13 Oct 2015

9 tips tingkatkan selera makan anak

Assalamualaikum..

Ada sesetengah anak2 yang sukar makan, takde selera atau makan sikit. Aku faham sebab anak aku pun sama jugak. Bayangkan berat dia dah 1 tahun 5 bulan pon baru 8 kg lebih. Bohong kalau aku kata tak risau. Kadang tu sampai tanya diri sendiri normal ke berat anak aku ni? Aku tak bagi makan cukup ke? Aku masak takde zat ke apa? Ingat lagi masa pergi Batam hari tu ada sorang uncle ni tanya "makan banyak tapi pergi mana?" Maksudnya dia nampak anak aku tak berenti makan tapi badan gitu je tak naik2. Kalau uncle tu pelik aku ni lagilah pelik. Haha!!

Bila aku buat research dan tanya sendiri kat doktor bila buat checkup untuk babyAF doktor kata itu biasa, normal. Yelah kan, siapa tak risau orang update kat facebook anak dia baru nak masuk 5 bulan dah 10kg. Haha!! Ye, kau suka tapi aku ni yang risau. Sebenarnya anak dorang lah terlebih beratkan sebab belum sampai setahun ada yang sampai 15kg. Hadoii.. Kadang tu ada sesetengahnya yang sampai kena diet. Kita ni yang mak2 disuruh diet pun susah inikan pula budak2. 

Tak kisahlah kan, yang penting anak kita masing2 sihat, takde masalah. Now, moh kita share tips2 yang aku nak bagi tadi. 

1. Kenal makanan kegemaran anak. 

Macam babyAF aku perati dari mula2 aku bagi makan bila bagi nasi dia tak makan banyak tapi kalau bagi mi tak kisahlah mi apa, bihun ke, mi kuning ke, mi udon ke, memang dia suka. So, kita masak apa dia minat. 

2. 2 in 1

Orang melayu kata sambil menyelam minum air. Maksudnya, sambil makan bagi anak kau tengok cerita kegemaran dia. Budak2 kan suka kartun, macam anak aku suka tengok Mickey Mouse. Bagus cerita tu sambil tengok kartun sambil belajar. Belajar mengira, belajar kenal barang. Eh, ini bukan 2 in 1 dah 3 in 1 dah ni. 


Anak aku makan sambil tengok Mickey Mouse, licin sekeping roti canai. Haha!! See.. berkesankan?

3. Tukar2 menu

Bila memasak untuk anak2 kita kena rajin mencuba benda baru. Walaupun kadang tu menu dia kita tak pandai dan tak pernah masak tapi dek kerana anak redah jelah (kata Sudin). Macam aku biasanya selang selikan antara mi dan nasi. Contohnya hari ni aku dah masakkan nasi, esok aku masakkan pulak bihun sup, lusanya masak nasi balik. Lauk pun kenalah tukar2. Bukan feeling orang kaya ye ni supaya anak tak cepat jemu. Bayangkan kita makan hari2 nasi lauk sup ayam cukup seminggu takleh telan dah. Haha!! Kita yang tua pun pandai bosan inikan pula budak2.

4. Makan bersama2 anak

Ye, ini salah satu faktor aku gemuk.  Makan dengan anak, kejap lagi hubby balik makan dengan dia pulak. Ciss!! Ok, kenapa kena makan sekali dengan anak? Biasanya bila kita makan dengan dia selera dia akan bertambah. Bila dia tengok kita makan dia pun akan makan. Kita kalau makan berteman selera bukan? Cuba makan sorang terkulat2 nak habiskan. 

5. Makan sambil main. 

Ada budak jenis sambil makan nak main. Takpe, biarkan mungkin dengan gaya tu dia berselera. Kena pulak kalau rumah dekat dengan taman tak salah kalau bawak bekal untuk anak sambil2 tu dia boleh makan. Buat je takyah nak malu tengoklah 2, 3 hari korang buat macam tu ada je nanti orang ikut jugak. Haha!! Taman depan rumah aku ni tak guna banyak lelaki India melepak minum kat situ so tak bagus. 

6. Bagi makan buah

Makan buah sebelum makan ni bagus, makanan nanti senang proses. Ikut sunnah Nabi, makan buah dulu baru makan nasi. Kalau nak ajar anak biar dari kecik baru dia tak rasa pelik ini dah tua bangka baru nak suruh memang kecik besar kecik besar je dia tengok kita balik. 

7. Warna warni

Ni nak mewarna ke apa? Haha!! Tidak. Dalam makanan tu lebih elok kalau kita campurkan warna2 sikit contohnya warna hijau ada brokoli, warna oren ada carrot, kan lebih meriah. Salah satu penarik buat anak2 nak makan. Jangan lupa ajar anak2 makan sayur sejak kecil.

8. Makan sendiri

Untuk anak dah setahun lebih ni dorang dah boleh makan sendiri dah. Bersepah? Itu biasa. Anak aku suka makan sendiri bila makan sendiri aku tengok lebih berselera. Kalau kita suap dia asyik main2 je. Tak perlu risau sebab banyak dah barang bantu anak2 makan sendiri. Bersepah itu normal. Rumah kalau ada budak tapi tak bersepah itu something sangat. Hihihi. 


9. Pujian

Haha!! Ye, perlu lebih2 lagi bila anak dah mula faham apa kita kata. Tiap kali kita suap tu tiap kalilah kita puji contohnya "pandainya dia makan.." "baiknya dia" "sedapnya mama masak" Eh!! Haha!! Bagus apa puji2 kata2 kita tu satu doa. ;P Bila kita puji dia makin seronok nak makan.


2 comments:

  1. kaunselor x bertauliah da ne..kipidap mummy AF!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi!! Berkongsi ilmu dan pengalaman yang sikit ni. Kotlah boleh bagi semangat kat orang kan.

      Delete

Tolong tinggalkan comment anda.. tapi peringatan!!
Tolong jangan tulis mengarut+kasar, ohkey?!!