7 May 2015

Orang perempuan tak pandai masak, rugi

Assalamualaikum..

Live update from kampung.. (siang tadi taip dah malam baru update)


BabyAF sedap tidur so aku curi2 update blog. Sementara ni aku lepak rumah my famly dulu so tunggu hubby bawak balik laptop aku. Oh, tak lupe kamera aku. Boring2 boleh jugak aku update blog kan?

Cerita pasal masak 1st time aku masak masa umur 7 tahun, darjah 1. Dasyat tak dasyat kan? Masa tu fefeling kesian kat parent sebab penat keja. My abah dulu askar and mak kerja lagi masa tu tak silap kerja kilang kot! Aku pun apa lagi masaklah lauk ikan goreng kicap dengan sayur goreng kicap. Haha!! Kau mampu semua lauk letak kicap.

Aku kan anak tunggal nak tak nak aku sorang jelah kat rumah kan? Balik je terus kena marah dengan dorang sebab bahaya kot dengan takde orang kat rumah pastu boleh pulak pasang api segala, masak sendiri lagi. Tak tahu macam mana idea tu tercetus.

Dah nama pun anak tunngal, manja so memang semuanya my mak buat. Dari masak, basuh baju, kasut, gosok baju segala la.. Maklumlah anak kesayangan kononnya. Sampai besar ok. Tapi masa sekolah menengah kena paksa tolong mak kat dapur, tolong basuh baju segala selambak dalam besen, ciss!! Masa tu memang memaki segala la tapi dalam hati je tapi bila dah besar dan dah kahwin ni baru rasa memang betul tindakkan my mak. Kalau tak buat macam tu memang dah kahwin tak jadi oranglah aku.

Masa sekolah menengah bila dah bunyi bising kat dapur cepat2 berlari masuk dapur sebab takut kena marah. Tolonglah apa yang patut, basuh pinggan ke, potong sayur ke, tumbuk rencah nak masak ke, asalkan buat. Lepas tu bila mak masak dia paksa berdiri sebelah dia suruh tengok. Hari2 ok. Bayangkan kalau hari2 masak lauk asam pedas, pergh.. Tak jelak pulak kan?

Tapi kerana itu aku dapat ingat bahan2 yang dia letak dalam tu, apa nak buat lepas tu, dah siap ke belum. Bila dah kahwin baru rasa nasib baik mak buat macam tu kalau tak, tahan maki dan malu le jawabnya. Sekurang2 boleh jugak kita masak lauk simple2 macam goreng ikan ke, sayur air ke, asalkan kenyang kan?

Kepada perempuan di luar sana ringan2 kan tangan belajar masak tak kiralah daripada mak ke, adik beradik ke, kawan2 ke, asalkan boleh masak. Rugi sangat kalau tak boleh nak masak. Nanti kahwin suami nak makan apa? Kau ingat dengan muka cantik je suami kau kenyang ngadap hari2? Haha! Terlebih sudah.

Elak nanti suami perli "hantaran sampai berbelas, berpuluh ribu tapi habuk takdak" dush!! Setepak kat muka. Malu weii.. Paling malu kalau balik sebelah rumah suami pastu ada kenduri pulak, buat masak2, kena suami mulut 6 jahanam rekomen kata kau pandai masak dah semua suruh masak, acaner? Dapat pulak keluarga mertua mulut puaka hadoi.. Lagilah.

So, sempat lagi kita2 ni nak belajar memasak. Banyak dah zaman sekarang ni resepi2 orang share. Tak payah nak salin2 dekat kertas bukak je google. Jom belajar masak. 

Psst: Nanti masa orang datang merisik bakal mak mertua tanya pandai masak tak? Nak jawab apa??

No comments:

Post a Comment

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!