Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

7 May 2015

Orang perempuan tak pandai masak, rugi

Assalamualaikum..

Live update from kampung.. (siang tadi taip dah malam baru update)


BabyAF sedap tidur so aku curi2 update blog. Sementara ni aku lepak rumah my famly dulu so tunggu hubby bawak balik laptop aku. Oh, tak lupe kamera aku. Boring2 boleh jugak aku update blog kan?

Cerita pasal masak 1st time aku masak masa umur 7 tahun, darjah 1. Dasyat tak dasyat kan? Masa tu fefeling kesian kat parent sebab penat keja. My abah dulu askar and mak kerja lagi masa tu tak silap kerja kilang kot! Aku pun apa lagi masaklah lauk ikan goreng kicap dengan sayur goreng kicap. Haha!! Kau mampu semua lauk letak kicap.

Aku kan anak tunggal nak tak nak aku sorang jelah kat rumah kan? Balik je terus kena marah dengan dorang sebab bahaya kot dengan takde orang kat rumah pastu boleh pulak pasang api segala, masak sendiri lagi. Tak tahu macam mana idea tu tercetus.

Dah nama pun anak tunngal, manja so memang semuanya my mak buat. Dari masak, basuh baju, kasut, gosok baju segala la.. Maklumlah anak kesayangan kononnya. Sampai besar ok. Tapi masa sekolah menengah kena paksa tolong mak kat dapur, tolong basuh baju segala selambak dalam besen, ciss!! Masa tu memang memaki segala la tapi dalam hati je tapi bila dah besar dan dah kahwin ni baru rasa memang betul tindakkan my mak. Kalau tak buat macam tu memang dah kahwin tak jadi oranglah aku.

Masa sekolah menengah bila dah bunyi bising kat dapur cepat2 berlari masuk dapur sebab takut kena marah. Tolonglah apa yang patut, basuh pinggan ke, potong sayur ke, tumbuk rencah nak masak ke, asalkan buat. Lepas tu bila mak masak dia paksa berdiri sebelah dia suruh tengok. Hari2 ok. Bayangkan kalau hari2 masak lauk asam pedas, pergh.. Tak jelak pulak kan?

Tapi kerana itu aku dapat ingat bahan2 yang dia letak dalam tu, apa nak buat lepas tu, dah siap ke belum. Bila dah kahwin baru rasa nasib baik mak buat macam tu kalau tak, tahan maki dan malu le jawabnya. Sekurang2 boleh jugak kita masak lauk simple2 macam goreng ikan ke, sayur air ke, asalkan kenyang kan?

Kepada perempuan di luar sana ringan2 kan tangan belajar masak tak kiralah daripada mak ke, adik beradik ke, kawan2 ke, asalkan boleh masak. Rugi sangat kalau tak boleh nak masak. Nanti kahwin suami nak makan apa? Kau ingat dengan muka cantik je suami kau kenyang ngadap hari2? Haha! Terlebih sudah.

Elak nanti suami perli "hantaran sampai berbelas, berpuluh ribu tapi habuk takdak" dush!! Setepak kat muka. Malu weii.. Paling malu kalau balik sebelah rumah suami pastu ada kenduri pulak, buat masak2, kena suami mulut 6 jahanam rekomen kata kau pandai masak dah semua suruh masak, acaner? Dapat pulak keluarga mertua mulut puaka hadoi.. Lagilah.

So, sempat lagi kita2 ni nak belajar memasak. Banyak dah zaman sekarang ni resepi2 orang share. Tak payah nak salin2 dekat kertas bukak je google. Jom belajar masak. 

Psst: Nanti masa orang datang merisik bakal mak mertua tanya pandai masak tak? Nak jawab apa??

14 Apr 2015

Student, Hostel dan Masak

Assalamualaikum..


Tetiba sangat gambar ni. Haha!! Bolehlah daripada takde. 

