14 Sep 2015

Kemalangan lagi dan lagi..

Assalamualaikum..

Walaupun di timpa ujian alhamdulillah semuanya selamat. Cuma kereta jela luka. Haha!! 


Tragedi ni awal bulan ni lagi. Nampak tak teruk manakan? Tapi terbang juga RM700. Nasib bukan duit aku melayang. Kikiki.. Sudah tentu siapa yang gesel tu bayarkan, siapa suruh awak sodok kita kan dah terbang melayang duit tu. Kesian sebab untie tua kategori kau dah boleh panggil nenek pon. Tapi tak boleh nak buat apa sebab dia yang masuk simpang makan jalan orang dan di sagatnya si putih ni. Yang lebih penting untie ni takde lesen dan baru belajar bawa kereta. Tak tahu macam mana dia boleh lepas bawa kereta sorang2. Tak memasal aku yang kena. 

Tapi tak seteruk si pinky aku yang kena, baru jugak kejadian tu dalam 2 bulan lepas kot! Pun sama kena sondol depan dengan Cina mabuk (bukan kutuk tapi memang dia tengah mabuk). Jahanam depan pinky aku, sedih sebab tu kereta kesayangan. Itu teruk sikit sebab habis dalam RM2500. Sama gak orang tu yang tanggung sebab sendiri cari pasalkan. Untunglah tu dari aku minta dia ganti kereta baru ke apa kan. Hahaha!! 

Mohon sangat lepas ni sesiapa yang acah2 poyo bawa kereta tu sila duduk rumah je tak pon kalau nampak aku tengah drive sila bawa jauh2 sikit. Hahaha!! Stress aku walaupun bukan aku yang keluar duit tapi dia punya fobia teruk oo.. 

Cakap pasal fobia aku teringat masa belajar kat Seremban dulu aku pernah kemalangan naik motor. Masa tu aku bawak skuter ego. My abah belikan kereta tapi tak nak bawa tetap nak skuter jugak sebab baru ada stail katanya. Sekali amik kau. Pergi bandar berdua dengan kawan nak beli tiket keretapi nak balik kampung sekali tengah lalu selekoh dekat A&W Seremban tu (siapa duduk Seremban taulah tempat ni, selekoh mati punya) tah datang dari mana kereta himpit terus aku terbang bagai Superwoman. Sampai terkoyak baju dan sweater aku. Rasa nak pitam aku ketepikan sebab nak tengok siapakah gerangan yang telah melanggar aku tadi tapi sayangnya semuanya nampak kabur yang aku nampak cuma sebuah kereta Estima berwarna kelabu. 

Lepas tu terus ramai berkumpul keliling aku. Nasib ada pakcik berenti naik kereta kancil tolong bawak aku pergi hospital. Eh, muka aku kat bawah mata pun tergeser dekat jalan tar. Terus takut muka berparut. Habislah saham jatuh kan. Cis!! Terus berpantang gila tak sentuh benda bergatal dan berkicap. Haha!! Kawan2lah yang tolong jagakan masa tu. Thanks kawan2 ku.. Kuingat budimu semua sampai bila2, tak terbalas rasanya. 

Sejak kemalangan tu sampai sekarang aku tak bawa motor tapi kalau kereta serah kat aku. Sejak kemalangan tu jugak terus bawak kereta pergi Seremban. Haha!! Terus dapat ayat "dah di bagi kereta tak nak pakai nak jugak motor, rasakan." Selepek kat muka pergi dia. Kelakarnya bila lepas kemalangan tu telefon my mak cakap tak jadi balik sebab banyak assignment padahal dah terlantar kat rumah. Seminggu lepas tu baru bagi tau terus berdesup my mak and abah datang. Hahaha!! Terus kena pot pet pot pet. Walau pun satu kenangan yang pahit tapi ada jugak manisnya. 

2 comments:

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!