7 Dec 2015

Pantai Desaru, Kota Tinggi

Assalamualaikum..

Cerita 2 minggu lepas selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di Air Tawar 1 kami sempat menyinggah ke pantai. Kisahnya kami ni bukan jenis suka ke pantai pun, aku memang jenis tak suka mandi pantai. Dulu kecik2 pernah jugak tapi semenjak dah membesar ni kureng. Bukan pantai sahaja, air terjun pun sama. Haha!! Salah satu sebabnya adalah aku takut air memandangkan pernah lemas dulu. Sebab kedua terkuat adalah aku tak suka berpanas. Hahaha!!

Sejak babyAF lahir sampai dah masuk setahun setengah ini kali pertama dia pijak pasir. Teruk sangatkan mama dia. Masa dia kecik lagi aku memang tak bawak pergi pantai sebab tak bagus. Pantai ni kan macam2 orang buang, baby pun bukan kuat sangat. Itu pada akulah. Masing2 ada cara sendiri kan.


Masa ni pun tak lama, makan buah, minum, makan jajan, minum, posing sana, posing sini, BALIK!! Hihihi.. 

Oklah pantai Desaru ni ramai jugak orang tapi takdelah crowded macam dekat Port Dickson. So, kau boleh santai2 dekat sini. Best tengok ada yang buat BBQ, ada yang berkelah siap bawak bekal, ada yang makan jajan macam aku. Haha!! Patutnya bawak nasi minyak duduk makan tepi pantai kan?


Mohon buat2 tak nampak je pipi gebu aku tu. Badan pun sama jugak bagai di pam2 rasanya. Anak keding je, mak dan apak pulak yang naik. Sabo jelah.. Aku ni masak dah macam2 tapi gitu je badan anak. Pergi klinik takde pulak doktor kata apa2. Hope doktor tu takdelah makan gaji buta ke apa. *eh! hai doktor..* 

Lawaknya bila aku beriya2 diet tapi tiap kali hubby aku balik kerja ada je makanan yang dia belikan bawak balik. Kalau dia balik awak siap "jom keluar rasa nak minum cikong lah". Dahtu masa bila aku nak kurus, bila aku cakap aku tengah diet nanti dia jawab esok diet lah. Ciss!! Tapikan aku suka je. Hobi aku adalah makan. Haha..

Ingatkan adalah jual2 nuget ke, keropok lekor ke, hurm.. Pasir adalah. Haha!! Buah, air, jajan je yang ada tapi bolehlah buat kunyah2. Kami pun bukannya mandi pun saje je nak tambah kenangan babyAF. Walaupun mungkin dia tak ingat tapi takpe kita boleh ingatkan dia bila besar nanti.


Bersih pantai kat sini, selesa je. Takdelah bau macam2. Sini nak masuk kena bayar 1 kereta Rm4. Biasalah, zaman sekarang semua pun berbayar. Tak heran esok2 bila terlampau ramai sangat manusia dan bumi tak terjaga, oksigen pun kurang maka kita pun perlu bayar untuk dapatkan oksigen supaya boleh terus hidup. 



Itu angin ye, nampak macam besar melampau pulak badan i tu.



Sorry terpaksa tutup nampak six pack pulak. Bahaha!!


Kesian, Desaru jadi Esaru pulak. Siapa2 datang Johor bolehlah ke sini, salah satu tempat menarik untuk di lawati. Sekarang dari JB nak ke Desaru dah tak jauh sangat sebab dah ada highway. Jom cuti2 Malaysia..

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!