21 Sep 2015

Harga rumah melampau

Assalamualaikum..

*sekadar contoh

Tajuk bikin stress. Duduk JB tapi harga rumah dasyat macam kau dekat oversea. Haha!! Melampau tak  bayangan aku tu. Serius ok, sini nak jumpa rumah murah dah susah. Nak jumpa rumah setingkat sederhana baru naik pun susah yang banyak sekarang apartment dan rumah mewah. Hoii.. Tak semua orang mampu ok nak beli rumah mahal2. Rasanya kita semua akan bayar hutang sampai hujung nyawa kot, elak anak2 pulak tukang sambung. Hihihi!!

Kalau zaman dulu nak jumpa rumah bawah RM 200 000 senang je. Siap dapat 3 bilik lagi. Siap dapat corner lot lagi. Sekarang? Paling kurang harga RM 200 000++ kau boleh dapat satu bilik je. Kau rasa. Kalau bujang pun belum tentu nak beli betul tak. Kena macam aku yang ada anak ni ape cite. Kalau beli rumah 1 bilik esok anak dah besar kat mana pulak nak campak dia kan?

Niat di hati nak beli rumah, duit takde. Kahkahkah!! Kat JB adalah rumah dalam RM 300 000++ tapi tu pun area Pasir Gudang, Kulai, kena hubby aku yang kerja merantau macam mana. Huii.. Bikin panas. Aku duduk jauh sikit dari area bandar sebelah rumah aku ni sedap mata pandang rumah dia tapi tengok harga terus telan air liur sampai tercekik. Apa? RM 500 000++?? Hello... RM 1 juta ok!! Kau rasa? 

Rumah aku duduk ni rumah teres setingkat biasa je so tak payah feeling cam aku duduk rumah banglo pulak. ;P Ini pun kami sewa. Murah kan rumah yang RM 1 juta tadi tu, murah sangat... Haha!! Nilai Ringgit Malaysia jatuh tapi harga rumah tak jatuh pun. Ciss betul. Barang pun sama je harga, orang kaya tak rasa tapi orang macam kita ni terasa jugak lah kan. Tapi, takpelah.. bersyukur apa yang ada. Dekat JB ni ramai orang Singapore beli rumah cuma ada syarat jugak dorang kena beli rumah mahal2 je. 

Bila harga rumah nak turun?? Haha!! Kalau beli rumah RM300 ribu - RM400 ribu deposit 10% = ?? Haa.. Fikir2 kan sendiri. 

Ini baru dekat JB belum lagi duduk KL lagilah stress memanjang. Haha!! So, marilah kita pakat ramai2 kumpul hutang berjemaah ya.. 


1 comment:

  1. mak ai? mahal cam KL..tapi KL lagi dasat la..hutang berjemaah? kutu jemaah x nak ke? hehehe

    ReplyDelete

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!