25 Dec 2015

OIC KSL, JB

Assalamualaikum..

Maaf sebab sejak2 akhir ni semua story pasal makan je. Masa ni hubby aku balik awal so moh cari aktiviti yang boleh kita buat untuk di update ke dalam blog nanti. Haha!!

OIC ni adalah Oh! Ice Cream, memandangkan asyik tengok orang share kat FB pasal ni jadi mari kita terjah apakah kehebatan dia. 


Tada!! Yup ini kedai dia. Comel je kan dengan mainan warna dia sangat menawan hati. Tengok kedai je pun dah rasa macam nak makan. Kedai ni sama level dengan Tesco dalam KSL ni atau kalau nak senang cari je Subway jumpalah. Sebenarnya gambar ni di ambil setelah kami kenyang. Haha!! 

Walau pun kedai ni comel tapi dont worry ada je tempat untuk kau nak menyelit makan. So tak lari aiskrim di kejar. ;P 


OMG!! Dia my dah.. 

BoyAF: Mama, apasal benda ni berasap2?
Me: Inilah dia keistimewaan ice cream di sini. 

Nampak macam besar melampau kan sebenarnya tidak. Kalau kau jenis hantu ice cream jangan haraplah kau nak berkongsi dengan orang. Ada orang belakang hubby aku siap order sorang satu ok kau rasa?? Aku beli ni kongsi makan bertiga. Haha!! Sebab aku tau mesti aku takkan habis punya kau tengoklah siap datang dengan waffle dia sekali. Tak ke heaven rasanya bila dapat makan waffle yang lembut, gebu dan di makan bersama2 ice cream. Walawei..


See.. Bukan setakat kedai je comel malah peralatan dia pun comel2. Siapa gadis2 macam aku (perasan) memang gila tengok benda comel gini. Rasa nak minta bawa balik je. Pandai dorang marketing kan. Unik, comel, warna-warni, menarik tertarik kau memang debom. Haha!! 


Sebelum makan dan sementara boyAF still comel meh kita bergambar dulu. Kejap lagi sure comot punya. Aku suka warna2 yang kedai ni gunakan, rasa ngam je. Mohon sapa datang sini amik set ni ya confirm tak menyesal. 




Ok, dia pun nak juga. Nanti pembaca setia aku yang sorang ni merajuk pula tak ada gambar dia.


See, baru tadi aku cakap sure comot kan dah comot. Bukan saja boyAF makan comot malah mama dan papa dia pun sama. Haha!! Oh, ya rambut boyAF memang ada perang sikit tapi tak seperang dalam gambar tulah. It's natural ok bukan aku kasi warna ke apa. Gila lah kalau anak kecik kau kasi warnakan rambut dan sepanjang aku hidup aku sendiri pun tak pernah warnakan rambut. Pantang mak aku tu. Degil2 aku tak pernah lagi aku pakai skirt, seluar pendek dan warna rambut. Zaman jahil dulu tak pakai tudung tu adalah tapi alhamdulillah perlahan2 kita berubah ke arah lebih baik kan? 

Nak share dengan korang baru semalam aku balik kampung Kluang dan aku pun pergilah Kluang Mall (orang Kluang taulah). Sibuk belikan pampers boyAF dan jumpa satu untie cina ni dia boleh tanya aku sepit bagi lentik ke bulu mata anak aku. Hahaha!! Lagilah teruk soalan kan. Anak aku boboy dan kecik lagi kot apa motif aku nak sepit bulu mata dia tu?? Haha!, Oh, ramai orang salah faham ingat anak aku gugurl. Penat aku siapkan handsome2. Tapi tak kisahlah kan, dia tetap anak aku. Hihihi..



Hailah anak..


Tinggal separuh.



Ini budak sekarang nak makan sendiri je. Kalau nak nampak dia makan banyak memang kena bagi dia makan sendiri.


OMG!! Pipi aku dah macam kuih pau. Adoi.. mana tak tembam dah asyik melantak je. lepas ni nak kena cuba berdiet dan jogging pulak lah. Baru boleh dapat badan ideal kan. 

Baru ni aku tak sihat sikit so ada jugak kurang berat aku. Masalahnya adalah hubby aku tak puas hati dia kalau boleh asyik nak sumbat perut aku ni makanan je. Bayangkan tengah malam kang ada je dia belikan makan itulah, inilah. Sabo jelah.. Bila aku tak sihat dia kata badan aku dah susut dan ayat dia senang je;

"Cepatlah sihat nanti dah boleh makan sedap2 kasi naik balik badan tu."

Kita ni alang2 tak sihat tu konon amiklah kesempatan nak kurus. Haha!! 



Makan banyak sikit nak oii. Mama tengok badan awak tu sekeping je. nanti orang kata mama bagi makan tak cukup kat awak tu. Awak taulah orang ni banyak kepoh. Haha!! Tapi ada aku kisah, aku ngadap 24 jam anak aku, aku jaga makan, pakai sakit dia so orang luar bukan tau apa pun. Abaikan je cakap2 orang lain kan?

Oklah, finally habis jugak menaip story ni. Berhari aku menyiapkan sebab aku kan kurang sihat. Jumpa lagi entry akan datang story pasal makan jugak. Hahaha!!


No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!