Apa kena student, hostel dan masak?? Haha!! Semua orang mesti faham apa aku maksudkan.. Baru2 ni kan heboh dekat social media pasal cerita ni. Bukan nak cerita lebih2 tapi just nak share pengalaman aku masa study dulu. 

Masa study aku duduk dekat hostel adalah dalam 1 semester. Eh, ke 2 semester ek? Aku pun ingat2 lupa, sorry.. so masa duduk dalam hostel dah confirm2lah tak boleh nak masak kan? Mana ada pihak pengurusan beri kebenaran student masak dalam bilik. Tapi disebabkan student2 dasar degil tetap jugak bawak rice cooker. "Boleh masak apa je dengan gunakan rice cooker?" 

Hello!! See the leg lah. Macam2 korang boleh masak dengan rice cooker tu. Percaya tak aku pernah goreng jemput2 dalam tu? Aku guna rice cooker sampai aku kerja kat Jb. Kami sewa bilik, so dapur dah ada orang guna so aku bawak rice cooker then masak. Siap bawak bekal pergi kerja.. Mee goreng dan spagheti pun aku pernah masak dalam tu. Bahaha!! Dah kahwin cerita dengan hubby dia terkejut dan tak percaya. Ramai orang tak tahu boleh je masak dalam rice cooker tu. Rice cooker ok bukan slow cooker. 

Apa yang penting kerajinan dan keinginan, kalau takde semua tu tak jadi walau pun bahan dah terbentang depan mata. Kikiki.. Nak suruh student masak tu boleh tapi bergantunglah. Ini kalau dah sampai hujung semester pun dia still duduk dalam hostel nak masak apa? Lainlah kalau dorang duduk menyewa ke apa. Itu pun tengok jugak. Biasanya student ni belajar jauh2, dan dah confirm duduk sendiri so barangan dalam rumah pun tak complete. Nak suruh masak dah confirm2 kena beli dapur, kuali bagai tu semua kan? Tapi zaman aku belajar dulu bila dah duduk luar ramai je yang masak sendiri siap buat open house bagai masa hari raya. Kau mampu? Bahaha!! Paling tabik dekat student lelaki siap masak nasi tomato tak silap aku. Siapa sangka kan? 

Teringat masa dalam hostel dulu dengan rice cookerlah aku masak tomyam. Bahaha!! Itu pun pinjam budak 1 bilik punya. Orang lain balik kampung tapi aku berdua dengan kawan tak balik so kami buat kerja. Haha!! Siap simpankan tuan empunya rice cooker tomyam. Haha!! Orang buat jasa kita balaslah balik kan. Tapi zaman sekarang ramai student lebih suka makan dekat luar. Macam zaman2 aku dulu peniaga pandai dorang buat makanan sesuai untuk student. Ikut kemampuan student lah.. Tapi kadang tu macam tak cukup masa tau nak masak, mana taknye pagi sampai petang penuh dengan kelas, kadang tu malam pun ada. Aku dulu zaman study mana ada gap panjang barulah masak.

Kita ni nak bagi cadangan kat orang pun kena jugak fikir2 logik. Bukan main hantam je.. Last ni dengar pulak suruh orang tanam pokok. Kalau orang duduk apartment ke, flat ke nak tanam kat mana? Sedangkan aku yang duduk rumah teres setingkat pun takde tempat dah nak menanam. Lainlah korang yang memang terang2 rumah banglow kan, tanah luas boleh tanam pokok pisang, sawi, kacang botol, cili api semua.. Bahaha.. Tapi tak kisahlah. Lantokkan situ.. Barang naik harga ke, GST ke, kita tetap kena beli barang2 jugak. Tak beli rumah tak berasap, tak berasap tak makan pulak orang dalam rumah ni. 

Apa pun enjoy our life.. Untuk student2 mana yang rasa takde hal nak masak, masak lah boleh jugak kurangkan perbelanjaan walaupun harga semakin meningkat. kikiki..