29 Oct 2015

Bermalam di homestay Muar

Assalamualaikum..



Hari isnin lepas kami tidur semalam di homestay Muar. Kenapa? Sebenarnya my abah memang sewa tempat ni sebab ada kerja area sini. Kebetulan pula nak balik kampung rumah my hubby jadi singgah di sini dan tumpang tidur. Haha!! Dah lebih sebulan rasanya my mak and abah sewa kat sini tapi kami tak pernah lagi datang. Akhirnya ada rezeki nak menyinggah.

Comelkan homestay tu. Unik design dia. Tak silap aku kalau sewa ikut hari semalam Rm70 kot. Hihihi!! Nampak kecilkan? Tapi sebenarnya besar ok dalam tu. Ada 3 bilik, bilik kat bawah ada aircond, bilik air  1 dan ada dapur. Dapur boleh tahan jugak besar dia. Siap boleh masak lagi. 

Malam tu kitorang sampai lewat jugak sebab sempat menyinggah MELETOP Steamboat (nanti aku cerita). Dah kenyang sangat sampai2 pulak my abah belikan murtabak speacial. Hahaha!! Tapi kalau dah dasar kuat menternak lemak tetap jugak makan. Haha!! Sedap weii.. 

Esoknya pagi2 dah bangun sebab nak gerak pulak pergi rumah FIL. So pagi tu kononya nak sarapan nasi lemak depan tu sekali takde pulak yang ada kuih karipap jek. Karipap pun karipaplah kan pun boleh ye dok? Pekena pulak dengan teh tarik tapi aku tak minum sangat sebab aku kena gastrik lepas tu gusi bengkak pulak. Dugaan, nampak sangat suruh diet tapi tak faham tetap jugak makan tak hingatkan.. Haha!! 



Sebelum balik moh kita amik gambar buat kenangan. Sebab rumah ni terlampau comel so tak boleh tahan tak amik gambar. Maafkan kami yang selekeh, ya kami pakai begitu je balik rumah FIL sebab tak jauh mana pun rumahnya dari situ. Haha!! Owh, maafkan jugak badan kami yang macam kuih pau itu. Adaku kisah?!! Hihihi..

1 comment:

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!