6 May 2015

Minat menulis sejak bila?

Assalamualaikum..

Dah berapa hari perut rasa sangat tak selesa. Tekak pun sama, tak seronok ok. Malah selera makan aku pun down gila.. Hish.. Tak dapat betul2 nak menikmati setiap suapan. Haha!! Asyik fikir makan je kan? Tapi rasanya kalau dapat Johnny's ni memang laju je aku makan. Kikiki...

Aku start minat menulis ni sejak dari sekolah rendah lagi. Dulu kat sekolah pernah buat pertandingan menulis cerpen dan paling tak sangka dapat nombor satu!! Haha!! Terkejut ok! Masa tu ada jugak teka berapa biji kacang dalam botol dan masa tu pun menang jugak tapi setakat nombor tiga atau dua. Tak berapa ingat.. Hihihi.. Sungguh tak sangka kan?

Pernah jugak hantatar cerpen sendiri dekat laman Penulisan2u tu. Alhamdulillah ada jugak sambutan. Sebab tu banyak je aku nak mengomel. Ada je cerita nak share dengan korang. Masuk sekolah menengah suka tulis cerita ala2 novel tapi tak pernah siap, lepas tu bagi kawan baca. Ada jugak dorang bagi galakan untuk tulis novel sendiri termasuk hubby tapi serius weh semenjak ada anak semua tu macam terkubur. Haha!! Rasa macam tak cukup masa sangat.. Kikiki..

Tak lama tu start berblogging tapi lepas tu lama menyepi. Sebelum ni blog aku nama lain tapi dah tak ingat dah apa nama malah pasword semua pun aku lupa. Itu blog zaman budak2 lah.. Blog MrsWanida ni aktif start berkahwin,  ada anak. Start tu banyak cerita yang aku nak kongsi. Korang tau tak, makin banyak umur kita, makin matangnya kita, makin banyak jugak pengalaman yang kita boleh kongsikan. Kita pun dah lihat dan jumpa macam2 ragam orang kan?

So, apa kata gunakan pengalaman dan pandangan kita dan kongsikan dengan orang ramai. Tak rugi kalau menulis asalkan kita tak melanggar undang2 dahlah. Sebab tu aku tak suka sangat nak share pasal gosip artis ke, politik ke, sebab itu namanya cari masalah. Baik aku share tentang hidup aku, tempat2 best ke, makanan best ke, syoklah jugak.

Bagi sesiapa yang suka menulis tu apa kata mulakan dengan berblog lepas tu baru kita sama2 ke langkah seterusnya.


No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!