7 Apr 2015

Starting Over Again


Assalamualaikum..


Semalam sebelum keluar cari makan malam aku record cerita ni, balik tu relax2 layan cerita Korea dengan my sayang. Habis cerita Korea mata tak boleh lelap pulak so bukak la cerita Filipina ni. Hoii.. Sangat menusuk ke kalbu ok. Huwa.. Aku bukan jenis suka nak layan cerita2 Indon ke, Filipina ke, sebab biasanya cerita diorang banyak boleh buat orang sakit jantung. Tapi bila layan cerita ni memang terbaiklah..

Ending dia tak macam cerita selalu kita tengok tu yang asyik happy ending je.. Yang ni more to reality. Sedih2 pun tetap dia happy lah. Cerita ni macam mengajar kita supaya terima takdir dan realiti. Aku tak nak ceritakan cerita ni lebih2 sebab tak bestlah kan.. Better korang layan sendiri cerita ni. 


Memang tangkap leleh weii.. Aku sampai nangis tengok malam tadi. Bahaha!! Nasib my sayang tak nampak, malu kot!! 

Mula2 dorang berdua ni bercinta, lepas tu..


Datang dia ni pulak.. Nak tahu macam mana pompuan ni boleh timbul? Korang kena tengok sendiri. Bestnya pasal cerita ni adalah dia ringan tak berat macam cerita2 lain. Biasa kita tengok ada macam2 masalahlah, ramai sangai pelakonlah, yang ini ok. Cerita memang tertumpu pada kisah percintaan je. Ada jugak orang lain tapi masuk sikit2 la. So, cerita dia tak melewe2. *betul ke aku eja?

So, kalau korang ada masa sila tengok cerita ni. Memang aku recommend!! Kalau takde kat astro lagi sila cari kat Youtube, atau download je. Eh! Rasanya kat Tonton mesti ada kan??!!



No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!