sekali sampai kaunter nampak tulis sold out. Ouch!! Sakitnya tuh di sini... 

Keluar dari panggung wayang kami pusing2 dulu dan akhirnya menyinggah ke Johnny's Restaurant. Pekena steamboat pon sodap. Kalau masuk Jusco tak makan Sizzling Yee Mee mesti aku akan makan steamboat. Sedap kot! Haii.. terasa2 lagi kat tekak ni. Kadang kalau hubby keja dan balik lewat tapi dalam masa yang sama teringin nak makan steamboat so jawabnya aku akan masak steamboat ala Johnny's. Serius!! Sama, sebiji sama. Sup dia, bahan, dan yang penting sos dia. 

Kadang tu kita boleh je masak tapi sekali sekala tak salahkan makan luar. Macam bagi reward dekat diri sendiri. Hari biasa dah buat kerja, buat kerja rumah so seminggu sekali kita pergi makan ke, shopping ke. Ok, taip pagi2 buta ni tetiba rasa lapar pulak. Ceh!!


No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!