20 Sep 2015

Magnum, IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum..


Nampak sedap kan? Memang sedap pun. Makan ni satu boleh share 2 orang tapi kalau kau jenis memang makan banyak boleh kot habis. Kalau aku memang takkan habis makan sorang sebab style aku makan sikit2 tapi banyak kali. Fakta, tapi tetap debab. Kahkah!!

Aku penggemar coklat, desert ape pun mesti akan pilih coklat. Lagi best perisa strawberi+coklat dan vanilla+coklat. Pergh.. Terangkat. *mana tak debab* Aku mula2 ingat nak beli yang boleh pilih topping dia tu, sekali malas betul nak beratur. Selak2 menu nampak banyak lagi desert yang ada so ape lagi kita duduk dan order sudah.. Haha!! Dasar pemalas memang macam ni. 


Tengoklah babyAF yang happy dapat makan brownies dengan aiskrim. BabyAF pun suka. Memang ikut selera mama sangat ni, penggemar coklat dan aiskrim. Brownies dia tu memang aku bagi A++ la. Siap ada coklat cair lagi kat bawah dia. Oh, ye.. Desert ni panas ye, so berhati2 sikit. Tapi tak apa akan ada pekerja dekat situ akan bagitau nanti. 


Masa mula2 my hubby yang nampak Cafe Magnum ni. Mula2 buat poyolah tak nak konon. Lepas tu ajak my hubby lalu cuci2 mata je sekali tengok orang tak berapa ramai sangat terus ajak makan. Hahaha!! Dasar sangat perangai aku kan. 


Masa makan tu teringat masa babyAF kecik sangat lagi. Mungkin baru 3 ke 4 bulan kot. Masuk Singapore alasannya nak cari cafe ni kat sana. Sebab JB-Singapore dekat sangat kan berbanding nak pergi KL. So, kami pilih pergi yang dekat Singapore je. Sambil2 shopping dah petang pergi cari cafe ni tapi sampai ke sudah tak jumpa. Siap ikut map, siap tanya orang, semua tak tahu. Last sekali tanya lagi kat orang rupanya dah tutup. Ciss!! Stress je masa tu, dahlah memang nak sangat makan kan. Terus sentap. Haha!!

Akhirnya ada juga rezeki nak makan Magnum ni. Hikhik!! Itu pun nasib ada kerja sikit kat KL. Masa pergi tu tak teringat pun pasal Magnum ni. Takde plan pun nak makan. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana kan? Skema sangat ayat. Alhamdulillah, syukur.. Tq hubby sebab dapat juga makan. Kikiki.

Kelakarnya bila my hubby tunjukkan gambar desert ni dekat Chinese friends dia di Singapore, dorang sangat terkejut dan ingat my hubby tipu. Haha!! Lepas dah terangkan terus ajak bawak dia pergi sana. Hoii.. Kau ingat dekat. Haha!! Jauh ok.. Next time ada rezeki kita jumpa lagi ye Magnum.. Hahaha!!




No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!